Sunday, June 6, 2010

Celoteh Kehidupan *-* Camera Lumix F2 Percuma

Salam ingatan...

Petang ini, Syana nak melangsaikan hutang dengan blog sendiri. Bercerita tentang kegembiraan yang melanda diri selama dua hari. Best..best..best dan kelakar.. Hoho

Cerita bermula di hari Jumaat bertarikhkan 4 Jun 2010.

Hujung minggu saya bermula dengan perjalanan pulang ke rumah Mak Tok di Pasir Mas. Misi ke sana, melawat Mak Tok sambil memujuknya untuk tinggal bersama kami sekeluarga. Ini bukan pujukan kami yang pertama. Malah bukan juga yang kedua. Sudak banyak kali kami cuba mengajaknya untuk tinggal bersama kami di sini. Tapi dia asyek juga menolak. Alasannya sayang nak tinggal rumahnya di kampung halaman. Huhu.. Biasalah, warga emas memang kebanyakannya begitu. Apapun mujurlah kali ini Mak Tok bersetuju juga untuk mengikut kami. Alhamdulillah. Syana rasa itu yang terbaeq pown. At least, ada orang dia boleh mintak tolong bila dia perlukan pertolongan kan?! =) 

Petang jumaat tuh, Syana, Abah, Umiey, Rais, Neddy n Syedan serta Ayah Cik, Aniq & Auni singgah ke KBMall. Ini perkara biasa. Tapi yang best nyer Neddy n Rais dapat h/p baru serentak malam tuh.. Best2x! Neddy dapat h/p baru sebagai hadiah dapat no.1 dalam exam baru2x nie. Raisz pulak dapat h/p baru kononnya sebagai hadiah dapat masuk U.. Hoho. Yang ni poyo cket. Dapat masuk U pown nk hadiah ka?? Tapi dah h/p lama dia hilang ntah ke mana. So, nak tak nak kena la ganti ngan h/p baru jugak. Tak pe lah Rais. Pembakar semangat tuhh.

Yang sangat2x bestnya, budak2x ni dua2x beli h/p sony ericson dengan camera 5 megapixels. Tapi model lain2x lah. Fuhh! Cantik kowt! Kalau nak dibandingkan ngan h/p yg Syana pakai skang ni memang macam semut dengan gajah lah functionnya. Ini bukan statement jealous ok.. Ini statement tumpang gembira dengan mereka! Lagipun Syana jugak yg pujuk Umi n Abah untuk belikan h/p buat mereka. Terutama si Neddy yang tak pernah lagi pakai h/p yg uptodate. Harap2x dia suka lah yer!

Malam tu kat KB Mall jugak, Syana n Abah wat misi rahsia mencari tv baru. Haha. Hadiah burfday untuk Umiey nie. Hehe. Cari punya cari, kami adalah berkenan dengan satu model nie. Tapi abah kata haritu abah ada terbaca kat dalam katalog Panasonic yang dis month ada promo hebat untuk pembelian tv. Beli TV percuma Camera. Waahh.. terujanya. Dah ler camera merah Syana tuhh dah rosak. Ada potensi nak dapat camera baru nie. Hehe.

Malam tue, kat umah Abah pown tunjukkan katalog tu. Betul kowt. Memang percuma. Malah boleh top-up lagi satu camera dengan bayaran tambahan sebanyak RM199. Fuyoo.. Tawaran hebat nie.

Cerita bersambung di hari Sabtu bertarikhkan 5 Jun 2010.

Pagi keesokan harinya, Syana dan Abah ke salah satu dealer Panasonic di Kuala Krai. Alang2x jer sebenarnya ni. Sebab Maktok ajak p sana ada urusan. Jadi, sambil2x tu kami singgah lah. Cari punya cari tup2x kedainya tutup. Alohhh! Tak bukak sih! Kecewa sekejap. Penat jer tercari2x.

Petangnya, Syana n Abah ke Tanah Merah pulak. Kat situ pun ada dealer Panasonic jugak. N akhirnya segala teka-teki terungkai. Promosi di katalog itu terbukti benar. Dengan pembelian sebuahTV plasma 42',  kami dapat membawa pulang dua buah camera lagi... Syana mesti lah senyum melebar sampai ke telinga. Tak sangka Syana dapat ganti camera lama tue secepat ini. Ingatan kena tunggu result gempaq sem depan baru leh mintak. Paling awal pun ingatkan Abah nak belikan tyme raya nanti. Tapi tup tup kamera baru dah ada di tangan Syana sekarang nie. Cam mimpi. Inilah yang dinamakan rezeki!


Walaupun ianya barang percuma tapi Syana sangat berpuas hati. 10 megapixels rasanya sudah memadai. Lagipun camera merah yang lama tue pun 8 megapixels jer. Kira dah up siket lah nie =p

Malam tu, keseronokan bersambung lagi dengan sambutan birthday umiey. Jangan memain taw. Burfday umiey saya jatuh pada hari yang sama dengan Agung. Bak kata Umi, siap dapat cuti umum lagi bersempena dengan hari jadi nya. Haha. Disebabkan Maktok ada bersama kami, maka sambutan dilakukan di restoran berhampiran rumah sahaja. Makan steamboat kat sebuah restoran baru. Sedap jugak lah.

Agak2x terliur tak?? Haha

Umi tersenyum dapat surprise =)

Nampak tak yang colour kuning tue. Itu kad harijadi buatan kami adik beradik. Dah gaya baucer kfc pun ada jugak. Hahaha. Photo nie pulak hadiah dari kami adik beradik. Tak der lah gah mana. Cuma harap2x umiey suka! Wee


Lastly, ini pulak kek keju khas buat umiey si penggemar kek cheese!! Syana buat sendiri ok. Ikhlas dari hati. Wuhuu. =)


Syana menghargai detik2x indah bersama keluarga. Sekarang ini sahajalah masa yang ada untuk kami berkumpul bergelak ketawa bersama. Selepas ini, mungkin agak payah untuk berkumpul bersama seperti saat ini lagi. Tahun hadapan, kemungkinan besar Sedan akan ke asrama. Rais n Syana akan meneruskan pengajian di universiti. Tinggallah abah, umi n Neddy sahaja di rumah. Itupun Neddy akan terus bz dengan segala macam kelas tambahan SPM tahun depan. Pasti saat itu umi n abah akan merindui suara2x bingit kami berempat. Bergurau senda sambil bergaduh manja. Apa pun, Syana akan sentiasa menyayangi mereka. Kerana mereka adalah sebahagian dari Syana.

3 comments:

n.a.n.a said...

siyes dpt free? syoknye.hhuhu

SyaNa_SaN said...

hye nana,

siyes beb.. satu camera dpt free!! satu camera lagi kena add on duet Rm199.. kira berbaloi-baloi!!

n.a.n.a said...

fulamak. syoknye