Friday, June 18, 2010

Tips Syana *-* Eksklusif - Kawal Rasa Marah

Salam ingatan...

Seperti yang dijanjikan pagi tadi, malam ni Syana nak berkongsi dengan korang beberapa tips untuk mengawal rasa marah. Tips2x ini diperolehi daripada pengalaman sendiri dan kenalan. Amat berguna untuk mengelakkan korang dari diserang sakit hati, sakit jantung dan darah tinggi di usia muda.


TIPS KAWAL RASA MARAH

1. Sebut GOOSFRAABAA

Ok. Cuba korang sebut word nie secara perlahan2x. 

GOOSFRAABAA

Amacam? Ada rasa kurang marah siket tak?? Ker bertambah meluap2x nak marah?? Relax guyz! Relax. Ini bukan rekaan ok. Word nie merupakan amalan orang eskimo. Di sana, para ibu eskimo akan menyebut word ini untuk menenangkan bayi mereka dari terus meraung.

2. Kira 1,2,3

Kalau cara pertama tak berkesan, cuba korang amalkan ini. Bila rasa jer nak marah, cepat2x mengira. Tips nie sebenarna lebih secocok untuk mereka yang bila rasa marah jer mulalah nak baling2x barang kat sekeliling. Tak pun hempas pintu kuat2x. Jadi, bagi kamoo yang begitoo, Syana sarankan cubalah tips ni. Bila nak tarik pintu tu, sambil2x ajer, korang kiralah 1,2,3,4,5 sampai pintu tu tertutup. Tips ini ustaz Syana zaman kat sekolah dulu kasi. Syana pernah cuba. Dan ianya berkesan. Wee!

3. Mandi Air Sejuk

Ini pun salah satu tips yang berkesan. Perasaan marah pada diri kita nie samalah macam api yang sedang membara. Api semestinya berlawan dengan air. Oleh itu, apa kata bila rasa marah sedang meruap2x, sampaikan asap pun dah keluar dari telinga korang, cubalah mandi dengan air sejuk. Serba sedikit lepas mandi pasti korang akan rasa lega.

4. Zzzzzzzzzz

Ya. Tidur adalah satu terapi yang juga berkesan untuk meredakan kemarahan. Kekadang, diri kita ni cepat benar rasa marah. Penyebab sebenarnya kerana kita cukup tertekan dan kurang rehat. Jadi cubalah merehatkan diri dengan tidur secara nyenyak dan secukupnya pada setiap hari. Jangan mengelak untuk tidur. Bagi orang dewasa sekurang2xnya tido anda mestilah di antara 7-8 jam sehari. Soalan : Adakah waktu tidur anda mencukupi??

5. Salurkan kemarahan anda secara betul

Pernah tak korang tengok spesies manusia yang marah kat seseorang tapi melepaskan kemarahannya kepada seseorang yang lain. Misalnya, seorang bos bergaduh dengan wife dia tapi habis semua staff kat pejabatnya kena herdik tanpa sebab. Kalau korang jenis manusia sebegini, sila berhenti untuk terus bersikap sedemikian! 

Bila kita marah, kita memang tidak boleh menyimpannya sendiri. Nanti jadi nanah. Oleh itu, kita perlu salurkan kemarahan kita kepada sesuatu. Tapi melepaskannya kepada orang lain juga bukanlah cara yang terbaik untuk menyalurkan kemarahan kita. Cuba salurkannya secara betul. Sebagai contoh korang boleh bersukan. Aktiviti-aktiviti sukan seperti ragbi, basketball, bowling dan badminton mampu membantu korang meredakan kemarahan yang sedia ada. Tambahan lagi, korang juga boleh menyalurkan kemarahan korang tue melalui karaoke dengan melalak sepuas hati. Percayalah! Walaupun tampak simple tapi ianya berkesan.

6. Berzikir & Beristighfar

Kalau korang dah cuba semua tips kat atas tu tapi tetap juga tak berjaya buang sifat marah tu, Syana syorkan korang kembali semula kepada pencipta kita. Berzikir, beristighfar dan mohon dari-Nya. Kerana sesungguhnya Dia yang  Maha Mengetahui apa yang kita rasa saat ini dan Dia juga yang Maha Berkuasa untuk menyahkan rasa yang tidak diingini ini dari hati kita. 

Jadi tunggu apa lagi?? Jom pakat amal tips kawal kemarahan diri yang Syana kongsikan malam nie. Harap2x lepas ni tak der la mana2x gunung berapi yang berjaya meletus lagi ye. =p 

Selamat Mencuba!

3 comments:

budak hitam said...

nice post.. sy sllunye tido je klu mrh.. bgn tido trs lupe psl mrh..hehe

SyaNa_SaN said...

hye budak hitam,

Thankz. Bagus nyer kalau semua orang cam awak. Ibarat magic jer. Bangun tidur terus luper. Wee

Anonymous said...

Kalau sakit hati dengan bos, baca je kat dia pantun ni (dari buku ‘Alamak Bosku Seperti Hitler!’) hahaha:

Pagi-pagi, sudah mencemuh,
Si pemandu terus terdiam mengeluh,
Bos ini jenis yang kecoh,
Dapat “Tan Sri”, satu dunia dia heboh.

“Ada pelanggan hendak jumpa”,
Itulah kata si setiausaha,
Bos enggan, mengantuk katanya,
Biarkan pelanggan berjumpa air liur basinya.

Bos memanggil mesyuarat mengejut,
Ada pekerja berjalan bak siput,
Bos pun menengking sampailah semput,
Para pekerja terkentut-kentut.