Monday, June 21, 2010

Celoteh Kehidupan *-* Syana Dikejar Peminat Psiko (Seram)

Salam ingatan...

Bila ingatkan balik kejadian nie, Syana naik seram. Kena kejar ngan peminat psiko weihh! Saper tak cuak! Fuhh. seb baeq dia tak ikut masuk kereta. ( !_!)

Jom ikuti cerita lawak nie. 

Saya ada peminat psiko!! Kembang sekejap.

Lepas dapat result pemohonan ke UiTM hari Sabtu lalu, Syana terus beragenda. Haha. Shopping lah. Apa lagi beb! Wee.. Sebelum nie nak beli barang2x cam tak der feel jer. Yer lah. Permohonan belum lagi diluluskan. Bila semuanya dah settle barulah confident siket nak membeli-belah. Huhu.

Barang pertama yang Syana nak beli ialah kasut lab. Jadi bersama-sama Umiey, Syana pun singgah lah masuk ke sebuah kedai kasut nie. Nama kedainya biarlah rahsia! Wee

Sambil usha tetiba ada seorang pompuan nie sapa syana..

"Awak.. Cantik nyer beg awak!"

Ok. Saya senyum. Tak tahu nak cakap aper.

"Awak beli kat mana beg nie awak? Saya berkenanlah."
Sambil maintain senyum, Syana jawab.

"Beli dekat rumah jer nie. Kat Machang."

"Lahh. Awak orang machang ker? Aloh.. Jauhnya."

"A'a." 

Tetibe, tangan dia dah merayap kat beg Syana. Teraba-raba. Eh Eh.

"Saya berkenan lama dah kat beg macam awak punye ni. Ada color biru kan?? Awak tolong belikan untuk saya boleh tak??

Ok. Syana dah mula serabut. Apa hal pompuan nie?  Kenal dia pun tidak. Tetiba nak mintak Syana belikan. Syana bukan salesman ok! 

Adess.. Dia nie sihat ke tak? Ke tak siuman? Syana was-was. 

Dari atas sampai bawah Syana perhatikan pompuan tue. Dari baju nya ternyata dia adalah jurujual kedai kasut tersebut. Ok. Sah. Dia siuman. Kalau tak, mana mungkin dia dapat kerja kat situ kan? Cumanya sekarang nie saper yang  nak beli barang dengan siapa?? Fuhh..

"Maaf lah awak. Saya jarang2x datang sini. Huhu. Lagipun lepas nie saya nak balik u semula dah! Awak datang lah Machang sendiri. Lagipun sini ke Machang tak der ahh jauh sangat kan?"

Lepas bagi statement lepaskan diri dari cengkaman psiko cam tu, Syana terus tinggalkan dia terpinga-pinga sendirian. Haha. Sebenarnya tak pergi mana pun. Pusing-pusing  kat dalam tue jugak untuk cari kasut lab yang best.

Tapi korang nak tahu tak sepanjang kat dalam kedai tue dia ikut jer belakang Syana. Mata dia pulak tak abes2x usha beg kat bahu Syana nie. Sekali-sekala mata kami berlaga. Aduhh. Rimas weihh!! Apsal psiko sangat dia nie?!

Ok. Lepas tue adalah Syana berkenan dengan sepasang kasut hitam bertutup nie. Nak bayar terus macam serba salah lagi. Kang satgi jumpa yang lagi cantik kat kedai laen mesti nyesal tak sudah. Jadi Syana pun melangkah keluar dari kedai kasut tue. 

Dari sebuah ke sebuah kedai kasut yang lain Syana mengusha. Seb baeq kedai-kedainya sama aras. Kalau tidak jenuh jugak lah nak mencari. Tapi bila dah ada yang berkenan di hati tak ada saiz la pulak. Semuanya hampeh. Hmm.. geram betul.

Nak tak nak at last Syana kembali lagi ke kedai kasut yang mula-mula tadi. Oohh. Saya terpaksa jumpa dia lagi. Oh tidak!
Masuk jer ke dalam, Syana cepat2x gapai kasut yang dah terkenan di hati tue. Mintak saiz kemudian ke kaunter. Aleh2x tetiba si Neddy (my youngest sister) datang menempek kat sebelah umi mintak kasut baru jugak. Haha. & dah semestinyalah umiey bagi lepas tengok muka seposen dia tue. Wee

Alamak. Kena duduk dalam kedai nie lagilah nampaknya!

Sambil2x neddy tercari2x, pompuan psiko tadi tue datang menyapa Syana lagi.

"Awak.. Tolong lah awak. Awak tolong lah belikan untuk saya."

Syana terdiam. Nak jawab pun serba salah. Tapi tak jawab pun salah jugak.

"Memang tak boleh ler awak. Saya memang jarang2x datang KB nie. Awak datang jer sendiri. Awak datang hari Isnin. Memang kalau awak pergi jer kat pasar isnin kat Machang tuhh pasti jumpa punya.."
 Huhu. Tipu tambah dosa. Sebab kalau nak diikutkan, sebenarnya setiap kali hujung minggu Syana ke sini sepanjang cuti nie!

"Oo. Berapa ringgit yer kat sana?"

"Murah jer nie. Saya beli RM70 jer."

"Waaahhhhh. Biar betul?? Murah gile. Kawan saya kat KL tue beli sampai RM300 lebih."

"Kawan awak tue beli barang ori. Memang lah mahal."

"Habis tue nie tak ori ker??"

Budak nie memang banyak betul tanya....
 
"Memang lah tak ori. Murah jer nie kowt. "

OK. Syana boleh nampak muka budak tue berubah siket. Terkejut barangkali.

"Saya tak percayalah. Nampak macam ori nie. Sebijik macam yang betul."

"Memanglah sama designnya. Tak beza langsung pown. Sebelum beli nie pun saya dah check ejaan brand n characteristic beg nie kat internet. Bila dah sure sejibik, baru saya beli. Hehe.. "

"Memang serupa."

"Saya nie student lagi. Nak pakai yang ori mana mampu lagi! Takkan nak susahkan mak bapak pulak. Kalau seratus lebih tue ok lah lagi kowt. Tapi bila beg ajer dah cecah tiga empat ratus, kirim salam jer ahh."

Bila tengok Umiey n Neddy dah siap bayar semua, Syana terus keluar kedai. Sekali lagi tinggalkan peminat psiko tue terpinga-pinga sendirian. Aduhh. Budak2x zaman sekarang.

Persoalannya, lawa sangat ker beg Syana tue sampai ada peminat yang menyeramkan begitu??

Cuba korang tengok sendiri??


Inilah begnya.. Cantik sangat ker?? 
(Garu kepala @-@)

Ini pulak gambar secara dekat.

Setakat nie memang ramai yang puji beg tue cantik. Nie bukan nak masuk bakul angkat sendiri ke haper. Tapi memang kenyataannya begitoo. Memang ramai yang cakap. Tapi tak der lah pulak Syana sampai terjumpa perempuan psiko cam  kat atas nie. Alahai.

Apapun, ada dua benda yang Syana dapat dari pengalaman nie.

Pertamanya, andai kata kalau kita minatkan sesuatu sekalipun janganlah sampai kita memalukan diri sendiri. =)

Keduanya, kalau nak beli sesuatu tue biarlah berpadanan harga yang kita bayar dengan tahap kualiti barangnya. Jangan kita membeli semata-mata untuk mendapatkan kepuasan memiliki barang berjenama. Lebih-lebih lagi kalau kita kurang berkemampuan. Sayangilah ringgit anda,

Kesimpulannya, jangan sampai terpakai kasut jenama Abidas... Haha

2 comments:

liyana aziz said...

hatoi yay! macam tu plak ek?? hahah.. kesian dia.. mesti kat KN ada punya, dia je yg x cari betul2..

SyaNa_SaN said...

hye liyana,

Huhu. Kesian lah jugak. Wee

Btw, KN tu apa erk? Maaflah. Syana memg xtahu.