Tuesday, August 17, 2010

Shout Out: DAPATKAN MAJALAH POTENSI SECARA PERCUMA!

Majalah POTENSI merupakan sebuah majalah yang mencungkil bakat-bakat potensi dalam segala bidang, dan bukan hanya dalam bidang perniagaan walaupun kebanyakan kandungan adalah lebih menumpukan kepada bidang keusahawanan dan peluang perniagaan.

Sejarah penubuhan majalah ini bermula sekitar tahun 2007/2008 lagi, dan ianya diasaskan oleh Puan Salnor bersama Editor En.Jafari yang juga suaminya. Mereka memulakannya tanpa modal yang mencukupi seperti mana penerbit-penerbit majalah lain, namun berkat usaha mereka, kini akhirnya majalah POTENSI bakal mencecah usia 4 tahun. (rujukan pautan ini)

Majalah POTENSI dirasmikan oleh Datuk Noh Omar dan Datuk Rahim (CEO Tekun)

TIADA DI PASARAN
Memang itu adalah persoalan utama apabila bercakap mengenai majalah POTENSI. Memang majalah ini tidak dijual secara terbuka di pasaran kerana majalah ini diedarkan melalui rangkaian sedia ada atau pelanggan tetap. Kerana itulah ia jarang terdapat di pasaran. Namun, pada awal tahun 2010, majalah ini sedikit sebanyak mula menjengah pasaran terbuka walau bilangannya tidak banyak.

KUALITI KANDUNGAN
Tidak boleh dinafikan bahawa kualiti kandungan dalam majalah POTENSI sangat menarik kerana ia bukan bahan copy&paste seperti mana majalah-majalah yang terdapat di pasaran. Tiada kandungan merapu, gambar separa bogel dan gosip fitnah yang ditulis dalam majalah ini.

CETAKAN
Sehingga kini, cetakan majalah POTENSI menunjukkan peningkatan dari 8000 ribu cetakan sehinggalah ke puluhan ribu cetakan pada hari ini. Semua ini adalah sokongan dari rakan niaga dan langganan dari golongan-golongan pencari peluang perniagaan.

PERSAINGAN
Majalah POTENSI tidak mempunyai persaingan, semua majalah keusahawanan yang ada di pasaran merupakan "rakan seangkatan" kepada majalah POTENSI, kerana kami sama-sama menterjemahkan isu-isu potensi keusahawanan untuk dipaparkan kepada pembaca yang rata-rata dari golongan masyarakat melayu. Lebih dari itu, boleh dikatakan tiada satupun majalah di pasaran yang mengamalkan konsep langganan seperti mana yang dilakukan oleh majalah POTENSI.

KELEBIHAN MAJALAH POTENSI
Majalah apapun pasti mempunyai kelebihan sendiri, bagi majalah POTENSI, kepada pembaca kelebihannya ialah mereka akan mendapat bahan asli yang tidak diceduk dari mana-mana penerbitan atau bahan-bahan internet. Ia merupakan artikel asli dan unik yang pastinya memberikan kepuasan kepada pembaca.

Kepada pengiklan, majalah POTENSI menganggap mereka adalah rakan niaga yang memberi sokongan. Iklan di majalah POTENSI adalah PERCUMA sahaja (sila hubungi majalah POTENSI untuk keterangan lanjut). Setiap tahun bermula awal 2010, majalah POTENSI telah mengadakan Konvesyen POTENSI. Buat pertama kalinya ia diadakan di Carlton Holiday Shah Alam (rujuk pautan ini)

CARA MENDAPATKAN MAJALAH POTENSI
Seperti yang diketahui, majalah POTENSI mengamalkan konsep langganan. Bagaimanapun ia juga ada dijual di kedai-kedai buku seluruh negara walaupun bilangannya tidak banyak. Bagi memudahkan sesiapa sahaja yang ingin mendapatkan majalah POTENSI, mereka boleh mengikuti langkah-langkah di bawah:

Langganan terus:
Hubungi POTENSI NETWORK PUBLISHER: 0196672470
@
Wakil Daerah
Johor/Melaka/Negeri Sembilan: 0197130219 (Jopana Trading)
Sabah/Sarawak: 0165859735 (Onyx Circle)
Pahang/Terengganu/Kelantan: 0196978789 (Rangkaian Timur Marketing)
Kedah/Perlis/Pulau-Pinang: 0125862186 (Suria Mas Enterprise)


Letak posting ini di blog anda, dan dapatkan senaskah majalah POTENSI Percuma
Keterangan lanjut boleh layari: www.potensi.co.cc |www.potensi.com.my

No comments: