Monday, August 9, 2010

Tips Syana *-* Kamu Obess, Over Weight, Normal @ Under Weight??

Salam ingatan...

Jumaat yang lepas, semasa kelas nutrition, Syana dan rakan2x telah menjalani satu aktiviti yang bertajuk KIRA BMI ANDA. BMI ialah BODY MASS INDEX yang mana ianya digunakan sebagai kayu ukur untuk menentukan kesesuaian berat badan dengan tinggi kita semua. 

Macam mana nak kira BMI??

Ok.. Mula2x sekali timbang berat badan kamoo dalam kg. Kemudian ukur pula tinggi kamoo dalam meter.

Seterusnya kira BMI kamoo menggunakan formula ini:-

BMI = jisim badan (kg) / [tinggi x tinggi] (m2)

Setelah kamoo mengetahui BMI kamoo, bandingkan dengan nilai-nilai di bawah.

Siyes... Ini part yang paling menakutkan.

Underweight = <18.5
Normal = 18.5 - 24.9
Overweight = 25 - 29.9
Obess = 30 dan ke atas

Jadi, bagaimana??? Apakah KATEGORI BADAN kamoo semua??

Kalau normal.. Tahniah lah yer.. Maintainkan ok!

Syana??? Normal TAPI lagi 0.3 nak menghampiri over weight!! Waahh.. Scary nyer!

Saya bukan takut gemook tapi takut tak sihat!!

TAPI NAK TAHU APA YANG SYANA BUAT HARI TUE BILA DAPAT TAHU BMI MENGHAMPIRI OVER WEIGHT???

Mula-mula kami pergi makan aiskrim!!

Dah tak peduli dah dengan BMI... Insaf sejam jer!!

LEPAS TUE...

Syana pergi bedal BEEF TEPPANYAKI sepinggan.. Aduhh!!

Tak cukup lagi dengan tue...

SEBAGAI PENCUCI MULUT SYANA AMEK

Pizza sebanyak 3 keping... 

YEAH..
Inilah yang terjadi bila perut kebuluran dan nafsu mengatasi segalanya.

Memang tabiat pemakanan yang sempurna sebagai seorang pelajar kelas nutrition!!!

p/s: Aktiviti KIRA BMI akan berlangsung sebanyak 2 kali lagi selepas nie. Sebelum  n selepas raya. Agak2x korang, dengan tabiat makanan yang sempurna begini, bolehkan BMI Syana dikekalkan?? 

Ohh. Hopefully turunlah yer!!





2 comments:

Atsuko Ichirou said...

wa...overweight nie.... nak kena diet bulan pose nie... huhuuu

SyaNa_SaN said...

Yerker atsuko?? Syana nampak atsuko kurus jer!! =)