Sunday, March 7, 2010

Dengarkan aku wahai dinda

Salam Ingatan..

Saat ini Syana sedang tangkap leleh mendengar lagu OST drama bersiri NA-O-MEI di tv3. Cerita ni memang saya tak miss tengok dari episod 1 hinggalah sekarang. Haha. Kalau korang nak tau apa yang best sangat pasal cerita nie, jomlah kita bersama-sama layan tv3 dari hari isnin-khamis jam 6.30 petang.


Ok.. kali ini, syana bukan nak bersembang pasal cerita tu. Tapi pasal lagu OST dia.

Tajuk lagu = DINDA
Penyanyi = Mahkota Band

Mahkota Band?? Jangan disoal siapakah gerangan band itu.. Syana pun tak kenal. Mungkin band indon kowt. Syana kurang pasti. Tapi andai mereka membaca artikel ini, syana nak bagitau mereka yang lagu mereka memang gempaq habis. Bikin syana melayang..(Dah dah lah tu. Macam ler mereka nak baca blog kamoo)


Tapi seriously, pertama kali mendengar lagu ni, Syana dah jatuh cinta. Alangkah bahagianya jika Teruna Idaman menyanyikan lagu ini khas buat Syana.. Pasti Syana akan cair sebagaimana ais yang baru keluar dari peti dimasukkan ke dalam air kopi panas POWER ROOT PEARL CAFE  kacip fatimah + collagen. Ohh.. Apakah yang saya mengarut ini??

Ok lah.. jom kita perhatikan bait-bait kata lagu ini..

Dinda Ku ingin bertemu
Meski Tak tahu engkau di mana
Di sini ku dingin tanpamu

Dinda Dengar
Aku merindukan dirimu
Dinda Dengar
Ku ingin selalu menemanimu

Dulu kau selalu tersenyum
Ku taruhkan nyawaku untukmu
Dan kini
Ku hidup tanpamu


Dinda Dengar
Aku merindukan dirimu
Dinda Dengar
Ku ingin selalu menemanimu

Dinda Dengar
Aku merindukan dirimu
Dinda Dengar
Ku ingin selalu menemanimu

Kalu nak dengar suara mahkota band nyanyi, klik link kat bawah nie.

Dinda by Mahkota BanD

No comments: