Sunday, March 14, 2010

Saya LULUS test JPJ ## ALHAMDULILLAH ##

Salam ingatan..

Malam tadi tidoo tak lena.. Asyek terjaga jer. Ada lah dekat 4 kali tersedar. Nak mimpi pown memang tak ada can la kan. Berdebar semacam jer.

Dah ler tu, b4 tido malam tadi, abah siap kasi pinjam hp dia lagi. Bukan kasi pinjam terooooss!! Sekejap jer.. Buat set alarm clock. Yerla, henset sendiri rosak (kna air ujan 3 ari lepas). Jam loceng pulak tak der bateri. Hoho.. Alasan!! (macam ler tak buleh beli bateri kat mana2).


Pukul 6.50, saya bangun.. Mandi and then bersiap. Amek masa jugak ler nak siap.. Lama sangat pilih baju. Tak tahu baju apa yang sesuai. Poyo jer. Padahal tak der saper pown nak nilai u pakai baju apa!! Yang diorang nak tengok skill u bawak keta. Ada reti..

Kul 8 kuar umah. Kul 8 jugak sampai litar mmandu. So, kamu semua memang boleh bayangkan betapa dekat nyer rumah saya dari litar memandu tu. Sampai2 jer.. Cam pelik. Tak ramai orang pun.

Pastu, pusing2 litar memandu tuh. Cari Kak Ma (akak yg handle kelas memandu syana). Penat mencari. Bukannya jumpa pun. Permulaan hari yang malang. Kalu ada henset, dah lama syana col jer. Tak kuasa mencari kak ma macam nie.

Frust tak jumpa kak ma, syana terus jer pergi ke tempat berkumpul bagi calon yang nk amek jpj test. Tyme tu dah pukul 8.15. Syana orang pertama yang sampai kat situ. Kata pukul 8 dah start. Mana yang lain-lain. Urusetia ujian JPJ pun xnampak batang hidung. Janji MELAYU.

Kul 8.30, orang-orang lain dah mula memenuhi tempat berkumpul tu. Siot jer dorang nie. Datang lambat tapi muka buat donno jer. Jumpa la dua-tiga orang kenalan. Adik2 lepasan spm. Bukannyer kenal mana pun. Tapi ada la bersua muka sekali dua sepanjang belajar kereta kat situ. Jadi tak ada la syana terasa macam kesunyian sorang-sorang sangat.

Sejam berlalu begitu sahaja. Penat menunggu tak yah cerita la. Kebas punggung duk atas kerusi keras tu. Bila nak start nie. Lembab betul. Buang masa tahu tak. Kalu nak start lewat, jangan ler mintak syana datang pepagi buta.

Kul 9.45, barulah urusetia yang reramai kat depan tuhh bersuara. Panggil nama sengsorang untuk ke depan. Dorang mintak sign beberapa borang. Pastu dapat tag no giliran. No.15 jadi milik syana. Adakah no ini bertuah??

Lepas setengah jam, barulah test dimulakan. Kali nie test litar jer dulu (test bukit, parking n tiga penjuru). Ada 7 nama yang dipanggil serentak bererti ada 7 kereta yang digunakan untuk test kali ni. Pegawai JPJ tu lepaskan sorang-sorang. Bila pemegang no.1 dah settle ketiga-tiga ujian, maka barulah pemegang no.2 pulak buat ujian2 tuhh..

Saya no.15.. Jadi memang lambat lagi. Terpaksa la menunggu lagi. Makin lama jantung makin berdegup laju. Level adrenalin dalam diri makin meningkat. Bila tengok sorang demi sorang digagalkan oleh pihak JPJ, saya jadi makin takut. Susah sangat ker?? Apsal ramai sangat yang TERgagal.

" No.15 " 
Jerit urusetia ujian.

At last nama dipanggil. Lepak la kat dalam kereta kancil tue sorang2. Nyanyi la sikit2 sambil tunggu turn (sempat lagi tuw). 
Penooh bergaya menyanyi lagu anak itik tok wi!!

Tetibe, nampak Budak no.14 depan saya (fatihah) terkandas kat bukit. Terpaksa syana tarik nafas dalam2  bila tengok dia gagal camtu. Moga2 saya berjaya atasi ujian-ujian ni. Aminn

Dengan lafaz بسم الله الرحمن الرحيم  , Syana mendaki bukit. Yeahh..masuk petak. Kemudian turun dengan jayanya. Bagoos, permulaan yang baik. Seterusnya, syana masuk petak parking. Waktu nie cuak sikit. Sangat takut kalau ada tiang yang jatuh. Dapat bayangkan kalu FAIL, conperm kena gelak kow kow dengan Abah n Raisz. Malu sihh.. Nak tak nak syana kena lulus jugak. Wajib Lulus. 

Seb baeq, test parking pun xder masalah. Yang terakhir, masuk tiga penjuru. Ini yang paling senang. Jadi tak risau sangat. Haha. Belagak nyer pompuan ni. Tapi lagak saya berasas ok.. Memang pass pun ujian tu. Ini bermakna UJIAN LITAR MEMANDU JPJ syana sudah settle. Saya berjaya.. Wihaa.. Tapi xleh gembira sangat. Ujian jalanraya tak buat lagi..

Sekarang, jam menunjukkan 11 pagi. Terpaksa duduk kat bangku keras tu sekali lagi sambil menunggu giliran sampai. Bencinya menunggu macam nie. Cam xder keja lain jer nak buat. Sangat membuang masa.

Tunggu punyer tunggu akhirnya lebih kuang pukul 11.45 cam tu, dah ada yang mula kena panggil nama utk Ujian Jalan Raya. Bagus2x. Cepat la sikit turn sampai. Dah malas nak pikir sal lesen lagi dah nie..

Tup..tup.. kul 12.15 ada seorang pakcik urusetia nie buat announcement.

"Pukul 12.15, kita akan berhenti berehat dulu. Ujian akan disambung pada pukul 2.45. Jadi sesape yang nak pergi makan boleh pergi. Yang nak pergi buat solat hajat pun boleh buat sekarang. Tapi pastikan pukul 2.30 semua dah berkumpul kat sini balik.."


AGHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHH


Sakit nyer hati. Apa pasal la tak bagitahu awal-awal. Kalu tidak dari tadi lagi dah boleh balik. Xder la menahan lapar jer dari tadi. Menyampah betul ngan dorang nie. Benci..benci.. Dah lah tuhh bleh siap wat lawak lagi. Xlawak pun okeeih! tolong lah paham.

Sampai umah, bukak facebook jap. Pastu lunch. Pelahap makan. Dah lapar sangat kan. Bila perut dah kenyang, terus mata mengantok. Apa lagi tido lah. 

Kul 2.30 pergi litar balik lepas siap2. Sampai-sampai jer, duk tak sampai 5 minit, terus nama dah kena panggil. Bagus..bagus. Xpayah menunggu. Tapi, saya masih dalam mood mamai. 

Bukak jer pintu kereta, nampak misai pegawai JPJ tuhh.. Alamak. Sarjan misai lah. Terus kecut perut.
Sepanjang test, saya tak tengok pun muka dia. Tak berapa nak berani. Takut nanti tergelak tengok muka garang pakcik JPJ tue.

Sampai jer kat traffic light, Syana berhenti. Free gear and angkat hand break segala. Knapa berhenti?? Dah lampu merah. Kena la berhenti. Wihuu.

Then, bila lampu dah hijau, Syana pown masuk gear 1, lepas h/break and lepas class. Opssss.. Kereta mati tengah jalan weihh.. Tolong... Padan muka. Sape suruh lepas class sekali gus. Pakcik misai kat sebelah tuhh dah bising. Dialog dia "Awak nie belaja kereta macam mana??"... Malu nyer. Nie conperm tak lulus. Sedyhh..

Then, saya abiskan jugak laluan A U-turn tuhh (laluan paling dekat). Stop jer kreta, rasa cam nak balik teroosss.. Tapi paksakan diri jugak pergi depan amek result.. Urusetia tuhh mintak saya datang litar memandu semula nanti sambil gelak-gelak. Orang tengah frust tak lulus dia leh bahgia gelak-gelak.. Kuang ajar btul.

Saya pown mengeluh pastu tanya ler kat dorang, " Kena ulang balik ker?? ".

"Saya tak cakap xlulus, saya cakap kena datang litar semula jer. Ker awak tak nak amek lesen?", pakcik tuhh sambung gelak balik.

Chehhh.. saya tau la saya innocent. Sampai ati gurau biawak hidup cam tuhh..
Ehhh.. Saya LULUS. Biar btul. Ye ke ni??

Muka tak percaya

Yer.. Saya lulus.. Saya lulus lah.. Waaghhh.. Syoknyer..
Rasa cam nak jerit gtau satu dunia jer. Please la syana. Sila control  tingkah laku. Kang malu tak pasal-pasal kang... =) Blushing

Begitulah kesudahan test arini. Walaupun xpuas hati menunggu lama, tapi amat berbaloi. Suker suker.
Mekasih kepada semua yang terlibat dengan kejayaan ini.

p/s: tak sabar nak belajar naik kereta auto plak.. Abah, bila nak bagi kak long sebijik kereta??

No comments: