Thursday, March 11, 2010

Special entry utk batch SPM'09

Salam ingatan..

Ohh.. saya selalu menghadapi masalah ini.. Masalah tak tau nk post entry pasal apa bila dah mengadap blog sendiri.. Walhal kalu sambil2 tunggang skooter tyme balik keje tuhh banyak je idea datang.. Even masa nak makan keropok lekor pown banyak idea datang.. Tapi mengapakah sekarang nie tak der benda untuk dipostkan??

------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Hari ini bertarikhkan 11 March 2010, para pelajar SPM'09 berpusu-pusu ke sekolah masing2 bagi mengambil keputusan mereka. Saat ini pun Syana percaya hampir kesemua daripada mereka telah pun tahu result masing2. Amacam?? Gempaq tak result korang??


Bagi yg berjaya mendapat straight A's, tak kisah ler straight A1's ker straight A2's ker straight A campur2 ker, sekalung tahniah buat anda.. Alhamdulillah, segala usaha keras kamu selama ini membuahkan hasil..

Buat yang tak der rezeki nak dapat straight A tapi berjaya melepasi target sendiri pula , Syana tetap nak ucapkan syabas... Korang tetap berjaya. .=)


Namun bagi adeq2 yang kurang bernasib baeq tue, jangan putus asa. Kalu perlu untuk kamu menangis maka menangislah.. Kerana tangisan itu mampu memberi kita kesedaran untuk berusaha dengan lebih gigih lagi di masa hadapan...Jangan putus asa. Kejayaan itu milik semua. Cuma masa untuk kejayaan itu menjadi milik kamu masih belum tiba.

Jadi, jangan sesekali menjadikan kegagalan ini sebagai pencetus kepada kegagalan-kegagalan seterusnya. Jangan sesekali membiarkan kegagalan ini menjadi batu penghalang kepada kejayaan kamu di masa hadapan. Sebaliknya jadikan ia sebagai pemangkin untuk mengapai kejayaan-kejayaan yang lebih besar.


Tapi ingat, kalau skarang kamu dapat result gempaq, belum tentu lagi result kamu akan terus gempaq tyme further study kat mana-mana nanti.. Dan kalau result kamu teruk skarang, tidak bermakna kamu tak boleh dapat result gempaq tyme further study nanti.

Saya bercakap berdasarkan pemerhatian selama beberapa tahun di universiti. Ada jer budak yang tyme SPM, result tinggi nak mampus. Tapi bila kat U, result cukup2 makan jer.. Yang nyawa2 ikan pun ada.


Macam mana pun, ada jugak student yang dapat jadi top scorer kat U walhal tyme SPM result dorang nie memang biasa2 jer. Ataupun setakat 1 atau 2A ajer.

2 situasi ni memang dah jadi fenomena biasa kat mana-mana pusat pengajian sekalipun. Ianya bukanlah suatu kebetulan tapi satu realiti. Siapa yang gigih berusaha pasti dapat hasilnya. Siapa yang sambil lewa pula pasti dapat habuannya.

Syana bukan nak takutkan korang ataupun nak backup kamu-kamu yang xdapat score SPM aritu, tapi ini sekadar peringatan dan pesanan penting dari SiFi untuk kamu semua. Jangan sampai situasi-situasi yang senior-senior korang hadapi ini berulang dan terjadi pula pada kamu semua. Tyme tue, nak menyesal pun dah tak guna.
 

Lepas niey, mesti korang sibuk2 nak pilih ke mana korang nak sambung belajar kan?? Nak belajar kat mana?? Kat dalam negara ker kat luar negara?? Nak amek kursus apa?? Nak masuk foundation ker, asasi ker, matrix ker, diploma ker, poly ker, tingkatan 6 ker?? Jangan pening2 ok..


Make sure korang buat keputusan yang betul. Jangan terburu-buru. Bertanya kepada kakak atau abang korang yang dah terlebih dulu makan garam. Kalu korang anak tunggal ataupun anak sulung dalam family macam syana atau korang nie ada  perasaan xleh percaya n sangsi nak tanya akak atau abang korang,,, bertanyalah kepada senior2 sekolah dulu. Dorang pasti berbesar hati nak bantu korang.

Tapi ingat.. Jangan biarkan sesape pown buat keputusan untuk kamu. Mereka hanya boleh memberi nasihat dan pandangan. Tapi bukan mempengaruhi dan memilih masa depan untuk kamu. U need to make your own decision. Jadi, sila berhati2..


Ok lah..Sampai sini jer la dulu entry untuk kali ini. Moga ketemu lagi di lain kali.


P/s: tertunggu2 adik syana (Rais Haziq) pulang ke rumah. Nak jugak tahu result SPM dia macam mana. Harap2, keputusan tu dapatlah melepaskan dia untuk menempatkan diri di mana-mana pusat pengajian. Amin....

No comments: