Wednesday, June 30, 2010

Celoteh Kehidupan *-* Taman Tasik Taiping

Salam ingatan...

Macam yang semua sedia maklum, dalam entry kali ini Syana nak kongsikan pengalaman dan gambar2x semasa balik kampung kat Taiping dan hantar adeqqu Raisz masuk UiTM Kedah minggu lepas.

Apalagi jom usha!!

Pada yang masih tak tahu, inilah keluarga Syana.

Cuma kalau korang tengok gambar kat atas tue ada seorang budak perempuan pakai baju biru dgn seorang budak laki pakai baju kotak-kotak. Itu adik2x sepupu Syana yang tinggal kat Taiping.

Kami berada di Taman Tasik Taiping. Tak jauh pown dari umah Tok Wan kat Kamunting.

Saya yang kurang inci?!

We are Brothers N Sisters

Muka POYO jerw!

SyaNa n Neddy

Gambar last nie pulak diamek masa nak berangkat pi kedah ari tue..

Amacam?? Hensem tak Tok Wan?

Ok. Sampai tue ja dulu. Gambar pic kat Kedah satgi pulak Syana upload ok! Sape nak tengok gaya budak baru nak masuk U leh lar usha entry lepas nie. Wee

Tuesday, June 29, 2010

Celoteh Kehidupan *-* Persiapan Masuk Degree

Salam ingatan...

Pagi nie dengan penuh tekad Syana keluar rumah awal. Tetiba adesh!! Semua bank n kedai kat sini tak leh beroperasi. Tak der letrik. Malang nyer nasib. Jadi tersadailah Syana kat cc nie. Yang peliknya, CC nie ader letrik lah pulak. Musykil2x..

4hb July nanti nak daftar masuk degree dah. Yeah. Syana mara setapak lagi ke hadapan. Tak sabar nak study rasanya. Yer arr. 7 bulan tak pegang buku akademik jadi rindu la pulak. Haha. Harap2x perasaan teruja Syana nie biarlah sampai ke hujung semester ok!! Jangan nanti banyak teruja ke laen dah ler.

Satunya-satunya preparation yang Syana dah buat ialah medical check up.

Selain dari tue, banyak lagi benda laen yang tak settle...

Otak dah mula serabut

^-^ Yuran belum bayar

+_+ No. pin PTPTN belum beli

^-^ PTPTN belum mohon

+_+ Gambar pasport belum amek

^-^ Pengesahan sijil belum buat (Fotostat pown belum lagi sebenarnya)

+_+ Scooter belum service ++ Pos scooter lagi lah belum

^-^ Lab coat lama tak jumpa2x jugak. Jahit baru pown belum.

+_+ Baju kurung kat tukang jahit pun xamek2x agi.
Konon nak jahit manik sendiri, sebab dah kesuntukan masa nie, lupakan ajer lah.

Nie baru benda2x yang besar.. Yang kecik2x cinonot pown tak settle lagih.. Barang2x keperluan banyak yang tak beli lagih.

Ok. Tarik nafas..... Hembus. Tarik nafas.... Hembus

Apapun harap2x semuanya dapat berjalan dengan lancar. Hari sabtu lepas subuh dah boleh gerak balik shah alam seperti yang dirancang dah! Aminn.

P/S: Ingat ker nak share ngan korang several picture kat perak n kedah hari tue. Tapi pc kat cc nie plak tak leh detect external Syana. Hoho. Nanti2x lah yer!

Thursday, June 24, 2010

Celoteh Kehidupan *-* Siapa suka makan durian??

Salam ingatan... 

Hye semua. Pada yang dah lama bangun tido tue salam tengahari. Pada yang baru jer nak celik mata tue pulak Syana nak ucapkan selamat pagi.. 

Oii, matahari dah tinggi weiihh! Pi mandi lah... Bau..Bau! =p

Sekarang ini Syana online kat umah TokWan di Taiping. Petang semalam baru sampai sini. Huhu. Orang dah bukak sekolah semula tapi adeq-adeqku baru nak berjalan sakan. Adoi.. Hoho. Tak per lah. Bukannya selaloo kan.

Korang ingat lagi tak pada satu entry yang lepas. Pasal Tok Wan Syana yang sakit sampai kena tahan dekat hospital tue?! Alhamdulillah. Sekarang nie Tok Wan Syana dah sihat sedikit. Walaupun masih lemah tapi sekurang-kurangnya Tok Wan dah boleh berjalan. 

Mekasih lar buat rakan2x, kenalan serta bloggerz yang sudi mendoakan kesihatan Tok Wan Syana aritu. Kebaikan korang hanya Dia yang mampu membalas. *-*


Nampak tak durian kat atas nieyh?? Saper tak nampak sila pergi buat spek mata dengan kadar segara. Saper dah ader spek sila kasi tambah power spek mata anda. Sekian pesanan penaja.

Sambung balik cerita. Sepanjang cuti nie memang Syana mengidam nak makan durian tahap gaban. Pantang nampak. Tak bau pun boleh tergoda. Adess. Tapi paham2x lah kan. Sebulan dua yang lalu harga durian masih mahal lagi. Nak makan banyak tak mampu. Wohoo.. 

Tapi semalam, tyme on my way balik taiping, melambak durian orang jual kat tepi jalan. Apa lagi.. Abah pun turun lah beli. Hamek ko sekali beli sampai 20 biji sekali. Budget murah lah kan. Tapi rupanya tak de lah murah pown. Melayang RM80. Fuhh.. Kalau kasi Syana leh jugak pi shopping! Wee. 

Durian ohh durian. Malam tadi sakan melantak durian. Berpesta beb. Hilang kempunan. Apapun, tu lah. Durian nie memang senang nak tergoda dengan dia. Tapi senang jugak nak muak. Makan 5 ulas cam tu dah nak berhenti. Haha. Semalam tak kira, dekat 3 biji cam tue Syana bedal makan sorang2x. Seyes lepas nie tak kan makan durian dah buat masa yang terdekat. 

Dalam keluarga Syana ada sorang tuan puteri lindungan bulan yang tak makan raja buah nie. Adeq Syana lah tue, si Neddy! Konon busuk lah nak makan, tak sedap lah, kembang tekak lah. Amboi. Banyak betul alasan. 

Zaman kechik2x dulu pun Syana tak suka jugak durian nie. Tapi tak der ahh sampai tak nak rasa langsung. Wihuu. Tetiba hati tertanya-tanya. Korang makan durian tak?

P/s: Esok tengahari gerak dari Taiping ke Sungai Petani. Stay kat sana sampai Ahad. Hantar Rais masuk UiTM Kedah pulak hari Sabtu! Haishh. Jauh lagi perjalanan.

Tuesday, June 22, 2010

Senduk Vs Sudip *-* American Potato Salad

Salam ingatan...

Dah agak lama jugak Syana tak berkongsi resepi dengan korang kan?? Kalau tak salah untuk bulan 6 nie, ini resepi yang pertama. Dush dush!

For this tyme, jom kita usha cara nak buat American Salad Potato. Senang jer cara nak sediakan masakan nie. Mudah, ringkas dan menarik. Sedap lagi. Wee....  Tapi sihatkah?? 

Jangan risau.. Menu ini seimbang. Sesuai untuk dijadikan hidangan tengahari atau malam. Bagi sesaper yang dah muak mengadap nasi jer hari2x tue, boleh lar try resipi nie.

P/s: Tapi walaupun ianya seimbang, makanlah dalam kuantiti yang bersesuaian. Kalau korang pelahap dengan banyak jugak tak der maknanya lah makan makanan yang seimbang. Tak sihat jugak!

 AMERICAN POTATO SALAD RECIPE
(Hidangan untuk 4 orang)


RAMUAN MASAKAN

3 biji American Potato (Ubi Kentang Amerika)
3 biji telur Gred A
Salad (Sebanyak Yang Mungkin. Haha)
Mayonis
Sos Cili

PROSEDUR MASAKAN

1. Mula-mula, basuh daun salad sehingga benar2x bersih. 

2. Kemudian, susun setiap helaian salad di dalam sebuah mangkuk yang agak besar sedikit.


3. Sesudah itu, cuci American Potato dan potongkan ia seperti potongan wedges.

 American Potato

Tips: Rupa American Potato memang buruk dan kurang menawan tetapi isinya tetap berkualiti tinggi dan sedap. Mudah didapati di mana-mana TESCO atau pasaraya-pasaraya besar lain yang berhampiran korang. Walaubagaimanapun, korang juga masih boleh gantikan ia dengan ubi kentang jenis biasa.

4. Gorengkan American Potato tadi sehingga kuning keperangan.

Siap digoreng ^-^

5. Seterusnya, rebus 3 biji telur tadi dan potong bulat2x sebegini.

Sekarang semua benda dah mudah.

6. Hiaskan American Potato goreng dan telur rebus yang siap dipotong mengikut citarasa anda ke dalam mangkuk yang telah disusun dengan salad pada mula-mula tadi.

Waahh. Nampak sedap. Tapi ops!! Kena kasi make up dulu.

7. Tuangkan sos cili ke atas hidangan anda.

 Jangan banyak2x sangat. Nanti sakit perut. Wee

8. Akhir sekali, tuangkan pula mayonis ke atasnya.
  
Yeahhh. Sedia untuk dinikmati.

Seyes menguji keimanan. Ye tak??

Ikan kembung Ikan selar,
Di dalam laut berlumba-lumba,
Tidak tahu sila belajar,
Sudah tahu sila cuba.

Monday, June 21, 2010

Celoteh Kehidupan *-* Syana Dikejar Peminat Psiko (Seram)

Salam ingatan...

Bila ingatkan balik kejadian nie, Syana naik seram. Kena kejar ngan peminat psiko weihh! Saper tak cuak! Fuhh. seb baeq dia tak ikut masuk kereta. ( !_!)

Jom ikuti cerita lawak nie. 

Saya ada peminat psiko!! Kembang sekejap.

Lepas dapat result pemohonan ke UiTM hari Sabtu lalu, Syana terus beragenda. Haha. Shopping lah. Apa lagi beb! Wee.. Sebelum nie nak beli barang2x cam tak der feel jer. Yer lah. Permohonan belum lagi diluluskan. Bila semuanya dah settle barulah confident siket nak membeli-belah. Huhu.

Barang pertama yang Syana nak beli ialah kasut lab. Jadi bersama-sama Umiey, Syana pun singgah lah masuk ke sebuah kedai kasut nie. Nama kedainya biarlah rahsia! Wee

Sambil usha tetiba ada seorang pompuan nie sapa syana..

"Awak.. Cantik nyer beg awak!"

Ok. Saya senyum. Tak tahu nak cakap aper.

"Awak beli kat mana beg nie awak? Saya berkenanlah."
Sambil maintain senyum, Syana jawab.

"Beli dekat rumah jer nie. Kat Machang."

"Lahh. Awak orang machang ker? Aloh.. Jauhnya."

"A'a." 

Tetibe, tangan dia dah merayap kat beg Syana. Teraba-raba. Eh Eh.

"Saya berkenan lama dah kat beg macam awak punye ni. Ada color biru kan?? Awak tolong belikan untuk saya boleh tak??

Ok. Syana dah mula serabut. Apa hal pompuan nie?  Kenal dia pun tidak. Tetiba nak mintak Syana belikan. Syana bukan salesman ok! 

Adess.. Dia nie sihat ke tak? Ke tak siuman? Syana was-was. 

Dari atas sampai bawah Syana perhatikan pompuan tue. Dari baju nya ternyata dia adalah jurujual kedai kasut tersebut. Ok. Sah. Dia siuman. Kalau tak, mana mungkin dia dapat kerja kat situ kan? Cumanya sekarang nie saper yang  nak beli barang dengan siapa?? Fuhh..

"Maaf lah awak. Saya jarang2x datang sini. Huhu. Lagipun lepas nie saya nak balik u semula dah! Awak datang lah Machang sendiri. Lagipun sini ke Machang tak der ahh jauh sangat kan?"

Lepas bagi statement lepaskan diri dari cengkaman psiko cam tu, Syana terus tinggalkan dia terpinga-pinga sendirian. Haha. Sebenarnya tak pergi mana pun. Pusing-pusing  kat dalam tue jugak untuk cari kasut lab yang best.

Tapi korang nak tahu tak sepanjang kat dalam kedai tue dia ikut jer belakang Syana. Mata dia pulak tak abes2x usha beg kat bahu Syana nie. Sekali-sekala mata kami berlaga. Aduhh. Rimas weihh!! Apsal psiko sangat dia nie?!

Ok. Lepas tue adalah Syana berkenan dengan sepasang kasut hitam bertutup nie. Nak bayar terus macam serba salah lagi. Kang satgi jumpa yang lagi cantik kat kedai laen mesti nyesal tak sudah. Jadi Syana pun melangkah keluar dari kedai kasut tue. 

Dari sebuah ke sebuah kedai kasut yang lain Syana mengusha. Seb baeq kedai-kedainya sama aras. Kalau tidak jenuh jugak lah nak mencari. Tapi bila dah ada yang berkenan di hati tak ada saiz la pulak. Semuanya hampeh. Hmm.. geram betul.

Nak tak nak at last Syana kembali lagi ke kedai kasut yang mula-mula tadi. Oohh. Saya terpaksa jumpa dia lagi. Oh tidak!
Masuk jer ke dalam, Syana cepat2x gapai kasut yang dah terkenan di hati tue. Mintak saiz kemudian ke kaunter. Aleh2x tetiba si Neddy (my youngest sister) datang menempek kat sebelah umi mintak kasut baru jugak. Haha. & dah semestinyalah umiey bagi lepas tengok muka seposen dia tue. Wee

Alamak. Kena duduk dalam kedai nie lagilah nampaknya!

Sambil2x neddy tercari2x, pompuan psiko tadi tue datang menyapa Syana lagi.

"Awak.. Tolong lah awak. Awak tolong lah belikan untuk saya."

Syana terdiam. Nak jawab pun serba salah. Tapi tak jawab pun salah jugak.

"Memang tak boleh ler awak. Saya memang jarang2x datang KB nie. Awak datang jer sendiri. Awak datang hari Isnin. Memang kalau awak pergi jer kat pasar isnin kat Machang tuhh pasti jumpa punya.."
 Huhu. Tipu tambah dosa. Sebab kalau nak diikutkan, sebenarnya setiap kali hujung minggu Syana ke sini sepanjang cuti nie!

"Oo. Berapa ringgit yer kat sana?"

"Murah jer nie. Saya beli RM70 jer."

"Waaahhhhh. Biar betul?? Murah gile. Kawan saya kat KL tue beli sampai RM300 lebih."

"Kawan awak tue beli barang ori. Memang lah mahal."

"Habis tue nie tak ori ker??"

Budak nie memang banyak betul tanya....
 
"Memang lah tak ori. Murah jer nie kowt. "

OK. Syana boleh nampak muka budak tue berubah siket. Terkejut barangkali.

"Saya tak percayalah. Nampak macam ori nie. Sebijik macam yang betul."

"Memanglah sama designnya. Tak beza langsung pown. Sebelum beli nie pun saya dah check ejaan brand n characteristic beg nie kat internet. Bila dah sure sejibik, baru saya beli. Hehe.. "

"Memang serupa."

"Saya nie student lagi. Nak pakai yang ori mana mampu lagi! Takkan nak susahkan mak bapak pulak. Kalau seratus lebih tue ok lah lagi kowt. Tapi bila beg ajer dah cecah tiga empat ratus, kirim salam jer ahh."

Bila tengok Umiey n Neddy dah siap bayar semua, Syana terus keluar kedai. Sekali lagi tinggalkan peminat psiko tue terpinga-pinga sendirian. Aduhh. Budak2x zaman sekarang.

Persoalannya, lawa sangat ker beg Syana tue sampai ada peminat yang menyeramkan begitu??

Cuba korang tengok sendiri??


Inilah begnya.. Cantik sangat ker?? 
(Garu kepala @-@)

Ini pulak gambar secara dekat.

Setakat nie memang ramai yang puji beg tue cantik. Nie bukan nak masuk bakul angkat sendiri ke haper. Tapi memang kenyataannya begitoo. Memang ramai yang cakap. Tapi tak der lah pulak Syana sampai terjumpa perempuan psiko cam  kat atas nie. Alahai.

Apapun, ada dua benda yang Syana dapat dari pengalaman nie.

Pertamanya, andai kata kalau kita minatkan sesuatu sekalipun janganlah sampai kita memalukan diri sendiri. =)

Keduanya, kalau nak beli sesuatu tue biarlah berpadanan harga yang kita bayar dengan tahap kualiti barangnya. Jangan kita membeli semata-mata untuk mendapatkan kepuasan memiliki barang berjenama. Lebih-lebih lagi kalau kita kurang berkemampuan. Sayangilah ringgit anda,

Kesimpulannya, jangan sampai terpakai kasut jenama Abidas... Haha

Ukiran Ilham *-* Puisi Hari Bapa

Salam ingatan...


Ke hadapan abah yang ku kasihi,
Kasihmu tiada tandingnya.

Sekalipun aku diberi peluang olehNya
Untuk memilih seorang bapa
Dari kalangan berjuta yang lain
Kamu tetap jua yang akan aku pilih
Kerana kamu adalah yang terbaik buatku.

Ke hadapan abah yang ku sayangi,
Terima kasih untuk semuanya.

Tanpa jemu kau mendidikku
Dari sebesar lenganmu dulu
Hinggakan kini aku bergelar remaja
Aku tahu, sepenuh tenaga kau cuba berusaha
Untuk memenuhi setiap kehendakku
Meski kadangkala ianya memberatkanmu
Tapi kau tak pernah sesekali menghampaku
Sesungguhnya maafkan aku.

Ke hadapan abah yang ku sanjungi,
Kau adalah pahlawan terhebat menurutku.

Mungkin kasih antara kita tidak terlihat dek mata
Tapi aku mahu kau tahu 
Bahawa aku amat memerlukan kehadiranmu di sisiku
Untuk mengelap setiap titis air mata ini 
Di kala ianya gugur membasahi bumi
Untuk menyuluh jalan-jalan di hadapanku
Di kala dunia ku rasakan gelap tanpa sebarang sinar

Ke hadapan satu-satunya abahku,
Selamat Hari Bapa!
Aku sayang kamu selamanya.

Sunday, June 20, 2010

Celoteh Kehidupan *-* Syukur ke hadrat tuhan =( Mood : Tak best

Salam ingatan...

Alhamdulillah. Syukur Ya Allah. Syana conperm ke UiTM Shah Alam lagi untuk buat degree. Akhirnya Syana berjaya mendapatkan surat tawaran yang ditunggu-tunggu tue. Tapi kenapa hati ini tak gembira??

Macam yang dipaparkan di Student Portal UiTM, result permohonan untuk ke program ijazah sarjana muda dari tahun akhir diploma UiTM akan diumumkan tepat jam 12 tengahari semalam. Jadi kebetulan dari pagi lagi Syana sekeluarga dah keluar rumah. Cari barang2x Rais yang masih tak cukup2x. Adoi.. Budak nie nak masuk U macam tak nak balik2x dah. Macam2x dia beli. Aishh.

Sejak pukul 10, tangan Syana mula sejuk. Kaki menggeletar sakan. Ke hulu ke hilir dalam parkson. Tak leh dok diam langsung. Takoot weihh. Takut tak dapat. Yer lah. Selagi surat tawaran tak der dalam tangan maka macam2x boleh terjadi. Bila tengok jam dah pukul 12, Syana makin sasau. Mana nak check nie? Tak der CC ker kat dalam nie KB Trade Centre ni erk? Fuhh. Kalau nak tunggu balik, alamatnya malam nanti lah baru boleh tahu. @-@

Tup tup.. Dalam2x tengah risau tue, ada satu panggilan masuk dari Siti. Dia bertanyakan keputusan permohonan Syana. Huhu. Sah2x lah memang Syana tak tahu kan! Lepas Siti kasi statement cam ni..

"Cepat lar check Sya.. Siti dah suruh Ilah checkkan untuk Siti. Tapi Siti tak dapat ler Sya. Ilah pun tak dapat. Ghah jer yang dapat setakat nie. Sya mintaklah Ilah checkkan untuk Sya."


Mak aii.. Ramai nyer yang gagal. Biar betul! Okeihh. Syana makin gabra! 

Lepas tue, Syana cuba call Ilah seperti yang disarankan oleh Siti. Malangnya Ilah tak angkat. Ohh. Atau mungkin saja dia dah off phone. Ohh.. Tetibe terlintas di fikiran akan satu nama. Fadz.. Yer Fadz! Hopefully she can help me!

Bila dapat cakap ngan Fadz, Syana terus mintak tolong dia checkkan. Tapi nama pun Fadz kan. Dia lagi advance. Rupanya dia dah checkkan untuk majority satu batch. Dasyat beb. Bagus2x. 

Menurut Fadz, dia dan Syana memang berjaya dalam permohonan tersebut. Fuhh. Lega! Tapi memang ramailah kawan2x yang gagal. Hampir separuh dari kelas kowt. Ok. Syana tergamam! Sebab rata2x yang ditolak tu memang bestfriend Syana. Result mereka memang tak terok langsung. Menghampiri CGPA 3.0 ataupun lebih. Malah ada antara mereka pernah mendapat dean list kowt.

Ohh.. Syana tak dapat bayangkan perasaan yang mereka tanggung. Andai kata Syana yang direject saat itu, sememangnya Syana sudah menangis teresak-esak di situ jugak. Berlari ke car park, memerap dalam kereta, menekup muka dengan bantal kemudian terus menangis sehingga ke hari ini. Bila sampai rumah pulak, mesti Syana dah terkurung dalam bilik sorang2x. Tak keluar2x. Makan pun tidak, online pun mustahil. Ohh. Tragis!

Tapi apa pun Syana mengharapkan ada keajaiban yang akan berlaku. Tanpa mereka, memang tak seronok untuk daftar degree nanti. Tiada manisnya jika kita berjaya melangkah ke depan tetapi keseorangan tanpa mampu mengheret rakan2x kita bersama. =(  Semoga apa yang menimpa mereka itu hanya satu kesilapan dari pihak yang terbabit. Insya-Allah. Pasti tetap ada tempat buat kita jika itu memang rezeki kita. 

Buat kawan2x yang tak berjaya, tabahkan hati. Jangan cepat putus asa. Usaha dan terus usaha untuk menempatkan diri bagi pengajian semester Julai nanti. Kita berdoa sama2x yer.. *-*

Friday, June 18, 2010

Tips Syana *-* Eksklusif - Kawal Rasa Marah

Salam ingatan...

Seperti yang dijanjikan pagi tadi, malam ni Syana nak berkongsi dengan korang beberapa tips untuk mengawal rasa marah. Tips2x ini diperolehi daripada pengalaman sendiri dan kenalan. Amat berguna untuk mengelakkan korang dari diserang sakit hati, sakit jantung dan darah tinggi di usia muda.


TIPS KAWAL RASA MARAH

1. Sebut GOOSFRAABAA

Ok. Cuba korang sebut word nie secara perlahan2x. 

GOOSFRAABAA

Amacam? Ada rasa kurang marah siket tak?? Ker bertambah meluap2x nak marah?? Relax guyz! Relax. Ini bukan rekaan ok. Word nie merupakan amalan orang eskimo. Di sana, para ibu eskimo akan menyebut word ini untuk menenangkan bayi mereka dari terus meraung.

2. Kira 1,2,3

Kalau cara pertama tak berkesan, cuba korang amalkan ini. Bila rasa jer nak marah, cepat2x mengira. Tips nie sebenarna lebih secocok untuk mereka yang bila rasa marah jer mulalah nak baling2x barang kat sekeliling. Tak pun hempas pintu kuat2x. Jadi, bagi kamoo yang begitoo, Syana sarankan cubalah tips ni. Bila nak tarik pintu tu, sambil2x ajer, korang kiralah 1,2,3,4,5 sampai pintu tu tertutup. Tips ini ustaz Syana zaman kat sekolah dulu kasi. Syana pernah cuba. Dan ianya berkesan. Wee!

3. Mandi Air Sejuk

Ini pun salah satu tips yang berkesan. Perasaan marah pada diri kita nie samalah macam api yang sedang membara. Api semestinya berlawan dengan air. Oleh itu, apa kata bila rasa marah sedang meruap2x, sampaikan asap pun dah keluar dari telinga korang, cubalah mandi dengan air sejuk. Serba sedikit lepas mandi pasti korang akan rasa lega.

4. Zzzzzzzzzz

Ya. Tidur adalah satu terapi yang juga berkesan untuk meredakan kemarahan. Kekadang, diri kita ni cepat benar rasa marah. Penyebab sebenarnya kerana kita cukup tertekan dan kurang rehat. Jadi cubalah merehatkan diri dengan tidur secara nyenyak dan secukupnya pada setiap hari. Jangan mengelak untuk tidur. Bagi orang dewasa sekurang2xnya tido anda mestilah di antara 7-8 jam sehari. Soalan : Adakah waktu tidur anda mencukupi??

5. Salurkan kemarahan anda secara betul

Pernah tak korang tengok spesies manusia yang marah kat seseorang tapi melepaskan kemarahannya kepada seseorang yang lain. Misalnya, seorang bos bergaduh dengan wife dia tapi habis semua staff kat pejabatnya kena herdik tanpa sebab. Kalau korang jenis manusia sebegini, sila berhenti untuk terus bersikap sedemikian! 

Bila kita marah, kita memang tidak boleh menyimpannya sendiri. Nanti jadi nanah. Oleh itu, kita perlu salurkan kemarahan kita kepada sesuatu. Tapi melepaskannya kepada orang lain juga bukanlah cara yang terbaik untuk menyalurkan kemarahan kita. Cuba salurkannya secara betul. Sebagai contoh korang boleh bersukan. Aktiviti-aktiviti sukan seperti ragbi, basketball, bowling dan badminton mampu membantu korang meredakan kemarahan yang sedia ada. Tambahan lagi, korang juga boleh menyalurkan kemarahan korang tue melalui karaoke dengan melalak sepuas hati. Percayalah! Walaupun tampak simple tapi ianya berkesan.

6. Berzikir & Beristighfar

Kalau korang dah cuba semua tips kat atas tu tapi tetap juga tak berjaya buang sifat marah tu, Syana syorkan korang kembali semula kepada pencipta kita. Berzikir, beristighfar dan mohon dari-Nya. Kerana sesungguhnya Dia yang  Maha Mengetahui apa yang kita rasa saat ini dan Dia juga yang Maha Berkuasa untuk menyahkan rasa yang tidak diingini ini dari hati kita. 

Jadi tunggu apa lagi?? Jom pakat amal tips kawal kemarahan diri yang Syana kongsikan malam nie. Harap2x lepas ni tak der la mana2x gunung berapi yang berjaya meletus lagi ye. =p 

Selamat Mencuba!

Tips Syana *-* Apasal Muka Ketat

Salam ingatan...

Pagi bloggers!! Asal muka ketat jer pagi2x nie?? ( =,= ) Susah rezeki nak masuk taw!! Senyum plzzzz..

Yeah.. Smile even people think u're crazy! =)

Macam yang kita tahu, dalam hidup ni problem takkan pernah surut. Ader jer benda yang akan kasi kita naik angin. Lepas satu pergi, yang lain pulak akan datang. Hmm.. Tapi kita kenalah selaloo cool jer. Tak elok marah2x nie. Bagi korang sakit hati, sakit jantung dan darah tinggi jer. Silap2x nadi terhenti awal! Ohh. Tragis nyer..


Syana ada beberapa tips untuk kawal rasa marah!! Eksklusif nie. Saper nak tahu kena baca blog Syana malam nanti ok!! Skang tak sempat nak postkan. Dah kena bersiap. Kul 11 nak kuar dengan Ifa n Pnie. Bubye Guyz... Jangan lupa nantikan tips2x penting tue nanti. Wee

Tuesday, June 15, 2010

Celoteh Kehidupan *-* Portugal Vs CIV. Siapa bakal kalahkan siapa??

Salam ingatan...

Separuh masa pertama pun baru jer habis. Sekarang ni dah separuh masa kedua. Fuhh! Game malam nie dah menyaksikan banyak drama. Lebih-lebih lagi bila setakat ini dah ada 2 kad kuning terlepas ke tangan pemain. Salah satunya ke tangan Ronaldo. Adui.. 

Sabar yer guyz. Main dengan penuh etika. Tak mau gado-gado ok!


Untuk game kumpulan F antara Portugal dengan CIV sekarang nie, agak-agaknya sape yang akan menang erk?! Walaupun Portugal lebih ramai penyokong (mungkin sebab ada mamat hensem tuh) tapi kebolehan CIV juga tak boleh diperlekehkan. CIV ada Drogba, pemilik kasut emas dunia untuk tahun lepas. Jadi, masing-masing ada potensi untuk melangkah lebih jauh. 

Jadi saper korang rasa akan menang?! Portugal kah?? 

Kalau nak ikut majoriti kat rumah Syana sekarang nie memang dah sah2x lah kan Portugal ada potensi yang lebih besar untuk menang. Sebabnya semua yang terjongok kat depan TV tue semuanya dok sokong portugal. Ish3x. Apa pun ada jugak baiknya. Tak der lah mereka nak kecoh2x bertegang urat sebab lain pendapat. Mulut bising mengalahkan pemain jer. Haha. Aman dunia. =)

Walau apa pun, Syana tetap tak sokong mana2x pasukan. Sebab Syana tak minat bola. Ada paham?!! Wee 

Keputusan buat masa sekarang: 0-0

ShoutOut *-* Contest mirror mirror on the wall, who's the most beautiful..

Salam ingatan...

Jom kengkawan kita pakat reramai serbu contest by myself dari So Close 2213 nie.. Mari.. Mari. Cepat!! Tinggal beberapa hari saja lagi untuk korang join contest nie. Wee..

Contest nie tak susah pun arahan dia. Tak yah perah2x otak segala. Tak kena pikir pun. Tapi kena posing! Haha. Garu kepala kejap. Posing bukan sebarang posing yer. Syarat wajib penyertaan, posing mesti depan cermin. @-@

Syana nie memang suka cermin yang besar. Tapi xderlah sampai ketagih. Setiap 5 minit pun nak kena belek cermin. Aduhh.. Ada ker orang cam nie?? Ahakxx.. Lu pikir lah sendiri. =p

Jadi.. jom usha gambar yang Syana nak kasi kat akak ku sayang untuk contest nieyh.


Gambar Penyertaan Syana

Wihuuu... Gambar ini adalah combination dari sembilan gambar yang berlainan. Ketiga2x cermin yang Syana gunakan dalam gambar2x ini adalah cermin2x yang terdapat dalam kamar tidur Syana.

Cermin pada baris pertama adalah cermin meja solek. Dengan cermin nie lah Syana pilih baju yang sesuai untuk keluar dari rumah. Mak aii.. Kekadang berkali-kali tukar baju sebab cermin tue asyek cakap... 'Error..Error... ' Adess!

Row tengah dalam gambar nie pulak adalah pose menggunakan cermin kesayangan Syana. Cermin nie Syana yang hias sendiri tau. Jenuh pi cari bulu2x pink tue suatu masa dulu. Wakaka. Tapi hasilnya sangat memuaskan hati Syana. Fungsi cermin nie dalam kehidupan Syana mudah jer. Untuk pakai eye-liner dan sebagai cermin penilai terakhir sebelum keluar bilik. Haha. Paham ker?

Lastly, gambar pose ngan cermin bulat. Cermin nie sebenarnya cermin yang Syana guna kat kolej. Huhu. Entah macam mana tetibe jer ada kat bilek nie. Elok jer terletak kat atas meja study. (Macam mana ape nyer, dah awak angkut sekali cermin tue masuk beg waktu balik kampung hari tu, memang lah dia ada kat sini! Wee)

Apa pun cermin memang penting. Walaupun tak sepenting udara tapi ianya tetap diperlukan oleh kita. Pada Syana, ada dua situasi jer yang mana Syana amat perlukan cermin. 

Pertama, dalam bilik mandi. Senang nak cuci muka dan rambut. Kedua pulak, masa study. Yang nie xder sebab kukuh. Tapi bila tak de cermin macam cermin bulat kat atas nie, maka tak dapatlah Syana study dengan penuh fokus. Haha. Macam tak logik jer. Tapi itu kenyataan. Bukan rekaan semata. Bila ada cermin mudah jer pelajaran nak menyerap masuk. Huhu. Mungkin jugak sebab waktu belajar Syana suka bersoal-jawab dengan cermin. Entahlah. Mungkin kowt! (*-*)

Rasanya sampai sini jer lah special entry dari SyaNa_SaN untuk contest nie. 

Agak2x ada tak peluang nak menang?

Insya-Allah. Kena yakin diri nie. Kalau ada rezeki maka adalah yer. =)


Lastly, again nak ajak korang-korang yang masih belum tahu pasal contest nieyh untuk join. Tak rugi pown untuk mencuba. Untung sabut timbul. Hoho. Selamat mancuba yer. Weee

Celoteh Kehidupan *-* Sembang punye sembang rupanya tersalah orang!! OMG

Salam ingatan...

Fuhh! Masa nak mulakan penulisan entry kali ni, Syana terpaksa tarik nafas dalam2x. Malu weihhh mengenangkan kejadian dua hari lepas yang berlaku secara tak sengaja ni. Yoyo oo jer Syana bersembang sakan ngan budak tue, ingat ker rakan lama, tup tup tersalah orang. Alohhhhh. Malunya!!! ^-^ (Tutup Muka)

Pipi Merah Jambu. Blushing.. Blushing!

Al-kisahnya begini.. Kononnya Syana telah dipertanggungjawabkan untuk mengendalikan sebuah reunion. Reunion tersebut akan melibatkan rakan-rakan persekolahan semasa menengah rendah dulu. Nak dijadikan cerita, selama ni kami hanya berhubung antara satu sama lain melalui alam maya. Ianya tak lain dan tak bukan melalui facebook lah kan. Hoho.

Seminggu sebelum reunion nak diadakan, Syana dah dapat feedback through facebook dari dorang semua. Adalah beberapa kerat dari kami yang dapat datang. Hoho. Tak kisahlah pasal tue. Sebab reunion nie kecik2x jer. Yang reunion sebetulnya akhir tahun nanti... Ok. Sambung balik cerita.

1-2 hari before dat reunion nak diadakan, keadaan dah start nak jadi huru-hara. Line tenet kat area kami benar2x problem besar. Tak dapat nak online cam selaloo. Syana dah sure lah cuak. Kalau semua pun tak dapat nak communicate wif each other, cam mana nak kasi update info pasal reunion tue. Hoho. No h/p mereka tak ramai pown yang Syana ada. =(

Jadi sebagai penyelesaiannya, Syana terpaksa call sorang demi sorang untuk dapatkan h/p no. rakan2x yang nak pergi reunion tuh nanti. Penat jugak lah mendail. Rakan pompuan tak jadi masalah sangat. Sebab mereka still akrab antara satu sama lain. Yang jadi masalahnya budak laki. Aduii! Payah sunggoh nak mencari contact no mereka. Rasa nak wat announcement guna buletin TV3 jer. Boleh tak? Itupun kalau TV3 nak layan lah kan. Berangan jer lebih. Dush2x.

Sampai lah satu ketika nie, Syana dapat no sorang kawan lelaki ni. Namanya Apeq. Seb baeq. Menerusinya, Syana mintaklah contact no beberapa orang rakan lelaki yang laen. Yang bestnya dia cakap dia ada contact no diaorang semua. Waahh.. Bagus2x. Senang siket keje Syana. 

Jadi Syana pun meneruskan operasi menelefon ex-classmate lelaki pulak. Jejak mereka satu persatu. Semuanya based on no. phone yang kawan Syana kasi tue. =) Sehinggalah...


[Panggilan telefon ini telah diubah suai bahasanya untuk memudahkan pemahaman anda]

"Heloo. Assalamualaikum.... "

"Salam. Saper nie?"

" Nie Aliff ko? Sya nie." (Sya tue salah satu nama panggilan untuk Syana)

"Sya? Sya mano erk??"

"Sya.. Syazana. Oloh Alif tak ingat doh kito."

"Syazana?! Maaf dehh. Tok ingat sengoti ni."

"Nur Syazana Mohd Nasser. Sekelas dengan awok zaman kechik2x mulo. Takkan tok ingat langsung. Cuba ingat molek!"

"Aduhh. Tak leh nak cam demo ni. Bakponyo telefon sayo?"

"Dok eh. Nak tanyo awok pasal reunion esok jah nie. Gano?? Buleh pergi dok?"

"Eh.. Reunion mano nah? Maaf lar. Tok leh nok gi lar. Kijo esok."

(Tyme ni Syana dah mula rasa pelik. Sebab Alif cam tak tahu apa2x langsung pasal reunion. Walhal dia antara mereka yang bersungguh nak adakan reunion kali ni. Siap dah bagi persetujuan nak pergi lagi. Pelik!)

"Hmm... Tak tahu lagi sama ada Air Terjun Lata Tembakah atau Bukit Bako. Kiro picnic lah. Bakar2x ayam semua. Tapi makanan tak yah risau. Budak pompuan dah bagi tugas masok. Beyeh doh! Tinggal awok bawok duit jah. Haha. Kijo ko loni?? Tak pernah tahu pun! Kijo mano??"

" Kijo kat UiTM Mache nie jah. Sedapnyo sek dio g picnic. Tapi tu lah. Sayo kijo esok.. Kirem salam lah blako deh."

"Kijo hari2x ko?? Huhu... Tapi kan Alif, Sya rasa pelik lah. Cam ada sesuatu yang tak kena. Betul ko nie Alif??

"Betul lah. Alif lar nie."

"Tapi bakpo suara awok beruboh. Seingat saya dulu, suara awok laen!"

"Gini jah suara kawE dari dulu."

"Jap2x. Awok nie Alif Ikram ko?? Ker Alif lain??"

"Alif Ikram?! Bukan lah."
"Ops!! Jadi awok nie Alif Iswan ker??" 

(Sebab seingat Syana ada lagi sorang budak sekolah kami bernama Alif Iswan.)

"Pun bukan!"

"Jadi.. Nie Alif mano nie?! Maaflah awok. Sayo salah orang lah. Nie Apek lah nie kasi no. awok pada sayo. Sayo mintak no. Alif budak kelas kami dulu. Apa pasal pulak ler no. awak yang dia kasi. Memang nak kena lah si Apek nie.. Ishhh! 

"Ohh.. Yer ker."

"Hahahha. Memang patutlah awok tak kenal sayo. Sorry banyak2x yer! 

(Syana sajer jer gelak panjang2x. Nak tutup rasa malu teramat. *-* )

"Haha. Ok. Tak per."

"Ok lah awok. Bye!" 

(Sepantas kilat, Syana terus tekan butang merah kat h/p.)

APEXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX

Aghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh

Nie semua Apex punya pasal lah nie. Sebab dia lah Syana malu besar hari tue. Aduhh. Mana nak menyorok nie. Dah terketar-ketar tangan. Sejuk dowh!!

Kalau Syana jumpa apex memang siaplah dia dikerjakan. Yang dia kasi no. kawan dia yang bernama alif tue nak wat hape?! Tak der connection langsung ngan Syana. Yang Syana mahu, contact no. Alif Ikram ok! Aduhh.. Itu pun leh salah ker. Tengok sekarang!! Saper yang malu besar? Dah le Syana kasi tahu nama penuh kat dia. Mangkuk hayun tiga tingkat sunggoh!

Sabar Syana sabar. Cool. Tak malu pown. Bukan disengajakan. (Pulihkan diri sendiri)

Sekali lagi, Syana harus tarik nafas dalam2x sebelum menamatkan entry kali ni. Wee

Sunday, June 13, 2010

Celoteh Kehidupan *-* Hanya Demi Untuk Mengejar Minit Tersebut

Salam ingatan...

Bila tiba saja waktu malam, bersusah payah si A bersekang mata mengadap nota kuliah yang bertimbun-timbun di atas meja. Kalau mahu diikutkan nafsu jahat yang bersarang di dalam hati, mahu saja dilemparkan kesemuanya keluar dari bilik menerusi jendela yang sememangnya terbuka. 

Air cappucino kaw2x yang menjadi peneman setia si A sudah separuh cawan diteguk. Tapi rasa mengantuk tetap juga setia menemani malamnya. Malah, terdengar juga bisikan halus Ziana Zain menggoda manja agar mendekati tilam empuk VONO kepunyaannya. Alangkah indah jika tika ini dia dapat merebahkan badan di situ. Tapi itu tak mungkin berlaku. Hatinya nekad. Semangatnya tetap kuat. Keazamannya masih tinggi untuk mengejar impian yang satu.

3 tahun kemudian......

Orang ramai sudah mula memenuhi perkarangan dewan besar sejak awal pagi tadi. Setiap satu wajah yang hadir ternyata mengukirkan senyuman yang terindah. Di satu sudut, kelihatan para penerima ijazah berbaris panjang menantikan giliran untuk menaiki pentas. Masing-masing berdebar menunggu nama mereka diumumkan oleh pengacara majlis. 

"Seterusnya adalah upacara pemberian ijazah kelas pertama bagi kursus kejuruteraan awam. Dipersilakan para penerima untuk menaiki pentas. Barisan penerima dimulai dengan saudara A Bin B....."

Si A mendaki tangga untuk sampai ke atas pentas bersejarah tersebut. Penuh keyakinan si A menerima gulungan ijazah itu dari Duli Yang Maha Mulia Sultan.  Bibirnya sekali lagi mengukir senyuman. Minit tersebut adalah impiannya selama ini yang mana tidak mungkin akan terpadam dari kotak ingatan.

TAMAT


Pertama sekali maaf kerana sudah lama Syana tidak mencoretkan sesuatu di SiFi. Ya. Benar. Maaf tidak mampu mengubah apa-apa yang telah terjadi. Tapi tetap perkataan maaf itu harus juga dilafaz oleh mereka yang membuat kesalahan biarpun ianya sebesar hama. Kerana dengan lafaz maaf itu sekurang-kurangnya mereka tahu yang kita sedar akan kesalahan kita dan kita tidak sesekali menafikannya.

Ok. Berbalik kepada entry kita hari ini. "Hanya Demi Untuk Mengejar Minit Tersebut".

Pernah tak korang berhempas-pulas berhari-hari lamanya semata-mata hanya demi untuk mengejar kenikmatan sesuatu minit yang berharga?? 

Macam Si A dalam cerita tadi. Bertahun-tahun dia bersusah payah memerah otak hanya untuk merasai sendiri bagaimana perasaannya menaiki pentas, bersalam dengan Agung dan menerima segulung ijazah kelas pertama yang hanya cuma memakan masa tak sampai 5 minit pown. Can u imagine that??

Ini hanya salah satu contoh. Banyak lagi situasi lain. Cuma kekadang kita aje yang tak sedar. 
 
Huh!! Entry nie macam berbelit-belit siket kan. Mood Blogging ke Laut. Maksud entry tak dapat disampaikan dengan baik. =(

Apa yang Syana nak sampaikan sebenarnya adalah sebuah usaha yang besar harus dilaksanakan demi merasai sedetik kehidupan yang bermakna. Sehinggakan ada ketikanya bertahun-tahun lamanya harus dikorbankan hanya demi untuk mengejar minit itu. 

Lihat sahajalah bagaimana seorang anak yang kehilangan identiti diri sanggup berusaha ke sana ke sini mencari kedua orang tuanya. Bukan untuk menuntut wang ringgit atau harta tetapi hanya demi merasai bagaimana perasaannya dikucup mesra oleh si ibu dan dipeluk erat oleh si ayah walau hanya sekali.

Syana percaya setiap dari kita ada beberapa minit yang kita impikan. Kejar minit tersebut walau sesusah mana pun ia. Gapai minit tersebut walau sejauh mana pun kedudukannya. 

GO GO FIGHTING!!

Jangan cepat menyerah. Kerana mencuba lebih baik dari terus mengelakkan diri. ( # - # )

Wednesday, June 9, 2010

ShoutOut *-* Jom tengok Syana jawab tag untuk dapatkan award

Salam ingatan...


 Syana di tag oleh Miss Nana. Miss Nana kasi award kalau siapkan tag2x yang amat banyak nie. Jadi jom baca apa yang Syana jawab tag-tag ini untuk dapatkan award comel yer!

TAG 1 
MISI: BUAT SATU CERITA YANG ADA A SAMPAI Z 
Di sebuah desa yang permai, tinggallah seorang Atuk tua Bersama tiga orang cucu lelakinya. Cucu-cucunya itu Dijaga oleh atuk tua tersebut sejak Emak dan ayah mereka meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya beberapa tahun yang lalu. Fofo, Gigi & Haha. Itulah nama panggilan buat ketiga-tiga cucunya.

Fofo merupakan cucu lelakinya yang paling sulung. Selain mempunyai daya Ingatan yang kuat, Fofo juga rajin bekerja. Dia sering membantu Jirannya Pak Kodi di Ladang tebu pada waktu pagi. Tambahan lagi, Fofo juga telah mengambil upah sebagai pengawal keselamatan di surau desa mereka yang sering dimasuki pencuri duet tabung surau. Bukan itu sahaja, air paip surau pun ada yang nak curi untuk siram pokok bunga atau basuh kereta. Adess!

Gigi pula cucu Atuk tua yang tengah. Dia sungguh sinonim dengan huruf M kerana sifatnya yang Manja, Malas dan Mengada-ngada. Namun begitu, Atuk tua masih sayang cucunya yang seorang ini kerana sikapnya yang pandai mengambil hati orang tua. Kiranya kaki bodeklah nie =) Ohh.. ya! Lupa pulak nak cerita. Nama Gigi tu digelarkan kepadanya kerana dia mempunyai sebaris gigi dengan susunan berlapis yang amat menawan jiwa. Hati yang retak boleh kembali berbunga dengan hanya melihat senyumannya. Sasau sunggoh dibuatnya!

Cucu Atuk tua yang terakhir pula dikenali seluruh desa sebagai Haha. Jangan tersalah ok! Dia digelar Haha bukan kerana suka ketawa terbahak-bahak ke haper. Tapi kerana ada masalah sound trouble siket. Bila orang tanya jer automatik dia akan akan kata "Ha! Aper?" Adess. Lama-lama panggilan Haha pun melekat pada empunya badan. Btw, korang jangan terkejut yer. Dalam reramai cucu atuk tua nie, Haha yang Paling bermulut manis dan romantik. Jadi tak hairanlah jika Haha yang pekak nie mempunyai ramai peminat di desa tersebut sehingga tertubuhnya kelab peminat Haha yang menggelarkan diri mereka sebagai Queen of Haha!! Fulamak..Cayalah Bro..

Amacam?? Rasa-rasa dah kenal ker cucu-cucu Atok tua tu? Ada yang berkenan nak wat calon Suami ker?? Haha. Boleh2x. Beri Tahu jer Syana. Nanti kita pergi masuk meminang sama-sama yer. Tapi pastikan terlebih dahulu yang anda adalah wanita sejati. Sebab Untuk pengetahuan kamoo semua, Fofo, Gigi & Haha nie straight ok! Tak layan kaum sejenis.. =p

3 beradik ini tersenyum. Mereka sudah dapat membayangkan ramai cewek yang akan datang meminang mereka selepas diberi promo mahalan di SiFi hari ini. Ohh.. Gembiranya mereka bukan kepalang. Lebih-lebih lagi Si Fofo yang kurang publisiti berbanding adik-adiknya yang lain. Terbayang di fikiran Fofo seorang gadis berkereta Viva putih di penghujung desa yang menjadi idaman hatinya setelah sekian lama. 

Ohhh.. Encik Fofo sudah berangan jauh.. Wee.. Dia siap termimpi-mimpi mahu bawa si gadis Viva dengan motor jenama X nya ronda-ronda keliling Malaysia. Dia juga bercadang mahu belanja gadis Viva makan Yong Tau Foo kat pasar malam lepas mereka berjalan-jalan di Zoo Negara. Sunggoh Perasan!! Macam lah cewek kereta Viva tu setuju nak naik motor kapcai dia. Hmm!

(   Cerita ini memang tak der motif... =[   )

TAG 2
It's harder than it looks

Instruction
copy to your own notes
erase my answer
enter yours and tag twenty (20) people
use the first letter of your name to answer
each of the following questions..
they have to be real
nothing made up
if the person before you had the same first initial,
you must use different answer..
you cannot use any words twice and
you can't use ur name for the boy / girl name question..

 S

What is your name : Syana Nasser

A four letter word : Syok
A boy's name : Syedan
A girl's name : Syahidah
An occupation : Singer
A colour : Sirap Bandung
Something u wear : Sweater
A food : Siakap Sweet Sour
Something Found in the bathroom : Shampoo
A place : Sungai Yang Bersih
A reason to being late : Sakit Perut 
Something u shout : Something is wrong!
A movie title : Seniman Bujang Lapok.. Haha
Something u drink : Strawberry Ice Blended
A musical group : Super Junior
An animal : Snake
A street name : Sultan Idris Street (don't ask me where is it)

Dah siap sila tag 5 orang

TAG 3
1) Apa yang bermain di fikiran you all sekarang?
Bila Afini nak sampai ni!

2) Apakah nama samaran you all?
SyaNa_SaN

3) Berikan 3 orang yang you all sayang?
Family... Luv u!!
BFF.. Miss U So Much!!
Follower SiFi tersayang.. Emmuahh!!

4) Panggilan untuk si dia?
 Teruna Idaman

5) Hadiah yang you all impikan dari seseorang yang istimewa?
Hadiah Impian yer?? Hmm.. Apa-apa sahaja yang masih belum Syana miliki!! Wee. Rite now Syana nak Suzuki Swift! Ada sesape nak kasi?! Adess. Sila sekeh kepala saya beramai-ramai.

6) Blog mana yang you all suka visit?
Semua blog yang Syana follow. =)

TAG 4

1- Thanks and link the person who tagged u!
Mekasih kepada Miss Nana AKA Miss Panda AKA Pengelola Ciput Sedut kerana telah mengetag Syana yer. Ohh... Tertanya-tanya apa kaitan diantara Panda dan Ciput Sedut?? Sila tanya Cik Nana sendiri yer!

2- Tag 5 blogger that u discovered and think fantastic!

3- Contact that blog and let them know they have been tagged!

4- State 7 things bout you!
*-* Anak sulung dari empat adik beradik
*-* Tak suka mandi pantai tapi suka mandi air terjun
*-* Suka makanan yang sedap tapi tak suka penjual makanan yang tak ada adab
*-* Rindu semua kawan-kawan lama kat high school
*-* Berperangai pelik kerana sukar dijangka. Kekadang pendiam kekadang bertih jagung!
*-* Sangat menyayangi diri sendiri. Sehingga bersifat sungguh protective terhadap diri.
*-* Pertama kali di tag soalan oleh blogger


TAG 5
korang kena cite

1) Kamu paling sayang sape??
Tuhan yang menciptakan seluruh alam

2) Apa yang paling kamu suka buat??
Reading..reading..N reading (Sila jangan percaya) 

3) Amenda yg boley buat kamu jadi boring tahap dewa??
Tatkala baca surat khabar dari page pertama sampai terakhir semuanya berceloteh pasal politik!! Sangat mengganggu jiwa!

4) Kalo p kfc xpun mcd, ape plg korg suka mkn, dan sebab suka makan tue??
Kalau KFC, Snack Plate (Ayam mesti spicy). Kalau McD, set large quarter pounder tambah strawberry sundae (air tukar Milo).... YUMMY

5) Kamu minat sejarah x??
Sejak tadika memang minat sejarah Nabi Muhammad jer.. Yang lain bowink! 
 
 6) Bagi satu teka teki serta jawapan skali..pastikan betul2 lucu atau misteri..
Di mana terletaknya pipi pada seekor lembu??
Jawapan: Pada punggungnya. 
Alasan: Si lembu jantan cium punggung lembu betina bukan mukanya. WEE!!

7) Banyak2 rumah, rumah ape idaman korang??
Rumah yang ada air terjun kat kawasan dalam rumah.

8) Tag 5 orang blogger lain..

9) Selamat menjawab........hahahaha

BLOGGER YANG DI TAG
1. Una
2. Neddy
3. Nik G
4. Ct Fatanah
5. Keena
 6. Jannah
7. Aziemah
8. Semua Follower SiFi
9. Saper2 Yang Nak Jawab Tag2x nie



Yeahh.. At last, tag selesai dijawab. Anugerah Blogger Hebat Diterima. Thanks My Dear.