Tuesday, June 22, 2010

Senduk Vs Sudip *-* American Potato Salad

Salam ingatan...

Dah agak lama jugak Syana tak berkongsi resepi dengan korang kan?? Kalau tak salah untuk bulan 6 nie, ini resepi yang pertama. Dush dush!

For this tyme, jom kita usha cara nak buat American Salad Potato. Senang jer cara nak sediakan masakan nie. Mudah, ringkas dan menarik. Sedap lagi. Wee....  Tapi sihatkah?? 

Jangan risau.. Menu ini seimbang. Sesuai untuk dijadikan hidangan tengahari atau malam. Bagi sesaper yang dah muak mengadap nasi jer hari2x tue, boleh lar try resipi nie.

P/s: Tapi walaupun ianya seimbang, makanlah dalam kuantiti yang bersesuaian. Kalau korang pelahap dengan banyak jugak tak der maknanya lah makan makanan yang seimbang. Tak sihat jugak!

 AMERICAN POTATO SALAD RECIPE
(Hidangan untuk 4 orang)


RAMUAN MASAKAN

3 biji American Potato (Ubi Kentang Amerika)
3 biji telur Gred A
Salad (Sebanyak Yang Mungkin. Haha)
Mayonis
Sos Cili

PROSEDUR MASAKAN

1. Mula-mula, basuh daun salad sehingga benar2x bersih. 

2. Kemudian, susun setiap helaian salad di dalam sebuah mangkuk yang agak besar sedikit.


3. Sesudah itu, cuci American Potato dan potongkan ia seperti potongan wedges.

 American Potato

Tips: Rupa American Potato memang buruk dan kurang menawan tetapi isinya tetap berkualiti tinggi dan sedap. Mudah didapati di mana-mana TESCO atau pasaraya-pasaraya besar lain yang berhampiran korang. Walaubagaimanapun, korang juga masih boleh gantikan ia dengan ubi kentang jenis biasa.

4. Gorengkan American Potato tadi sehingga kuning keperangan.

Siap digoreng ^-^

5. Seterusnya, rebus 3 biji telur tadi dan potong bulat2x sebegini.

Sekarang semua benda dah mudah.

6. Hiaskan American Potato goreng dan telur rebus yang siap dipotong mengikut citarasa anda ke dalam mangkuk yang telah disusun dengan salad pada mula-mula tadi.

Waahh. Nampak sedap. Tapi ops!! Kena kasi make up dulu.

7. Tuangkan sos cili ke atas hidangan anda.

 Jangan banyak2x sangat. Nanti sakit perut. Wee

8. Akhir sekali, tuangkan pula mayonis ke atasnya.
  
Yeahhh. Sedia untuk dinikmati.

Seyes menguji keimanan. Ye tak??

Ikan kembung Ikan selar,
Di dalam laut berlumba-lumba,
Tidak tahu sila belajar,
Sudah tahu sila cuba.

No comments: