Salam ingatan...
Bila tiba saja waktu malam, bersusah payah si A bersekang mata mengadap nota kuliah yang bertimbun-timbun di atas meja. Kalau mahu diikutkan nafsu jahat yang bersarang di dalam hati, mahu saja dilemparkan kesemuanya keluar dari bilik menerusi jendela yang sememangnya terbuka.
Air cappucino kaw2x yang menjadi peneman setia si A sudah separuh cawan diteguk. Tapi rasa mengantuk tetap juga setia menemani malamnya. Malah, terdengar juga bisikan halus Ziana Zain menggoda manja agar mendekati tilam empuk VONO kepunyaannya. Alangkah indah jika tika ini dia dapat merebahkan badan di situ. Tapi itu tak mungkin berlaku. Hatinya nekad. Semangatnya tetap kuat. Keazamannya masih tinggi untuk mengejar impian yang satu.
3 tahun kemudian......
Orang ramai sudah mula memenuhi perkarangan dewan besar sejak awal pagi tadi. Setiap satu wajah yang hadir ternyata mengukirkan senyuman yang terindah. Di satu sudut, kelihatan para penerima ijazah berbaris panjang menantikan giliran untuk menaiki pentas. Masing-masing berdebar menunggu nama mereka diumumkan oleh pengacara majlis.
"Seterusnya adalah upacara pemberian ijazah kelas pertama bagi kursus kejuruteraan awam. Dipersilakan para penerima untuk menaiki pentas. Barisan penerima dimulai dengan saudara A Bin B....."
Si A mendaki tangga untuk sampai ke atas pentas bersejarah tersebut. Penuh keyakinan si A menerima gulungan ijazah itu dari Duli Yang Maha Mulia Sultan. Bibirnya sekali lagi mengukir senyuman. Minit tersebut adalah impiannya selama ini yang mana tidak mungkin akan terpadam dari kotak ingatan.
TAMAT
Pertama sekali maaf kerana sudah lama Syana tidak mencoretkan sesuatu di SiFi. Ya. Benar. Maaf tidak mampu mengubah apa-apa yang telah terjadi. Tapi tetap perkataan maaf itu harus juga dilafaz oleh mereka yang membuat kesalahan biarpun ianya sebesar hama. Kerana dengan lafaz maaf itu sekurang-kurangnya mereka tahu yang kita sedar akan kesalahan kita dan kita tidak sesekali menafikannya.
Ok. Berbalik kepada entry kita hari ini. "Hanya Demi Untuk Mengejar Minit Tersebut".
Pernah tak korang berhempas-pulas berhari-hari lamanya semata-mata hanya demi untuk mengejar kenikmatan sesuatu minit yang berharga??
Macam Si A dalam cerita tadi. Bertahun-tahun dia bersusah payah memerah otak hanya untuk merasai sendiri bagaimana perasaannya menaiki pentas, bersalam dengan Agung dan menerima segulung ijazah kelas pertama yang hanya cuma memakan masa tak sampai 5 minit pown. Can u imagine that??
Ini hanya salah satu contoh. Banyak lagi situasi lain. Cuma kekadang kita aje yang tak sedar.
Huh!! Entry nie macam berbelit-belit siket kan. Mood Blogging ke Laut. Maksud entry tak dapat disampaikan dengan baik. =(
Apa yang Syana nak sampaikan sebenarnya adalah sebuah usaha yang besar harus dilaksanakan demi merasai sedetik kehidupan yang bermakna. Sehinggakan ada ketikanya bertahun-tahun lamanya harus dikorbankan hanya demi untuk mengejar minit itu.
Lihat sahajalah bagaimana seorang anak yang kehilangan identiti diri sanggup berusaha ke sana ke sini mencari kedua orang tuanya. Bukan untuk menuntut wang ringgit atau harta tetapi hanya demi merasai bagaimana perasaannya dikucup mesra oleh si ibu dan dipeluk erat oleh si ayah walau hanya sekali.
Syana percaya setiap dari kita ada beberapa minit yang kita impikan. Kejar minit tersebut walau sesusah mana pun ia. Gapai minit tersebut walau sejauh mana pun kedudukannya.
GO GO FIGHTING!!
Jangan cepat menyerah. Kerana mencuba lebih baik dari terus mengelakkan diri. ( # - # )
3 comments:
betul.! aza2 fighting!
hye aainaaa,
=) Wee
bace post ni buat aku berkobar2 nak sambung degree.. haha.. tapi masalahnye.. aku rase macam.. no matter how hard i try, i fail. azab giler nak merase dekan setiap sem.. huhu
Post a Comment