Salam ingatan...
Alhamdulillah. Syukur Ya Allah. Syana conperm ke UiTM Shah Alam lagi untuk buat degree. Akhirnya Syana berjaya mendapatkan surat tawaran yang ditunggu-tunggu tue. Tapi kenapa hati ini tak gembira??
Macam yang dipaparkan di Student Portal UiTM, result permohonan untuk ke program ijazah sarjana muda dari tahun akhir diploma UiTM akan diumumkan tepat jam 12 tengahari semalam. Jadi kebetulan dari pagi lagi Syana sekeluarga dah keluar rumah. Cari barang2x Rais yang masih tak cukup2x. Adoi.. Budak nie nak masuk U macam tak nak balik2x dah. Macam2x dia beli. Aishh.
Sejak pukul 10, tangan Syana mula sejuk. Kaki menggeletar sakan. Ke hulu ke hilir dalam parkson. Tak leh dok diam langsung. Takoot weihh. Takut tak dapat. Yer lah. Selagi surat tawaran tak der dalam tangan maka macam2x boleh terjadi. Bila tengok jam dah pukul 12, Syana makin sasau. Mana nak check nie? Tak der CC ker kat dalam nie KB Trade Centre ni erk? Fuhh. Kalau nak tunggu balik, alamatnya malam nanti lah baru boleh tahu. @-@
Tup tup.. Dalam2x tengah risau tue, ada satu panggilan masuk dari Siti. Dia bertanyakan keputusan permohonan Syana. Huhu. Sah2x lah memang Syana tak tahu kan! Lepas Siti kasi statement cam ni..
"Cepat lar check Sya.. Siti dah suruh Ilah checkkan untuk Siti. Tapi Siti tak dapat ler Sya. Ilah pun tak dapat. Ghah jer yang dapat setakat nie. Sya mintaklah Ilah checkkan untuk Sya."
Mak aii.. Ramai nyer yang gagal. Biar betul! Okeihh. Syana makin gabra!
Lepas tue, Syana cuba call Ilah seperti yang disarankan oleh Siti. Malangnya Ilah tak angkat. Ohh. Atau mungkin saja dia dah off phone. Ohh.. Tetibe terlintas di fikiran akan satu nama. Fadz.. Yer Fadz! Hopefully she can help me!
Bila dapat cakap ngan Fadz, Syana terus mintak tolong dia checkkan. Tapi nama pun Fadz kan. Dia lagi advance. Rupanya dia dah checkkan untuk majority satu batch. Dasyat beb. Bagus2x.
Menurut Fadz, dia dan Syana memang berjaya dalam permohonan tersebut. Fuhh. Lega! Tapi memang ramailah kawan2x yang gagal. Hampir separuh dari kelas kowt. Ok. Syana tergamam! Sebab rata2x yang ditolak tu memang bestfriend Syana. Result mereka memang tak terok langsung. Menghampiri CGPA 3.0 ataupun lebih. Malah ada antara mereka pernah mendapat dean list kowt.
Ohh.. Syana tak dapat bayangkan perasaan yang mereka tanggung. Andai kata Syana yang direject saat itu, sememangnya Syana sudah menangis teresak-esak di situ jugak. Berlari ke car park, memerap dalam kereta, menekup muka dengan bantal kemudian terus menangis sehingga ke hari ini. Bila sampai rumah pulak, mesti Syana dah terkurung dalam bilik sorang2x. Tak keluar2x. Makan pun tidak, online pun mustahil. Ohh. Tragis!
Tapi apa pun Syana mengharapkan ada keajaiban yang akan berlaku. Tanpa mereka, memang tak seronok untuk daftar degree nanti. Tiada manisnya jika kita berjaya melangkah ke depan tetapi keseorangan tanpa mampu mengheret rakan2x kita bersama. =( Semoga apa yang menimpa mereka itu hanya satu kesilapan dari pihak yang terbabit. Insya-Allah. Pasti tetap ada tempat buat kita jika itu memang rezeki kita.
Buat kawan2x yang tak berjaya, tabahkan hati. Jangan cepat putus asa. Usaha dan terus usaha untuk menempatkan diri bagi pengajian semester Julai nanti. Kita berdoa sama2x yer.. *-*
2 comments:
sya..btul2..sgt2 sdh kn..:(
still doakn tuk diorg..hmm..
hope to hear good news today..!!aminn..
Aminn.. Insya Allah akan ada update yg baik untuk mereka!!
Post a Comment