Salam ingatan...
Sekejap jer masa berlalu. Tup tup esok dah masuk bulan Ramadhan.. Alhamdulillah kerana kita semua masih dipanjangkan umur untuk menjalani ramadhan pada tahun ini. Semoga ramadhan tahun ini merupakan ramadhan yang bermakna buat saya dan kamoo semua.
HAPPY BLESSED RAMADHAN!!
Abu Hurairah menyatakan : Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud
"“Sesungguhnya telah hadir bulan Ramadhan, bulan berkat, Allah telah mewajibkan ke
atas kamu berpuasa, dibukakan pintu-pintu syurga, ditutup rapat pintu neraka dan
ditambat para syaitan, Di bulan ini terdapat satu malam yang terbaik dari seribu bulan.
Sesiapa yang tidak berusaha mendapatkan kebaikan-kebaikannya sesungguhnya dia
rugi.”
(Hadis riwayat Ahmad dan An-nisai)
Dalam sabda ini Rasullullah (saw) menegaskan bahawa Ramadhan bukan sahaja bulan kita berpuasa tetapi ia datang dengan penuh keberkatan, yang mana jalan untuk beramal begitu luas terbentang, jalan untuk mendapat pahala berlipat ganda dipermudahkan, jalan ke arah dosa dipersempitkan. Ini merupakan pemberian Allah yang tiada-tolok bandingnya.
Sabda ini juga dinyatakan bahawa syaitan diikat sepanjang bulan Ramadhan. Ini bagi membolehkan kita menunaikan segala ibadat dengan penuh keikhlasan. Tetapi kita juga perlu ingat bahawa kawan syaitan yang berada pada diri kita iaitu nafsu akan menggantikan tugas syaitan jika kita lalai. Jadi berwaspada ya!!
Selain itu, menurut sabda ini terdapat satu malam yang terbaik dari seribu bulan dalam bulan Ramadhan. Malam itu kita kenali sebagai malam lailatul qadar yang mana malam yang lebih baik dari 83 tahun. Masya-Allah.
P/s: entry malam nie dah macam tazkirah lah pulak kan?! *-*
Abu Hurairah menyatakan: Rasulullah s.a.w menganjurkan untuk mengerjakan solat pada malam bulan Ramadhan tetapi tidak mewajibkannya. Beliau bersabda:
"Barangsiapa yang bangun pada malam bulan Ramadhan kerana iman dan mengharapkan keredhaan Allah maka diampunilah dosa-dosanya yang telah lalu"
(Hadis Riwayat Muslim)
Solat sunat terawih merupakan antara amalan yang dilaksanakan semasa bulan ramadhan. Solat ini tidak diwajibkan tetapi digalakkan oleh Rasulullah s.a.w untuk kita lakukan. Hal ini kerana, kita semua mempunyai dosa. dan solat terawih merupakan cara untuk kita mendapatkan keampunan bagi dosa-dosa yang kita lakukan.
Maka, pada malam ini marilah kita tetapkan niat kita untuk menimba sebanyak mungkin keberkatan di bulan ramadhan. Pada malam ini, kita berusaha tingkatkan komitmen kita untuk rakus dan haloba mencari pahala. Malam ini juga kita pasang janji kita untuk berlumba memanfaatkan masa yang begitu terhad untuk beramal dan beribadah. Akhir sekali, pada malam ini kita tekadkan nekad untuk tidak tergolong ke dalam golongan yang rugi.
2 comments:
thanx yea :)
UPDATE STATUS FACEBOOK DENGAN ANIMASI MENARIK
CARA BARU EMBED VIDEO DARI YOUTUBE
KEYBOARD SHORTCUT UNTUK BLOGGER
Good post and this enter helped me alot in my college assignement. Gratefulness you on your information.
Post a Comment