Sunday, March 21, 2010

Melda Ahmad - PuTus (betapa ku gembira tidak lagi bersamamu)

Salam ingatan..

Maaf dah lama tak update kat SiFi.. Bz siapkan final report untuk praktikal training. Tapi masalahnyer tak jugak siap-siapkan. Aduhai.. Ada sesapa nak tolong siapkan ker?? Mekasih jer lah kan. Pertolonganmu tak diterima. Sendiri punya report, sendiri lar nak kena siapkan kan??

Dah beberapa kali syana cuba nak buat entry ciri2 jejaka idaman syana part 2.. Tapi agak susah. Tak jugak bleh sambung entry tuhh. Mungkin syana masih belum bersedia untuk berkongsi cerita cinta lagi kowt. Tengoklah suatu hari nanti. Insya-Allah. Akan muncul jugak entry tue.. Bila?? Nantikan ajer lah.

Kali nie nak berkongsi satu lagu dengan SiFi readers semua. Lirik & lagu dia menarik perhatian syana. Jom kita sama-sama menghayati bait-bait lagu Putus nyanyian Melda Ahmad nie.

 penyanyi yg saya baru kenal : melda ahmad

Photo si Comel Melda Ahmad dengan her band

BAIT-BAIT KATA: PUTUS

aku duduk sendirian di kamarku,
menangis kesepian kernamu,
kau tinggalkan aku,
kau cari yang laen,
tergamakmu merobek hatiku.

aku duduk sendirian di kamarku,
menangis kesepian kernamu,
kau tinggalkan aku,
kau cari yang laen,
tergamakmu merobek hatiku.

tapi setelah kau pegi 
aku mendapat lebih baik drmu,
dia hargai aku,
dia sygi aku
lebih drpdmu,

aku ingin kau tahu betapa ku gembira,
tidak lg bersamamu,
namun pastinyer nnt kau akan sedari,
yang kau perlu cintaku,
yang kau perlu cintaku,
yang kau perlu cintaku….

Amacam?? Berkenan dengan lirik dia.. Korang akan lagi berkenan kalau dengar si melda nieyh nyanyi. 
Ada lagi satu lagu melda yang bez. Tajuk dia kimia.

Dengar melda nyanyi lagu putus kat sini :-  http://www.youtube.com/watch?v=cf1knRPrg-0
Nak layan lagu kimia pulak tekan link nie:-  http://www.youtube.com/watch?v=ljFOFfPk06I

Nie plak bait-bait kata ; KiMia

aku mula jatuh hati kepadamu
setelah kau kata cinta padaku
masing-masing dulu punya pasangan
akhirnya kita bersama
pertama kali kita bersua bertentang mata
terasa ada kimia di antara kita

kau kucup pipiku
kau bisikan cintamu
kau kata baby I love you
kau cairkan hati ku

bahagia,
kurasa,
disaat kita berdua bersama
memandang bulan terang
menyaksi bintang-bintang
kau seru akulah pelangi cintamu

kau kucup pipiku
kau bisikan cintamu
kau kata baby I love you
kau cairkan hati ku

bahagia,
kurasa,
disaat kita berdua bersama
memandang bulan terang
menyaksi bintang-bintang
kau seru akulah pelangi cintamu

Sunday, March 14, 2010

Saya LULUS test JPJ ## ALHAMDULILLAH ##

Salam ingatan..

Malam tadi tidoo tak lena.. Asyek terjaga jer. Ada lah dekat 4 kali tersedar. Nak mimpi pown memang tak ada can la kan. Berdebar semacam jer.

Dah ler tu, b4 tido malam tadi, abah siap kasi pinjam hp dia lagi. Bukan kasi pinjam terooooss!! Sekejap jer.. Buat set alarm clock. Yerla, henset sendiri rosak (kna air ujan 3 ari lepas). Jam loceng pulak tak der bateri. Hoho.. Alasan!! (macam ler tak buleh beli bateri kat mana2).


Pukul 6.50, saya bangun.. Mandi and then bersiap. Amek masa jugak ler nak siap.. Lama sangat pilih baju. Tak tahu baju apa yang sesuai. Poyo jer. Padahal tak der saper pown nak nilai u pakai baju apa!! Yang diorang nak tengok skill u bawak keta. Ada reti..

Kul 8 kuar umah. Kul 8 jugak sampai litar mmandu. So, kamu semua memang boleh bayangkan betapa dekat nyer rumah saya dari litar memandu tu. Sampai2 jer.. Cam pelik. Tak ramai orang pun.

Pastu, pusing2 litar memandu tuh. Cari Kak Ma (akak yg handle kelas memandu syana). Penat mencari. Bukannya jumpa pun. Permulaan hari yang malang. Kalu ada henset, dah lama syana col jer. Tak kuasa mencari kak ma macam nie.

Frust tak jumpa kak ma, syana terus jer pergi ke tempat berkumpul bagi calon yang nk amek jpj test. Tyme tu dah pukul 8.15. Syana orang pertama yang sampai kat situ. Kata pukul 8 dah start. Mana yang lain-lain. Urusetia ujian JPJ pun xnampak batang hidung. Janji MELAYU.

Kul 8.30, orang-orang lain dah mula memenuhi tempat berkumpul tu. Siot jer dorang nie. Datang lambat tapi muka buat donno jer. Jumpa la dua-tiga orang kenalan. Adik2 lepasan spm. Bukannyer kenal mana pun. Tapi ada la bersua muka sekali dua sepanjang belajar kereta kat situ. Jadi tak ada la syana terasa macam kesunyian sorang-sorang sangat.

Sejam berlalu begitu sahaja. Penat menunggu tak yah cerita la. Kebas punggung duk atas kerusi keras tu. Bila nak start nie. Lembab betul. Buang masa tahu tak. Kalu nak start lewat, jangan ler mintak syana datang pepagi buta.

Kul 9.45, barulah urusetia yang reramai kat depan tuhh bersuara. Panggil nama sengsorang untuk ke depan. Dorang mintak sign beberapa borang. Pastu dapat tag no giliran. No.15 jadi milik syana. Adakah no ini bertuah??

Lepas setengah jam, barulah test dimulakan. Kali nie test litar jer dulu (test bukit, parking n tiga penjuru). Ada 7 nama yang dipanggil serentak bererti ada 7 kereta yang digunakan untuk test kali ni. Pegawai JPJ tu lepaskan sorang-sorang. Bila pemegang no.1 dah settle ketiga-tiga ujian, maka barulah pemegang no.2 pulak buat ujian2 tuhh..

Saya no.15.. Jadi memang lambat lagi. Terpaksa la menunggu lagi. Makin lama jantung makin berdegup laju. Level adrenalin dalam diri makin meningkat. Bila tengok sorang demi sorang digagalkan oleh pihak JPJ, saya jadi makin takut. Susah sangat ker?? Apsal ramai sangat yang TERgagal.

" No.15 " 
Jerit urusetia ujian.

At last nama dipanggil. Lepak la kat dalam kereta kancil tue sorang2. Nyanyi la sikit2 sambil tunggu turn (sempat lagi tuw). 
Penooh bergaya menyanyi lagu anak itik tok wi!!

Tetibe, nampak Budak no.14 depan saya (fatihah) terkandas kat bukit. Terpaksa syana tarik nafas dalam2  bila tengok dia gagal camtu. Moga2 saya berjaya atasi ujian-ujian ni. Aminn

Dengan lafaz بسم الله الرحمن الرحيم  , Syana mendaki bukit. Yeahh..masuk petak. Kemudian turun dengan jayanya. Bagoos, permulaan yang baik. Seterusnya, syana masuk petak parking. Waktu nie cuak sikit. Sangat takut kalau ada tiang yang jatuh. Dapat bayangkan kalu FAIL, conperm kena gelak kow kow dengan Abah n Raisz. Malu sihh.. Nak tak nak syana kena lulus jugak. Wajib Lulus. 

Seb baeq, test parking pun xder masalah. Yang terakhir, masuk tiga penjuru. Ini yang paling senang. Jadi tak risau sangat. Haha. Belagak nyer pompuan ni. Tapi lagak saya berasas ok.. Memang pass pun ujian tu. Ini bermakna UJIAN LITAR MEMANDU JPJ syana sudah settle. Saya berjaya.. Wihaa.. Tapi xleh gembira sangat. Ujian jalanraya tak buat lagi..

Sekarang, jam menunjukkan 11 pagi. Terpaksa duduk kat bangku keras tu sekali lagi sambil menunggu giliran sampai. Bencinya menunggu macam nie. Cam xder keja lain jer nak buat. Sangat membuang masa.

Tunggu punyer tunggu akhirnya lebih kuang pukul 11.45 cam tu, dah ada yang mula kena panggil nama utk Ujian Jalan Raya. Bagus2x. Cepat la sikit turn sampai. Dah malas nak pikir sal lesen lagi dah nie..

Tup..tup.. kul 12.15 ada seorang pakcik urusetia nie buat announcement.

"Pukul 12.15, kita akan berhenti berehat dulu. Ujian akan disambung pada pukul 2.45. Jadi sesape yang nak pergi makan boleh pergi. Yang nak pergi buat solat hajat pun boleh buat sekarang. Tapi pastikan pukul 2.30 semua dah berkumpul kat sini balik.."


AGHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHH


Sakit nyer hati. Apa pasal la tak bagitahu awal-awal. Kalu tidak dari tadi lagi dah boleh balik. Xder la menahan lapar jer dari tadi. Menyampah betul ngan dorang nie. Benci..benci.. Dah lah tuhh bleh siap wat lawak lagi. Xlawak pun okeeih! tolong lah paham.

Sampai umah, bukak facebook jap. Pastu lunch. Pelahap makan. Dah lapar sangat kan. Bila perut dah kenyang, terus mata mengantok. Apa lagi tido lah. 

Kul 2.30 pergi litar balik lepas siap2. Sampai-sampai jer, duk tak sampai 5 minit, terus nama dah kena panggil. Bagus..bagus. Xpayah menunggu. Tapi, saya masih dalam mood mamai. 

Bukak jer pintu kereta, nampak misai pegawai JPJ tuhh.. Alamak. Sarjan misai lah. Terus kecut perut.
Sepanjang test, saya tak tengok pun muka dia. Tak berapa nak berani. Takut nanti tergelak tengok muka garang pakcik JPJ tue.

Sampai jer kat traffic light, Syana berhenti. Free gear and angkat hand break segala. Knapa berhenti?? Dah lampu merah. Kena la berhenti. Wihuu.

Then, bila lampu dah hijau, Syana pown masuk gear 1, lepas h/break and lepas class. Opssss.. Kereta mati tengah jalan weihh.. Tolong... Padan muka. Sape suruh lepas class sekali gus. Pakcik misai kat sebelah tuhh dah bising. Dialog dia "Awak nie belaja kereta macam mana??"... Malu nyer. Nie conperm tak lulus. Sedyhh..

Then, saya abiskan jugak laluan A U-turn tuhh (laluan paling dekat). Stop jer kreta, rasa cam nak balik teroosss.. Tapi paksakan diri jugak pergi depan amek result.. Urusetia tuhh mintak saya datang litar memandu semula nanti sambil gelak-gelak. Orang tengah frust tak lulus dia leh bahgia gelak-gelak.. Kuang ajar btul.

Saya pown mengeluh pastu tanya ler kat dorang, " Kena ulang balik ker?? ".

"Saya tak cakap xlulus, saya cakap kena datang litar semula jer. Ker awak tak nak amek lesen?", pakcik tuhh sambung gelak balik.

Chehhh.. saya tau la saya innocent. Sampai ati gurau biawak hidup cam tuhh..
Ehhh.. Saya LULUS. Biar btul. Ye ke ni??

Muka tak percaya

Yer.. Saya lulus.. Saya lulus lah.. Waaghhh.. Syoknyer..
Rasa cam nak jerit gtau satu dunia jer. Please la syana. Sila control  tingkah laku. Kang malu tak pasal-pasal kang... =) Blushing

Begitulah kesudahan test arini. Walaupun xpuas hati menunggu lama, tapi amat berbaloi. Suker suker.
Mekasih kepada semua yang terlibat dengan kejayaan ini.

p/s: tak sabar nak belajar naik kereta auto plak.. Abah, bila nak bagi kak long sebijik kereta??

Saturday, March 13, 2010

Cinta: Ciri-ciri Teruna Idaman Saya?? (Part 1)

Salam ingatan..

Cuba toleh ke kanan?? Nampak tak ikan-ikan tuhh??
Rasanya dah selaloo betul Syana bg makanan kat dia. Tapi xjugak besar2. Spesies terbantut ke ape??

Dis time, syana nak bercerita pasal topik yang memang sentiasa hot n menjadi sebutan semua manusia kat atas muka bumi nieyh.. Topik apa lagi kalau bukan pasal CINTA..

Ni entry kedua syana tentang bab tangkap cintan nie. Kali ini mari layan 'Ciri-ciri Teruna Idaman Saya'.

Adakah dia harus berciri-cirikan AFGAN SYAH REZA??

"Akak tak paham ler, Syana nak yang macam mana sebenarnya??" 
"Kenapa ko tinggalkan dia??"
"Bila ko nak ada pakwe??"
"Ko niey memilih sangat ler!!"
"Awak nak pakwe yg g mana?? Biar saya tolong carikan.."

Macam2 soalan ada.. Nie semua antara soalan2 femes ditanyakan oleh mereka-mereka yang berkenaan sepanjang 2009 dan 2010 yang baru jer masuk bulan ke-3. Mesti ada jugak antara korang2 yang pernah kena tembak dengan soklan-soklan cepumas cam ni kan?? Rimas kan!!

Ya. Syana akui. Syana teramat memilih. Saya mahukan yang terbaik.
Bukan yang terbaik sebagai kekasih diri sendiri sahaja.Tapi yang terbaik sebagai suami, yang terbaik sebagai ayah buat bakal anak-anak saya, yang terbaik sebagai menantu kepada umi n abah saya dan yang terbaik sebagai abang ipar kepada adik-adik saya.

Setakat ini, saya hanya dipertemukan dengan yang baik tapi bukan yang terbaik untuk menyandang kesemua jawatan kosong tersebut. Moga-moga, suatu hari nanti..


APA PERKARA WAJIB YANG PERLU ADA PADA TERUNA IDAMAN SYANA ???

Korang pikir la sendiri dulu.. Nanti2 lar syana kasi pecah rahsia yer..hehehe

~~ to be continue ~~

Friday, March 12, 2010

Program SELANGKAH ke UiTM

Salam ingatan..

Amacam?? puas ati tak ngan result SPM korang?? bersyukur jer la seadanya erk..


Announcement
Bersyukur my little bro dapat result yg agak baik.. 2A, banyak B, ada C ada D n ada E (dah macam rojak buah dah niey.. macam2 ada). Walaupun x hebat macam sesetengah orang tapi syana masih berbangga ngan dia.. Add math n math mode memang dia skor habis.. tp result chemmy memang ke laut (my favo subject tuhh) =) 

Target dia (raiesz hazieq) sekarang ni, nak sambung diploma untuk jurusan math (of coz). Mungkin statistik atau sains kuantitatif.. atau mungkin jugak jurusan information techno(IT) or multimedia.. Dia kata memang dah xder minat n kemampuan nak study sains lagi.. ada ke patut?? Suka hati ler, janji dia leh further study ke bidang yang menjamin masa depan dia.

Macam tuh la jugak harapan Syana kepada readers2 lepasan SPM yg laen. Pilih jurusan betul2.. Jangan sambil lewa jer buat keputusan. Nanti menyesal tak sudah. Buang masa jer sambung belajar kalu korang tak leh nak aplikasi apa yg korang dah belaja tue ke dalam kehidupan korang nanti.. Fikir-fikirkanlah.

Tips & Cadangan
"Saya nak amek medic, tapi saya dapat B jer utk subjek bio.. bleh ke ha??"

"Saya tak tahu nak amek jurusan apa?? nk amek engineering cam xlayak. nak amek architecture cam xminat. nak amek IT macam tak sure... Camne nie??"

Kalu kamu masih  pening2, tak tau nak amik jurusan ape.. Atau tak tau apa jurusan yang layak kamu pilih berdasarkan keputusan SPM yang kamu dapat semalam, jangan risau. Ada penyelesaian nya.

Berkunjunglah ke satu program anjuran UiTM khas untuk pelajar lepasan SPM pada 13 dan 14 March 2010. Tajuk program: SELANGKAH ke UiTM.

Nie bukan nak promote uni sendiri, tapi program tuhh memang rugi besar kalau golongan-golongan macam korang xpergi.. Kenapa?? Sebab kat sana, ada satu software. Yang mana kamu semua hanya perlu masukkan result SPM kamu ke dalam software tu nanti. Kemudian, software tu akan keluarkan senarai jurusan-jurusan yang layak kamu semua pohon. Xkira la sama ada program asasi, pra-diploma, pra-ijazah, diploma atau foundation. Kiranya, xda la nanti kamu semua tersalah pilih jurusan yang tak layak dipohon pon kat UPU. Bagus tak software niey?

Sebagai info tambahan, program SELANGKAH ke UiTM ni akan berlangsung pada 13 dan 14 March nie serentak di UiTM seluruh Malaysia kecuali UiTM cawangan Kelantan (16 dan 17 March 2010). Jadi berkunjunglah di lokasi UiTM yang paling hampir dengan anda.

-------------------------------------------------------------------

Nie ada sedikit info untuk lepasan SPM jurusan sains yang berjantina lelaki.
Kalu korang rasa nak famous, dapat pegang banyak jawatan tinggi dalam komuniti fakulti, ada jaminan untuk terus dapat kerja selepas grad dan nak timba ilmu yang mampu  membantu korang menjadi kaya. Jadikan Food Tech (teknologi makanan) sebagai salah satu daripada pilihan korang.

Tapi untuk lepasan SPM, hanya diploma fud tech yang boleh dipohon oleh korang. Tapi kalau kamu semua dah tamat pengajian di matrix nanti dan masih berminat dengan FUD TECH, kamu semua boleh pohon ke jurusan degree FUD TECH.. UiTM merupakan universiti terbaik untuk jurusan fud tech di Malaysia. Tapi ada lagi beberapa IPTA yang turut menawarkan kursus ini.
Sebelum itu, syana ingin sekali menegaskan bahawa FUD TECH bukanlah jurusan masak-masak di bawah fakulti hotel. Ia adalah salah satu cabang sains. Subjek utama yang ditekankan adalah kimia dan bio. Tapi fizik n matematik tetap merupakan salah satu teras dalam jurusan ini. Peluang pekerjaan di industri makanan(kilang), makmal-makmal, JAKIM, hospital n hotel.

Jadi siapa kata yang fud tech hanya untuk golongan wanita??

Thursday, March 11, 2010

Special entry utk batch SPM'09

Salam ingatan..

Ohh.. saya selalu menghadapi masalah ini.. Masalah tak tau nk post entry pasal apa bila dah mengadap blog sendiri.. Walhal kalu sambil2 tunggang skooter tyme balik keje tuhh banyak je idea datang.. Even masa nak makan keropok lekor pown banyak idea datang.. Tapi mengapakah sekarang nie tak der benda untuk dipostkan??

------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Hari ini bertarikhkan 11 March 2010, para pelajar SPM'09 berpusu-pusu ke sekolah masing2 bagi mengambil keputusan mereka. Saat ini pun Syana percaya hampir kesemua daripada mereka telah pun tahu result masing2. Amacam?? Gempaq tak result korang??


Bagi yg berjaya mendapat straight A's, tak kisah ler straight A1's ker straight A2's ker straight A campur2 ker, sekalung tahniah buat anda.. Alhamdulillah, segala usaha keras kamu selama ini membuahkan hasil..

Buat yang tak der rezeki nak dapat straight A tapi berjaya melepasi target sendiri pula , Syana tetap nak ucapkan syabas... Korang tetap berjaya. .=)


Namun bagi adeq2 yang kurang bernasib baeq tue, jangan putus asa. Kalu perlu untuk kamu menangis maka menangislah.. Kerana tangisan itu mampu memberi kita kesedaran untuk berusaha dengan lebih gigih lagi di masa hadapan...Jangan putus asa. Kejayaan itu milik semua. Cuma masa untuk kejayaan itu menjadi milik kamu masih belum tiba.

Jadi, jangan sesekali menjadikan kegagalan ini sebagai pencetus kepada kegagalan-kegagalan seterusnya. Jangan sesekali membiarkan kegagalan ini menjadi batu penghalang kepada kejayaan kamu di masa hadapan. Sebaliknya jadikan ia sebagai pemangkin untuk mengapai kejayaan-kejayaan yang lebih besar.


Tapi ingat, kalau skarang kamu dapat result gempaq, belum tentu lagi result kamu akan terus gempaq tyme further study kat mana-mana nanti.. Dan kalau result kamu teruk skarang, tidak bermakna kamu tak boleh dapat result gempaq tyme further study nanti.

Saya bercakap berdasarkan pemerhatian selama beberapa tahun di universiti. Ada jer budak yang tyme SPM, result tinggi nak mampus. Tapi bila kat U, result cukup2 makan jer.. Yang nyawa2 ikan pun ada.


Macam mana pun, ada jugak student yang dapat jadi top scorer kat U walhal tyme SPM result dorang nie memang biasa2 jer. Ataupun setakat 1 atau 2A ajer.

2 situasi ni memang dah jadi fenomena biasa kat mana-mana pusat pengajian sekalipun. Ianya bukanlah suatu kebetulan tapi satu realiti. Siapa yang gigih berusaha pasti dapat hasilnya. Siapa yang sambil lewa pula pasti dapat habuannya.

Syana bukan nak takutkan korang ataupun nak backup kamu-kamu yang xdapat score SPM aritu, tapi ini sekadar peringatan dan pesanan penting dari SiFi untuk kamu semua. Jangan sampai situasi-situasi yang senior-senior korang hadapi ini berulang dan terjadi pula pada kamu semua. Tyme tue, nak menyesal pun dah tak guna.
 

Lepas niey, mesti korang sibuk2 nak pilih ke mana korang nak sambung belajar kan?? Nak belajar kat mana?? Kat dalam negara ker kat luar negara?? Nak amek kursus apa?? Nak masuk foundation ker, asasi ker, matrix ker, diploma ker, poly ker, tingkatan 6 ker?? Jangan pening2 ok..


Make sure korang buat keputusan yang betul. Jangan terburu-buru. Bertanya kepada kakak atau abang korang yang dah terlebih dulu makan garam. Kalu korang anak tunggal ataupun anak sulung dalam family macam syana atau korang nie ada  perasaan xleh percaya n sangsi nak tanya akak atau abang korang,,, bertanyalah kepada senior2 sekolah dulu. Dorang pasti berbesar hati nak bantu korang.

Tapi ingat.. Jangan biarkan sesape pown buat keputusan untuk kamu. Mereka hanya boleh memberi nasihat dan pandangan. Tapi bukan mempengaruhi dan memilih masa depan untuk kamu. U need to make your own decision. Jadi, sila berhati2..


Ok lah..Sampai sini jer la dulu entry untuk kali ini. Moga ketemu lagi di lain kali.


P/s: tertunggu2 adik syana (Rais Haziq) pulang ke rumah. Nak jugak tahu result SPM dia macam mana. Harap2, keputusan tu dapatlah melepaskan dia untuk menempatkan diri di mana-mana pusat pengajian. Amin....