Friday, March 12, 2010

Program SELANGKAH ke UiTM

Salam ingatan..

Amacam?? puas ati tak ngan result SPM korang?? bersyukur jer la seadanya erk..


Announcement
Bersyukur my little bro dapat result yg agak baik.. 2A, banyak B, ada C ada D n ada E (dah macam rojak buah dah niey.. macam2 ada). Walaupun x hebat macam sesetengah orang tapi syana masih berbangga ngan dia.. Add math n math mode memang dia skor habis.. tp result chemmy memang ke laut (my favo subject tuhh) =) 

Target dia (raiesz hazieq) sekarang ni, nak sambung diploma untuk jurusan math (of coz). Mungkin statistik atau sains kuantitatif.. atau mungkin jugak jurusan information techno(IT) or multimedia.. Dia kata memang dah xder minat n kemampuan nak study sains lagi.. ada ke patut?? Suka hati ler, janji dia leh further study ke bidang yang menjamin masa depan dia.

Macam tuh la jugak harapan Syana kepada readers2 lepasan SPM yg laen. Pilih jurusan betul2.. Jangan sambil lewa jer buat keputusan. Nanti menyesal tak sudah. Buang masa jer sambung belajar kalu korang tak leh nak aplikasi apa yg korang dah belaja tue ke dalam kehidupan korang nanti.. Fikir-fikirkanlah.

Tips & Cadangan
"Saya nak amek medic, tapi saya dapat B jer utk subjek bio.. bleh ke ha??"

"Saya tak tahu nak amek jurusan apa?? nk amek engineering cam xlayak. nak amek architecture cam xminat. nak amek IT macam tak sure... Camne nie??"

Kalu kamu masih  pening2, tak tau nak amik jurusan ape.. Atau tak tau apa jurusan yang layak kamu pilih berdasarkan keputusan SPM yang kamu dapat semalam, jangan risau. Ada penyelesaian nya.

Berkunjunglah ke satu program anjuran UiTM khas untuk pelajar lepasan SPM pada 13 dan 14 March 2010. Tajuk program: SELANGKAH ke UiTM.

Nie bukan nak promote uni sendiri, tapi program tuhh memang rugi besar kalau golongan-golongan macam korang xpergi.. Kenapa?? Sebab kat sana, ada satu software. Yang mana kamu semua hanya perlu masukkan result SPM kamu ke dalam software tu nanti. Kemudian, software tu akan keluarkan senarai jurusan-jurusan yang layak kamu semua pohon. Xkira la sama ada program asasi, pra-diploma, pra-ijazah, diploma atau foundation. Kiranya, xda la nanti kamu semua tersalah pilih jurusan yang tak layak dipohon pon kat UPU. Bagus tak software niey?

Sebagai info tambahan, program SELANGKAH ke UiTM ni akan berlangsung pada 13 dan 14 March nie serentak di UiTM seluruh Malaysia kecuali UiTM cawangan Kelantan (16 dan 17 March 2010). Jadi berkunjunglah di lokasi UiTM yang paling hampir dengan anda.

-------------------------------------------------------------------

Nie ada sedikit info untuk lepasan SPM jurusan sains yang berjantina lelaki.
Kalu korang rasa nak famous, dapat pegang banyak jawatan tinggi dalam komuniti fakulti, ada jaminan untuk terus dapat kerja selepas grad dan nak timba ilmu yang mampu  membantu korang menjadi kaya. Jadikan Food Tech (teknologi makanan) sebagai salah satu daripada pilihan korang.

Tapi untuk lepasan SPM, hanya diploma fud tech yang boleh dipohon oleh korang. Tapi kalau kamu semua dah tamat pengajian di matrix nanti dan masih berminat dengan FUD TECH, kamu semua boleh pohon ke jurusan degree FUD TECH.. UiTM merupakan universiti terbaik untuk jurusan fud tech di Malaysia. Tapi ada lagi beberapa IPTA yang turut menawarkan kursus ini.
Sebelum itu, syana ingin sekali menegaskan bahawa FUD TECH bukanlah jurusan masak-masak di bawah fakulti hotel. Ia adalah salah satu cabang sains. Subjek utama yang ditekankan adalah kimia dan bio. Tapi fizik n matematik tetap merupakan salah satu teras dalam jurusan ini. Peluang pekerjaan di industri makanan(kilang), makmal-makmal, JAKIM, hospital n hotel.

Jadi siapa kata yang fud tech hanya untuk golongan wanita??

2 comments:

. said...

nice blog ^_^

SyaNa_SaN said...

thanks anak pak man
lain kali datang la jenguk lagi *-*