Friday, March 5, 2010

Tangan & kaki basah ; igauan pesakit hiperhidrosis

Salam ingatan..

Ini merupakan post ke-72 bagi blog Splendid Idea From Intelligentsia (SiFi). Ini bermakna hanya tinggal beberapa post lagi sebelum kita meraikan nukilan ke-75 SiFi. Ya, saya akan meraikan detik itu kerana ia adalah titik tolak kepada perubahan blog ini. Saya mahu mencorakkan SiFi dengan sesuatu yang lebih bermakna lagi di masa akan datang.

Tapi, kenapa mesti sambutan dan perubahan itu dilakukan pada post ke-75. Kenapa tidak tunggu sehingga ke post ke-100 nanti??? Pertamanya kerana saya meminati angka 75 dan keduanya kerana entry ke-100 tu lambat lagi.. Perubahan ke arah kebaikan tidak elok untuk ditangguhkan. Tak apa. Nanti entry ke-100 kita buat sambutan juga ok?? =]

Untuk entry kali ini, saya ingin mengajak kamu semua merenung sejenak situasi-situasi yang mana mungkin kamu tidak sedar yang ianya berlaku dalam kalangan manusia di sekeliling kamu.

SITUASI: ketika bersalam
PENIPUAN PERTAMA
Dia: Pekabar makcik?? (sambil menghulurkan tangan untuk bersalam)
Mak cik : Baik... Sejuknya tangan dia. Demam ke?
Dia: Tak lah. Baru keluar dari air-cond. Tu yang tangan sejuk tu.

PENIPUAN KEDUA
Kawan 1 : Waahh.. Lamanya tak jumpa awak. Sihat ke?? (sambil menghulurkan tangan untuk bersalam)
Dia: Ya lah. Dah hampir 5 tahun tak jumpa ni. (sambil menyambut huluran salam yang diberi)
Kawan 1 : Basah tangan.. Kenapa??
Dia : Gementar. Kan dah lama tak jumpa awak. hehe

Pernahkah kamu menghadapi situasi-situasi seperti di atas?? Tidak kiralah sama ada kamu sebagai Makcik, kawan 1 atau 'dia'. Pernahkan.. Normal situation.

Apabila bersalam dengan rakan atau sesiapa sahaja, kita akan menemui pelbagai gaya bersalam. Dan apabila kita amati dengan lebih lanjut, ada pelbagai keadaan tapak tangan. Ada yang sejuk, ada yang kering, ada yang panas, ada yang lembab dan ada juga yang basah. Tapi tahukah kamu kenapa tangan orang-orang seperti 'dia' sentiasa sejuk dan basah??

'Dia' adalah salah seorang daripada penghidap HIPERHIDROSIS. Kajian terkini mendapati sekitar 2.5% daripada keseluruhan populasi manusia mengidap penyakit ini. Jadi, adakah kita sedar tentang kewujudan penyakit dan pesakit ini??

Hiperhidrosis bukanlah suatu penyakit bahaya seperti kencing manis, strok, sakit jantung dan sebagainya. Tetapi ianya boleh mengundang membahayakan emosi seseorang. Dalam kebayakan kes, pesakit tidak mahu bergaul dengan orang lain malah cuba untuk mengasingkan diri.

Hiperhidrosis lazimnya bermula sejak kecil lagi, yang mana ianya boleh berlarutan seumur hidup tanpa rawatan yang sepatutnya. Menurut pakar perunding bedah kardiotorasik, IJN, Dr. Jeswant Dillon, baik lelaki mahupun perempuan, kedua-duanya dari semua peringkat umur berpontensi untuk mengalami penyakit ini. Namun, mereka selalunya hanya akan sedar tentang penyakit mereka dan rawatan yang diperlukan sewaktu berusia 20-an.

Saya tahu kamu masih kabur tentang penyakit ini lagi bukan??
Secara ringkasnya, hiperhidrosis boleh dikategorikan sebagai penyakit peluh berlebihan. Sehingga ke hari ini, punca yang tepat tentang penyakit ini masih belum dapat dikenalpasti oleh pakar perubatan.

PENGAKUAN EKSKLUSIF
Ya.. saya pengidap hiperhidrosis. Walaupun tidak pernah membuat sebarang pemeriksaan, tetapi saya cukup yakin yang saya merupakan salah seorang daripada mangsa penyakit tersebut. Saya tidak tahu sejak bila. Tapi seingat saya, semasa tadika lagi saya telah mengalami masalah-masalah yang disebabkan oleh penyakit ini. Namun sehingga sekarang, masalah itu masih belum selesai dan sering menghantui hidup saya.

Bagi pesakit ini, perpeluhan yang berlebihan berlaku di tapak tangan (disebut palmar hyperhydrosis), ketiak (axillary hiperhydrosis) dan tapak kaki (plantar hyperhydrosis). Tetapi untuk kes saya, saya masih dikira bernasib baik kerana tidak mengalami axillary hiperhidrosis iaitu berpeluh secara berlebihan di ketiak hingga menyebabkan body odour (bau badan) yang teruk.

Banyak sekali perkara atau situasi yang terpaksa pesakit hyperhidrosis terpaksa lalui yang mana kesukaran kami tidak disedari oleh manusia-manusia normal di luar sana.

Setiap kali exam, saya kena bersedia dengan sepaket tisu. Tisu paket 30sen tu memang tak boleh saya guna. Memang lunyai kalau guna tisu nipis sebegitu. Jadi, pilihan saya adalah tisu Royal Gold yang tebal (3layer) dan lembut (bak sutera). Jadi, lambat sikit tisu nak hancur. Tisu ini akan saya gunakan untuk melapik tangan yang berair bak air paip SYABAS sewaktu menjawab soalan exam. Sebab kalau saya tak buat begitu, kertas jawapan saya akan koyak akibat basah lencun. Dah pernah jadi waktu sekolah rendah. =(

Dari kecik, saya selalu kena marah dengan cikgu. Sebabnya buku latihan saya comot. Dia kata saya tak pandai jaga buku. Salah saya ke jika peluh yang merembes keluar dari tangan saya ini tidak dapat saya kawal??

Dan buat pengetahuan semua juga, saya sangat benci + anti pen dakwat basah. Saya tak akan guna pen sebegini kerana dakwatnya nanti sudah pasti akan bersepai di atas kertas.Sedangkan menulis dengan pen biasa pun akan menyebabkan tangan saya penuh dengan kesan-kesan dakwat.. ALAHAI..


Waktu zaman kecik-kecik dulu, saya selalu pecahkan pinggan atau cawan. Sebabnya, tangan saya licin. Air-air jernih di tangan saya ini akan semakin banyak bagaikan dicelup ke dalam agar-agar panas bila mana saya nervous, takut, gementar (sama la tuh) , over excited (terlebih gembira) ataupun sedih..Jadi, bila ada yang menegur bila saya bawa cawan memang cari nahas!! Tapi mujurlah bila makin besar, kes barang kaca pecah dah tak berlaku lagi. Saya dah makin pandai nak hadapinya.

Kes lain tentang barangan eletrik. Kalau setakat kejutan elektrik yg kecik-kecik ni, saya dah biasa kena. Yela kan.. Tangan sentiasa basah. Dah lap pun tetap basah jugak. Mana tak disambarnya.. huhu

Banyak lagi kes-kes lain yang bersangkutan dengan tangan basah saya ni. Bila menaip, keyboard saya akan basah. Bila bercakap telefon, h/p saya akan berair macam baru lepas jatuh dalam sungai (terutamanya bila bercakap melebihi 2minit ataupun bercakap dengan mereka-mereka yang boleh buat jantung saya berdegup deras).

Lagi situasi yang saya tak boleh lupa adalah apabila kena marah atau kena herdik waku amek cap jari. Tak kira la sama ada nak cop cari jari ke ataupun nak detect cap cari guna alat pengesan cap jari. Diaorang hanya pandai memarahi dan mengarah supaya saya mengelap jari terlebih dahulu menggunakan tisu. Bila saya sudah lap tapi jari masih basah, mereka mengherdik saya dengan kasar. "Awak dah lap ke tangan tu?? Lap lah betul-betul. Jangan main-main. Ramai lagi orang lain tengah beratur tu. Consider la sikit!" Tapi persoalannya adakah mereka consider tentang situasi saya?? Walhal mereka sudah nampak yang saya mengelap tangan dengan bersungguh-sungguh sekali. Salah saya jugak ker??

Itu baru kes tapak tangan basah.. tak masuk bab tapak kaki basah lagi.. huhu

Saya mengalami masalah untuk membeli kasut dan selipar. Sepatu dari VINCCI memang tak akan pernah jadi pilihan sebab kesemuanya materialnya adalah licin. Kasut dari baldu pun tak sesuai dengan saya sebab ia hanya akan menyerap peluh dan meninggalkan bau hapak. Yang paling ngam ngan saya adalah wedges.Sebab high heels boleh buat saya tersembam akibat licin. Selipar tanpa tumit pulak akan buatkan selipar tertinggal ke belakang bila berjalan.. hoho

Pernah 3 atau 4 kali saya terjelepok ke lantai di bilik air asrama kerana sandal mandi atau selipar jepun licin. ADOI.. perit la jugak.
Kalau terjatuh atau nak terjatuh kat mana-mana pun saya tak heran. Sebab kaki saya memang licin.. Apa boleh buat?? Cuma saya ada terbaca yang penyakit hiperhidrosis ini adalah penyakit keturunan. Tetapi yang peliknya, hanya seorang sahaja dalam keluarga yang mempunyai masalah begini. Ayoyo!!

Kaedah rawatan
Saya ada bertanya pada pakcik google tentang penyakit ini. Dan setakat yang pakcik google beritahu pada saya, ada beberapa cara untuk merawatnya.

Ia termasuklah penggunaan ubat sapu antiperspirant, pil antikolinergik dan iontophoresis. Namun kesannya tidak menyeluruh dan hanya berkesan pada sebilangan kecil pesakit sahaja.

Begitu juga dengan kaedah suntikan botulinum (BOTOX) , walaupun berjaya untuk merawat pesakit tetapi biasanya ia adalah sementara. Pesakit memerlukan rawatan yang berulang-ulang kali setiap 3 ke 6 bulan.


Rawatan pembedahan lubang kunci (key-hole surgery) iaitu Endoscopic TransThoracoscopic Symphatectomy (ETS) adalah rawatan terkini yang menarik perhatian saya. Keberkesanannya sehingga 98%
dengan kesan sampingan yang sangat kecil. Di antara kesan sampingan yang dilaporkan adalah termasuk kerosakan saraf frenik, saraf brachial plexus, Sindrom Horner, pendarahan ruang paru-paru dan pneumothoraks. Tetapi, kesemua komplikasi tersebut adalah sangat kecil iaitu pada kadar 1%.

Komplikasi yang paling kerap terjadi ialah perpeluhan di tempat lain iaitu pada kadar 40%. Pesakit biasanya mengadu berpeluh di bahagian badan dan peha selepas pembedahan. Komplikasi ini boleh bersifat kekal atau sementara. Tetapi pada saya, 40% lebih baik dari 100% yang sedang saya hadapi sekarang.

Pembedahan ETS dilakukan selepas pesakit dibius sepenuhnya (general anesthesia). Melalui ETS, dua lubang kecil berukuran 0.5cm akan dibuat di bawah ketiak pesakit. Doktor kemudiannya akan memasukkan tiub yang mempunyai penyuluh pada hujungnya menerusi salah satu lubang manakala lubang yang satu lagi dimasukkan dengan alat pembedahan. Tiub berlampu tersebut disambungkan ke skrin komputer yang digunakan oleh doktor pakar untuk melihat ke dalam tubuh pesakit bagi melakukan pembedahan.


Sebaik dikenalpasti, beberapa sentimeter urat saraf simpatetik terbabit akan dipotong. Lagi, pembedahan mungkin dilakukan di kedua-dua belah ketiak (kanan dan kiri) jika perlu.


Keseluruhan prosedur pembedahan mengambil masa lebih kurang satu jam. Manakala pesakit yang telah dibedah hanya perlu berada di hospital untuk jangka masa yang singkat iaitu 2-4 hari.


Parut pembedahan yang ditinggalkan juga sangat kecil, tidak mencacatkan dan terlindung di bawah ketiak. Faktor ini lazimnya menjadi keutamaan pesakit terutamanya wanita seperti saya.


Setakat yang saya jumpa, kos pembedahan ETS adaalah sekitar RM10,000 di hospital swasta. Jika dilakukan di hospital kerajaan, kosnya lebih rendah berikutan subsidi tanggungan subsidi oleh kerajaan. Ada yang telah berjaya mendapatkan subsidi sehingga RM8,000, jadi hanya perlu menampung kos RM2,000 sahaja lagi. Tetapi, tanggungan subsidi oleh kerajaan adalah berbeza bagi setiap individu bergantung kepada status dan tahap pesakit.


Hospital UKM adalah satu-satunya hospital kerajaan yang diketahui oleh saya menjalankan pembedahan ETS setakat ini. Di sini saya sertakan alamat dan nombor telefon bagi kemudahan sesiapa selain saya yang mahu mendapatkan maklumat lanjut mengenai pembedahan ini.


Hospital UKM,
Jalan Ya'akob Latif, 
Bandar Tun Razak,
56000 Cheras,
Kuala Lumpur, Malaysia.
Tel: 603-9145 5555
Fax: 603-9172 4530


Saya tahu saya masih belajar. Dan mana mungkin saya dapat menanggung sendiri kos pembedahan tersebut. Keluarga mungkin boleh membantu tetapi saya tidah mahu membebankan mereka. Biarlah saya berusaha mengumpul sendiri wang tersebut. Malahan, penyakit ini tidak akan membahayakan kesihatan saya. Insya-Allah, suatu hari nanti saya pasti akan dapatkan rawatan untuk penyakit misteri ini.


"Selepas pembedahan, lazimnya perkara pertama yang dilakukan pesakit ialah menyentuh tangan sendiri. Mereka teruja dan hampir tidak percaya, tangan yang selama ini basah bertukar kering dan terasa lebih hangat, buat pertama kalinya seumur hidup mereka."


Semoga saya juga bakal merasai detik-detik indah begitu sebagaimana mereka. AMINN.

Jika ada yang senasib dengan saya sedang membaca artikel ini,  nasihat saya jangan sesekali merendah diri.  Bukan anda seorang sahaja mengalaminya. Ramai lagi yang senasib dengan anda. Kongsikan pengalaman anda dan dapatkan info-info berguna bersama mereka yang senasib dengan anda di www.wethandsclub.com.

p/s: Saya sedang mencuba untuk tidak mengunakan sebarang ringkasan lagi untuk artikel-artikel saya. Maaf jika artikel ini terlalu panjang.

69 comments:

Anonymous said...

hi,
lepas baca post awak, lega rasanya sbb saya pun senasib ngan awak tp saya lebih kepada facial hyperhidrosis (peluh berlebihan di muka)
saya pon masih berusaha mencari rawatan alternatif kepada pembedahan...

SyaNa_SaN said...

hi..
awak tak keseorangan.. ramai lagi yang senasib

GOOD LUCK

Anonymous said...

hi..saya pun turut rasa lega bila ada yang senasib seperti saya. tapi lebih malang lagi, saya mengalami axilarry hyperhidrosis dan facial hyperhidrosis..

kedua-dua masalah ni memang buat saya tertekan..saya bekerja sebagai seorang guru, berpeluh di muka dan ketiak adalah pengalaman yang menyeksakan..sangat-sangat mensengsarakan. saya pernah di panggil dengan pelbagai gelaran yang menyakitkan hati oleh pelajar-pelajar sekolah saya berkaitan dengan masalah saya ini.

bayangkan kita mengajar di dalam kelas, berdiri dan mengelilingi pelajar..saya memang akan kepanasan dan berpeluh.. saya tidak boleh mengenakan make-up kerana make-up akan cair..percayalah,produk kecantikan yang "waterproof" pun tak dapat digunakan..saya telah cuba pelbagai make-up yang "waterproof" tapi tiada gunanya.

apabila waktu tengahari, saya makin tidak yakin, bila suhu semakin panas dan ketiak saya semakin basah menyebabkan bau badan yang kuat. saya juga terpaksa memakai pakaian yang gelap kerana tidak mahu kelihatan hodoh dek kerana basah di bawah lengan.. saya pernah di panggil "cikgu bau taik", "cikgu banjir", "cikgu ketiak bacin" dan macam-macam lagi oleh para pelajar..

ntahla..hanya Tuhan saja yang tahu betapa malunya saya apabila berjalan melintasi sekumpulan pelajar dan kata-kata tersebut yang dilontarkan kepada saya dan bukannya "selamat pagi cikgu".

saya masih ingat seseorang yang memerli saya menyatakan saya tidak ada wang untuk membeli deodoran..padahal, saya sudah cuba hampir kesemua antiperspirant yang dijual..tp tidak mendatangkan hasil, malah menyebabkab keadaan saya menjadi lebih teruk lagi..

bukan kemahuan saya untuk memiliki muka yang selalu berpeluh dan ketiak yang selalu basah..

Anonymous said...

saya pun senasib macam kamu semua...
tangan ngan kaki selalu basah..
klu kene presentation kat depan memang menyakitkan sebab microphone akan basah lencun...
hilang semua keyakinan untuk present..

Anonymous said...

hukhuk...saya pn menghadapi masalh hiperhidrosis di bahagian ketiak...malu....ketiak selalu basah...pakai baju kena ada yg bercorak....xboleh pakai yg satu warna...sbb bila bpeluh nampak...bila da lama2 berpeluh...ketiak akan berbau busuk..hukhuk...selalu balik keja terus mandi..setiap hari kerap tukar baju..saya nk buat operation tapi takut pada kesan sampingan...mak kata bersabar la...terima saja pemberian tuhan..takut bila operate nti dpt penyakit lain pulak...hukhuk...sedey....

Anonymous said...

tiada ke rawatan tradisional@alternatif untuk penyakit ini....

Anonymous said...

salam... nak kongsi pengalaman jg...em sya pn baru je kesan tangan n tapak kaki sya kerap berpeluh specially kat tapak kaki sya hingga membuatkn tapak kaki saya berbau busuk dan malu utk duduk bersama org lain...tp sya masih x pasti jka ini penyakit yg sama...sbb tangan sya xla bperluh teruk mna pn...cma tapak kaki sya je ni yg problem sgt...

Anonymous said...

salam... nak kongsi pengalaman jg...em sya pn baru je kesan tangan n tapak kaki sya kerap berpeluh specially kat tapak kaki sya hingga membuatkn tapak kaki saya berbau busuk dan malu utk duduk bersama org lain...tp sya masih x pasti jka ini penyakit yg sama...sbb tangan sya xla bperluh teruk mna pn...cma tapak kaki sya je ni yg problem sgt...

Anonymous said...

salam..mgkin kes sy lg teruk..sy mengalami tahap perpeluhan yg luar biasa..bkn stakat di tapak tangan atau tapak kaki malahan di seluruh badan..muka,tangan,kaki,ketiak,belakang badan dan baju n seluar saya akan basah dengan peluh sekiranya sy berdiri di tempat panas walaupun sekejap..sebagai jalan penyelesaian, saya terpaksa memakai baju n seluar sebanyak dua lapis..sangat menyiksakan tapi sy redha..inilah dugaan hidup saya..huhu

Anonymous said...

kita semua senasib..x kan ad org yg paham perasaan kita jika mereka x pernah hadapi msalah ni..sy x pernah bgtahu rakan rakan kerana tidak mahu dpinggirkan,x nk dipndg sebagai orang pelik..tangan slalu sjuk,lbih2 lg msuk shopping complex..g tuisyen..x sangka saya tergolong dalam golongan ini..sudah jatuh ditimpa tangga ):

Anonymous said...

Salam..
Sy pn sama mcm yg lain..sy ade hiperhidrosis di tapak tgn, ketiak & tapak kaki..mmg terseksa..sy sedar masalah nie mase di universiti & dh berjmpa pakar kulit.mmg rawatan yg sy perlu jalani adalah pembedahan.tp kos tinggi sgt around 10k.so, mmg xmampu. Sekarang sy dh bekerja sbg pegawai kerajaan.lg la azab psl selalu kne jmpe & salam ngan VIP.malu sgt smpai penah kne tegur nape tgn basah?perghhh..di saat sy post comment nie pn ketiak & tgn sy basah.sy dh cuba mcm2 cara utk kurangkn peluh tue.mmg malu sgt bile dh besah lencun & ade bau.bkn kita minta suma nie..mungkin dugaan Allah.sy bersabar & arap 1 ari nti dpt jalani pembedahan tue.InsyaAllah..sy doakn kwn2 yg lain jgk k.. :)

haiqal said...

Salam,

Nampaknya kita mempunyai masalah yang sama.Saya mempunyai masalah yang paling teruk.Seluruh badan berpeluh.

Tapi saya baru sahaja membuat rawatan pembedahan di Hospital KERAJAAN.Ya,hospital kerajaan.If you wanna to know on how,bla bla,dont hestitate to email me at haiqal3_92@yahoo.com.

Now tangan kering,bil tak sampai RM500.In fact,FOC sebab saya masih student IPTA.Heee

Unknown said...

HAI kawan2..sy juga mempunyai nasib yang sama,....Hyperhidrosis...tapak tangan kaki & ketiak.....mmg sgt2 x selesa...tp berita baiknya saya baru sudah jalani pembedahan pada 01/06/12 yg lepas...alhamdulillah skrg x lagi berpeluh di tapak tgn... ;) kos nye sgt2 berpatutan...x mahal mana pon...saya buat di HSA JB...kalau ade sebarang pertanyaan leh email saya di nanahakimi84@gmail.com

Anonymous said...

TO saudara Haiqal..n those yg dah bwt rawatan ETS nie..
salam,,
saya pn salah seorg yg menghidap penyakit nie..dkt palmar,plantar n also axilliary..but alhamdulillah not all the time tangan saya basah dan perpeluhan saya xlah teruk sgt smpai menitik2..
just basah dan berair,tp still saya rasa sgt2 xselesa dan nak sgt buat surgery nie.kdg2 kalau cuaca t'lalu panas n masa nervous ataupn masa nk bersalam dgn org,automatik tgn saya akan berair.kalau kering pn saya kena ddk dkt tmpt yg betul2 sejuk dan berangin.
saya dah baca semua komen2 di atas,,dan setiap org ada kadar perpeluhan yang berbeza..for those yg xkena tue,mereka sepatutnya bersyukur sgt2 sbb xperlu nk suffer mcm kita..xapalah,mungkin stp apa yg kita alami nie ada hikmah dan pengajaran disebaliknya..
kpd sesiapa yg dah buat pembedahan nie,di harapkn sgt2 dapat bntu kami2 yg lain..saya nk tau hospital kerajaan mana yg ada menawarkn rawatan nie dan berapa kos rawatan tersebut..hopefully xt'lalu mahal sbb saya still student..huhu
anything,just email me,,farah_d68@yahoo.com

Anonymous said...

salam,
saya just nk ckp,sy pon cam korang..
hmmm...

Anonymous said...

salam , saya khairul adlin , saya juga penghidap penyakit nih . Kita geng . Saya mengalami masalah berpeluh di seluruh badan . Dah lama sangat merana emosi , fizikal dan kini saya rasa saya tak keseorangan . Saya tabah dengan apa yang pemberian tuhan nih tapi kekadang terpike jugak kenapa tuhan bagi penyakit nih . Tapi bila pike2 balik , semua orang tak sempurna . Tapi redho sambil berusaha dalam mencegah peluh nih . Pendapat korang yang dah buat rawatan ETS , apa kesan sampingan , kos rawatan dan macam mana nk lakukan pembedahan nih ? Mohon maklum balas korang semua . nih email/fb saya khairul_adlin@yahoo.com .

Anonymous said...

salam..sye sme senasib dgn korang smua..sye nie msih pelajar skolah menengah..sye nk share la ckit crite kat korang smua..msalah sye nie ialah tangan dan kaki sye slalu sgt basah..klau wak2 exam,,tangan yg slalu basah..maklumlah exam kat perlu menulis..s00,,perlu la pgang pen 0r pensil..fuhh,,wak2 2 mmg x boleh nk ckp ape la..kain tuala kecil yg slalu sye bwk dh basah lenjun..ckg slalu mrah sye sbb sye ciapkan kerja lmbat..adoii,,nasib2..sye nie dduk asrma,,maklum la bdak asrama kan lebih guna sliper drpada kasut..s00,,kat cni sye nk crite pasal kaki sye bsah pulak..stiap kali sye nak naik tangga asrama,,kaki sye msti basah..klau kaki sye bsah msti la sliper pon jdi licin..erm,,dh x lrat nk dengar kwn merepek..ayt yg slalu sgt kwn sye ckp mcm ni "ishh ang nie cepat la ckit..trun tangga pon lmbat ka..dh tahu kaki 2 bsah yg duk pkai sliper 2 wt pe lg"..ermm,,wk2 2 cuma Allah je thu ape prasaan sye..klau nk taip sesuatu kat keyboard pon tgan dan jari sye akan bsah..ssah sngguh idup mcm nie..klau nk main laptop,sye slalunye gune tetikus..kakak sye slalu mrah sye sbb tetikus 2 bsah lepas sye guna...ishh,,sye pon kdang2 naik angin jgak...sape yg xthan asyik2 kena mrah...ermm,,nk wat cam mna kan..sye redha je dgn ketentuan Ilahi...wassalam...

DRI:NSMS

najwa87 said...

salam..sye nk tya..klau nk ke hospital atau klinik..kite nk ckp mcm mna erkk yg tgan ngan kaki kite nie slalu bsah...arap korang boleh reply blik persoalan sye nie..tq

Anonymous said...

Lepas baca post..saya pon rasa dh x keseorangan dh..mmg pnyakit tuh bnyak mmpngaruhi khidupan sosial kita...rmai kwan2 mgglar sya dgn plbagair glaran sprti mat luh dn sbgainya xpi sya hnya mmpu brsabar...biarlah mereka nak mengejek kita kerana mereka tdak tahu btapa seksanya pnyakit ini walaupon x memudaratkan kesihatan.......

Anonymous said...

saya baru menjalani pembedahan ETS pada 31/1/2013 lalu. setakat ni alhamdulillah peluh di tapak tangan sudah tiada lagi. tapi peluh di kaki masih ada cuma berkurangan. masalah lain yang timbul adalah peluh dibahagian badan dan ke bawah. selain itu, selepas pembedahan saya turut mengalami masalah sakit urat saraf dibahagian bawah ketiak dan kebas dibahagian dada sehingga kini. tetapi doktor memberitahu itu adalah perkara biasa. saya berharap masalah ini tidak berlarutan. untuk pengetahuan semua, saya menjalankan pembedahan ini di HUKM. jumlah kos pembedahan termasuk wad 3hari 2malam adalah RM350. jika ada sebarang pertanyaan, sila lah bertanya kepada saya :)

Unknown said...

salam, sy nk tanya mcm mn kita nk berurusan di HUKM tu.. nk jumpa siapa..kemana nk pergi.. nk kene amik nombor mcm pesakit lain ke or ada jabatan khas ke kita kena pergi? minta bantu..

Fadzilah Lokman said...

i'm officially in this group! mmg seksa SANGAT2!Mmg kene AIR BAH setiap hari! dah kene sejak zaman tadika, ingatkn normal, sebab yela, budak2, dtmbh i'm kind of hyper sejak kecil, so, x berkisah sangat, tapi start primary n now secondary nie, macam nak pengsan! ya allah! basah gILLER! n , ALHAMDULILLAH! AFTER sitting 4 last paper spm this year, mama nak hadiahkan surgery hyperhydrosis~peluh~ n lasik di prince court~mata~ sempena harijadi ke 17. alahai, tuanya????????!!!!! apa2 pon, ALHAMDULILLAH! N WISH BEST OF LUCK 4 ALL OF U! HAVE A nice DAY EVERYONE!

Fadzilah Lokman said...

i'm officially in this group! mmg seksa SANGAT2!Mmg kene AIR BAH setiap hari! dah kene sejak zaman tadika, ingatkn normal, sebab yela, budak2, dtmbh i'm kind of hyper sejak kecil, so, x berkisah sangat, tapi start primary n now secondary nie, macam nak pengsan! ya allah! basah gILLER! n , ALHAMDULILLAH! AFTER sitting 4 last paper spm this year, mama nak hadiahkan surgery hyperhydrosis~peluh~ n lasik di prince court~mata~ sempena harijadi ke 17. alahai, tuanya????????!!!!! apa2 pon, ALHAMDULILLAH! N WISH BEST OF LUCK 4 ALL OF U! HAVE A nice DAY EVERYONE!

Anonymous said...

So, if you want to get these amazing and funny
gifs animated images, then what are you waiting for. I can
also would suggest taking a few minutes to successfully snicker not
to mention grin available at funny pictures ( imagenes de humor )
and then funny videos ( videos divertidos ) to assist you in
the quest with cheer in addition to stress reliever. They love to see only images, sketches or
some funny pictures or drawing of animals.


Here is my site funny pictures about workplace

Anonymous said...

Moderate to strong winds blowing from the southwest to south will prevail over northern and Central Luzon and coastal waters along these areas will be moderate to rough.

" Earlier today some cruise ship struck land in Alaska. Thus they can choose from the many available sources.

My blog post - Latest Daily News

Anonymous said...

The final step toward making your funny picture or video popular is to find
the right distribution. With this amazing app Write Pad,
You can take notes by. While almost every cat is a work of aesthetic beauty, they are often animals
that combine silliness and a fierce disposition.


Here is my webpage :: funny pictures and signs

Anonymous said...

December is such a special month of the year
- quality time with family, exchanging gifts,
and sumptuous food all month long. Naturally, if you are not
a morning person, setting your alarm for 5am
to go run a few miles will probably fail. To keep
one motivated it is important to alternate the activities after
one to two weeks.

Here is my webpage http://orientchat.com/HarriettM

Anonymous said...

It improves blood and oxygen flow to the muscles that are recovering from the prior hard workout.
You have to find a way to take the tips you learn and make maximum use of them.
These tips are followed by every pregnant woman all
around the world but remember whatever you do,
you should first check with your gynecologist so that there is
no complication in your pregnancy.

my web blog; please click the next post

Anonymous said...

guys..
about this HYPERHIDROSIS thing, korng xpayah la nak risau sangat. actually, saya pn penghidap disease nie jgk. n mmg tipula kan kalau saya ckp yg sy mmg xkesah kene benda nie. I do care, and i really care about this thing.
dah bnyk yang sy cari n research pasal benda nie.
n hasilnye,ada sesuatu yg korng boleh buat.
InsyaAllah, dengan izin Allah, benda nie dpt membantu..
have you guys heard about SAGE TEA?
try research pasal tea and hyperhidrosis n it will come out bnyk link. sage tea is a kind of teh herba dan membantu untuk mengawal activiti urat saraf kita. nk ckp lbey2 pn sy xfhm sgt pasal benda nie. tp seriously when i searched about tea n hyperhidrosis nie,, saya rasa mcm ada hope n nk try benda nie. selain drpd tue, camomile pn boleh membantu jgk.http://www.no-ets.com/forums/viewtopic.php?f=27&t=1049 cbe try bnde nie. mesti korng akn try jgk lepas nie. dan sy skrg tgh dlm proses minum chamomile bcoz sage tea ssh sket nk dpt dkt malaysia nie.
hope dpt membantu sedikit sebnyk.
p/s: jgn sedeyh2 ok,,sbb ramai yg menghadapi penyakit nie sbnanya. bkn hnya kita yg dkt malaysia nie je. almaklumla negara kita panas kan. sbnanye, org dkt negara barat n sejuk pn same je. walaupn diorg ddk dkt negara sejuk, tp still ramai jgk yg dpt penykit nie. so,get a life, n always remember that you are not alone :)

Anonymous said...

guys,, drpd korg dok search pasal rawatan ETS tue, lbey baek try search abaout remedies utk cure this hyperhidrosis. sbb dikhuatiri, kalau undergo ETS, tkot2 peluh tue pergi ke tempat laen plak mcm bhgn bdn belakang, or peha.
i suggest korg try minum sage tea or chamomile tea. sbb teh nie 100% pure herba n mmg elok n xde kesan sampingn pn. gud luck :)

Anonymous said...


abaout chamomile

Anonymous said...

If a wide search is made on the internet, services can be utilized easily that are provided by
them. Aamir Khan and Amitabh Bachchan had a rough battle,
when the movies related to them were released at the same
time. Every now and then, new stars emerge and disappear in
the blink of an eye and every smallest detail about the same
becomes important celebrity news.

my website :: latest celeb news

Anonymous said...

The real life stories in the back are amazing, and show that even average women can look amazing.
Naturally, if you are not a morning person, setting your alarm for 5am to go run a few miles will
probably fail. Download Rosie's free report 5 Simple Steps to Fat Loss and start losing weight today.

my website; fitness tips and workouts

Anonymous said...

Great info. Lucky me I came across your site by accident (stumbleupon).
I've saved it for later!

My page ... worldlinks4u.com

Anonymous said...

Greetings! Very useful advice in this particular article!
It is the little changes which will make the greatest changes.

Thanks for sharing!

Also visit my website; somalinow.net

Anonymous said...

Can I just say what a comfort to discover somebody who actually understands what
they are discussing online. You actually realize how to bring an issue to light
and make it important. A lot more people need to check this
out and understand this side of the story. I can't believe you aren't more popular since
you certainly possess the gift.

Feel free to surf to my page :: http://thaiassociationofillinois.com/

Anonymous said...

Great article. I'm going through some of these issues as well..

Here is my web page recent biotechnology articles

Unknown said...

Asaalamualaikum..

Saya seorang pelaut dan memikul tanggungjawab yg besar atas kapal..kalau dalam keaadaan biasa pn tangan n tapak kaki sy berpeluh, apatah lagi waktu bekerja dalam situasi yg cemas dalam mengendalikan kapal..memang abis basah panel2 steering..kaki saya kalau slm sbulan melecet tu normal la..tp ini bknlah halangan bagi sya tp mgkn ada jln pnyelesaian..
Saya baca post2 yg atas ni pn mmg sbjik mcm situasi saya..

Unknown said...

Asaalamualaikum..

Saya seorang pelaut dan memikul tanggungjawab yg besar atas kapal..kalau dalam keaadaan biasa pn tangan n tapak kaki sy berpeluh, apatah lagi waktu bekerja dalam situasi yg cemas dalam mengendalikan kapal..memang abis basah panel2 steering..kaki saya kalau slm sbulan melecet tu normal la..tp ini bknlah halangan bagi sya tp mgkn ada jln pnyelesaian..
Saya baca post2 yg atas ni pn mmg sbjik mcm situasi saya..

Anonymous said...

REPOST:

**saya baru menjalani pembedahan ETS pada 31/1/2013 lalu. setakat ni alhamdulillah peluh di tapak tangan sudah tiada lagi. tapi peluh di kaki masih ada cuma berkurangan. masalah lain yang timbul adalah peluh dibahagian badan dan ke bawah. selain itu, selepas pembedahan saya turut mengalami masalah sakit urat saraf dibahagian bawah ketiak dan kebas dibahagian dada sehingga kini. tetapi doktor memberitahu itu adalah perkara biasa. saya berharap masalah ini tidak berlarutan. untuk pengetahuan semua, saya menjalankan pembedahan ini di HUKM. jumlah kos pembedahan termasuk wad 3hari 2malam adalah RM350. jika ada sebarang pertanyaan, sila lah bertanya kepada saya :) **

jika ada yang ingin bertanyakan mengenai pembedahan ETS di HUKM, sila email kepada saya zaff91@gmail.com :)

Anonymous said...

assalamualaikum sume :)
terime kasuh byk2 kongsi info..
saye pun same mcm kalian,,
cume nak tanye,, ade beza tak jmlh wang bgi kos pmbedahan tuk masalah ini,, sebab katenye makan ribu dan ade yg kate ratusan je... ade sape2 bole tolong saye ??

Anonymous said...

assalamualaikum sume ..
bole tak nk mintak tlong..seape yg da wat rawtan.. bole tak detailkan lgy tntg kos rwtan dan kesannye kt sini.. sbb klu melalui email saye ade masalah skit..
saye harap ade yg dpt membantu,,insyaallah..

nur_eida92 said...

salam....saya pon mengalami situasi yg sama...saya mempunyai masalah berpeluh di muka yang sangat teruk....ianya mmbuatkan sye mnjadi stress sangat...saya xboleh menggunakan sebarang make up...walaupun teringin tp disebabkan muke sentiasa berpeluh sye terpaksa ketepikan...saya malu...malu gn semua org di sekeliling...bila sye share gn kawan saya,dia selalu ckp yg semua org berpeluh,tp sebenarnya dia xpaham sbb dia xmengalami situasi yg sye lalui...kdg2 sye nk menangis sbb pe yg sye buat smua jd xkena...

nur_eida92 said...

hiperhidirosis menyebabkan sye malu nk bersemuka gn kawan lelaki....ummmm

Anonymous said...

thanks a lot sis untuk artikel/ info yang sgt membantu. Selepas sy baca post sis ni, sy lebih faham apa itu hyperhidrosis dan sy sedar sy tak keseorangan. Sy pun mengalami mslh yg sama, tp melibatkan bahagian tapak tangan dan tapak kaki. Alhamdulillah, kwasan ketiak takde peluh melampau ni. So, sekarang dh buat ke pembedahan tu? :)

Anonymous said...

Sila tinggalkan email awk. Sy mahu thu info yg selanjutnya.

Anonymous said...

Setelah awk lakukan pembedahan . Tangan awk basah lagi tak ?? Mohon bantuan email sy odmeon007@yahoo.com.my

Unknown said...

Baha0506@yahoo.com

Unknown said...

Baha0506@yahoo.com

Anonymous said...

Esok saya nak ke Pusat Jantung Hosp Umum sarawak, utk ETS , nak jumpa dgn pakar kardiotorasik. Harap saya boleh menjadi diri saya yang 'baru'. Doakan saya

Anonymous said...

nk tanya....nk bli tea tu cmne?bpe harge?ad effect pape x?��

Unknown said...

Assalam..boleh hubungi saya utk kurangkan masalah kuat berpeluh secara semulajadi. InsyaAllah boleh membantu
sms/telegram/whatsapp 014-8216308

Bo_Nick said...

Salam.. Sye dr srwak.. Anonymous.. Bpa kos nk buat pmbdahan kt HUS tu? Cra2 mc mna

Anonymous said...

Maaf sy juga mengalami masalah yg sama n kerap mengalami peluh pd tangan..kaki..n ketiak..agak malu juga bila kat tmpt kerja ada kawan yg mulut ckp lepas ckp tangan n kaki basah..infact dlm pemilihan baju pun sy sntiasa pilih baju yg berwarna gelap..sy terbaca pasal ada yg sebut pasal SAGE TEA..kat mana ye blh kita dapatkan SAGE TEA ni..

Anonymous said...

Salam.. nak tnya.. sekarang ni rase lagi ke kebas dada tu? Saye pun same ade masalah tgn kaki berpeluh tu. Haritu baru pegi tukar mykad. Mcm biasa.. cap jari tak dpt baca. Sangat sedih time tu sbb mase tu tgn kering. Tp bile kering pun problem jugak. Xfhm saye..

Anonymous said...

Pls gv feedback sbb saye pun teringin nak undergo operation ni.. shazashahira@gmail.com
tq :)

Unknown said...

Apa yang awak alami tu,, sebijik sama macam saya alami,, kdg2 sye rase give up cgt bila ada penyakit cm ni,, rase nak berdepan gn owg pn down giler,, tapi bile sye fikir2 blik sye rase brsyukur sbb dlm family,, sye sorang je yg ade pnykit ni,, n at the same time sye rse yg sye ni special,,sbb Allah pilih sye n anugerahkan pnykt cmni kat sye,,x sume owg hadapi pnykt ni,, hope u guys kat luar sane yg ade pnykt cmni tabah hadapi dugaan,,

Rushdina Ridzwan said...

salam...saya merupakan pljr lepasan spm dn skrg ni tgh tungggu result spm...saya pon turut menghadapi penyakit hiperhidrosis nih di tapak tangan n kaki. tp yg peliknya, mak n ayah saya x de pon penyakit ni dn cuma abang saya je yg ada tp x teruk sgt mcm saya ni, kdg2 rasa malu plk bila nak salam ngan kekawan n cikgu terutamanya bila diorang yang hulurkn tgn dulu. rasa mcm x nk salam tp bila buad mcm tu takut depa kecil hati plk. tp bila dh salam,ada sesetgh yg tanya knpa tgn berpeluh n ada jugak yg melemparkn kata2 yg mengecilkan hati ini..huhu..kdg2 kwn saya sndri yg dh brkwn lama dgn saya pun msh x memahami situasi saya n x bg dorongan pun bhkan selalu mempersoalkn penyakit sya ni..so saya brtekad nk kumpul duit sndiri utk jlnkn pembedahan suatu hr nnti..sya x gamak nk bgtau parents saya psl hal ni sbb takut mereka x mampu nk byr kos pmbdhn sbb kami bkn brasal dr keluarga yg senang...SAYA NAK TANYA, ADA TAK ANY HOSPITAL YANG ADA MENJALANKAN PEMBEDAHAN NI KAT KEDAH??? TLG BGTAU SAYA K DI fb saya.

Unknown said...

Cikgu dh atasi ke mslh tu..please share...

Unknown said...

hospital UKM kat cheras boleh buat pembedahan hyperhydrosis ni. cuma guna buku derma darah je dah boleh dapat percuma rawatan.

Unknown said...

Hi, Sama lah kita, saya sngat stress dgn keadaan ni. Trutama bila nk pakai sleeveless shirt. Mmg ktiak sy x berbau tp bsh tanpa ada buat kerja. Peluh sy akan keluar bila sy cemas @ pun pegang apa apa jenis cream. Sy selalu buat suntikan juga tp bertahan beberapa bulan nk kena suntik lagi .😂

Anonymous said...

Hiii. Harap satu hari nnti sya dpat buat pembedahan ni. .

rio said...

Di hospital kerajaan yg mana awak buat rawatan ni. Tolong share info.. riokasih360@yahoo.com

Budi said...

Saya dah buat ETS. badan peluh banyak, muka dan kepala takde peluh jadi pelik. Dah berlari, buat kerja berat tapi peluh tak keluar pun di bhg kepala/muka. Doktor atau sesiapa boleh cadangkan tak saya nak buat pembedahan reverse ETS. ctct saya please.

anne said...

ade emel tak? sy ada soalan nk tanya psl ets ni. tq 😊

Unknown said...

Sy pn ade mslh yg same sejak kecil lg dan mslh ni blarutan hingga skrg dan semakin teruk lg seluruh bdn pn kuat bpeluh..nk buat surgery tp ngilu la pulak bila dgr kena tebuk kat ketiak..aduhhh hu3..tp klu kat tpk tgn sy bole terime lg,kat tapak kaki ni yg paling x bole terime sbb selalu bkira kira nk beli kasut sbb kasut2 ttntu je yg sy bole pkai bg mengelakkan kasut ttingal kat blkg time bjln dgn nk elak kasut bbau busuk..sy prnh keje kat tmpt yg mmerlukan pemakaian sepatu selama 12jam sy pkai stoking dgn sepatu mmg kat luar kasut tu pn da bole bbau dh smpaikan ade kwn tmpt keje tegur "eh mcm ade bau kaki lah!" Pastu die ckp kuat2 lak tu malu jugak sy mse tu tp sy buat x tau je..hu3 redha jela..sy keje ctu,sbulan sekali msti sy akan beli sepatu baru n stoking baru 3 4 psg sbb tkot kwn2 tegur lg bau kaki sy..mmg hazab sgt jdik org yg ade penyakit hyperhydrosis ni kan...sy pn salu kena ejek sbb tgn gn kaki sy yg bsh ni,pnh mse g buat ic baru akak kaunter tu gelakkan sy sambil mengumpat psl sy kat kwn2 sblh die,die kate tgn mcm katak!!nsibbaik mse tu sy bdk2 lg bru 17 thun,klu uno skrg ni dorg gelak2kan sy mcmtu mmg sy sapu tgn sy ni kat muke dorg bru pdn muke dorg hahahahaha

Anonymous said...

Assalamuallaikum, juga pnghidap hyperhidrosis selepas umur sy 18 tahun sampai sekarang 26 tahun, semakin meningkat tahun semakin teruk. Dari kepala sampai ke kaki peluh yang saya hadapi.Berjalan sikit bawah panas peluh satu badan sampai baju basah kuyup.Kalau dalam aircond pula tangan dan kaki saya selalu berpeluh.Saya amat malu dengan keadaan yang saya hadapi sampailah saya berhenti kerja kerajaan baru2 ini.Jika ada sesiapa tahu kos rawatan dan adakah peluang untuk sembuh selepas pembedahan emailkan kpd saya (aszone93@gmail.com).Saya berdoa kepada kite semua yang menghadapi penyakit ini akan sembuh suatu hari nanti

Anonymous said...

Hi..sy juga mempunyai masalah yg sama pd bhgn tapak kaki dan ketiak. Masalah terbesar sy adalah pd bhgn ketiak yg mana mengeluarkan peluh yg teramat banyak wlpn berada dlm kwsn beraircond. Apa yg memburukkan lg keadaan adalah bau badan sy yg terover kuat. Sy da try bermacam jenama deodorant yg ada di pasaran tapi semua gagal. Apa yg menyedihkan adalah org sekeliling yg menghina dgn mengatakan yg sy x mandi n x menggunakan deodorant. Sy menghidap hyperhidrosis sejak berumur 16 thn dan skrg sy berumur 32 thn. Cuma masalah bau badan sy hanya bermula 3 thn yg lalu. Sy buntu dan tertekan dgn situasi sy skrg.

Azrulaffizi said...

@azrulaffizi98@gmail.com