Tuesday, June 15, 2010

Celoteh Kehidupan *-* Portugal Vs CIV. Siapa bakal kalahkan siapa??

Salam ingatan...

Separuh masa pertama pun baru jer habis. Sekarang ni dah separuh masa kedua. Fuhh! Game malam nie dah menyaksikan banyak drama. Lebih-lebih lagi bila setakat ini dah ada 2 kad kuning terlepas ke tangan pemain. Salah satunya ke tangan Ronaldo. Adui.. 

Sabar yer guyz. Main dengan penuh etika. Tak mau gado-gado ok!


Untuk game kumpulan F antara Portugal dengan CIV sekarang nie, agak-agaknya sape yang akan menang erk?! Walaupun Portugal lebih ramai penyokong (mungkin sebab ada mamat hensem tuh) tapi kebolehan CIV juga tak boleh diperlekehkan. CIV ada Drogba, pemilik kasut emas dunia untuk tahun lepas. Jadi, masing-masing ada potensi untuk melangkah lebih jauh. 

Jadi saper korang rasa akan menang?! Portugal kah?? 

Kalau nak ikut majoriti kat rumah Syana sekarang nie memang dah sah2x lah kan Portugal ada potensi yang lebih besar untuk menang. Sebabnya semua yang terjongok kat depan TV tue semuanya dok sokong portugal. Ish3x. Apa pun ada jugak baiknya. Tak der lah mereka nak kecoh2x bertegang urat sebab lain pendapat. Mulut bising mengalahkan pemain jer. Haha. Aman dunia. =)

Walau apa pun, Syana tetap tak sokong mana2x pasukan. Sebab Syana tak minat bola. Ada paham?!! Wee 

Keputusan buat masa sekarang: 0-0

1 comment:

Adziim said...

Syaitan menang....amacam?