Tuesday, June 8, 2010

Tips Syana *-* Perlu Baca Jika Anda Tak Minat Bola Tapi Terpaksa Tengok

Salam ingatan...

Sekarang ni satu pelusuk dunia sedang dilanda demam bola yang amat dasyat. Tergigil2x peminat fanatik bola sepak menantikan perlawanan FIFA yang bakal bermula 3 hari lagi. Sana-sini orang duk bersembang pasal FiFA nie. Al-maklumlah 4 tahun sekali jer kan!


Bagi mereka-mereka yang tak minat bola tapi terpaksa mendengar kawan-kawan, ahli keluarga dan suami tersayang berceloteh panjang pasal bola terpaksalah bertahan untuk tempoh satu bulan ni. Mungkin ada antara kamoo terasa tersisih bila mana tika mereka berceloteh kamoo tersepit ditengah-tengah perbualan. Bukan setakat tak dapat menyampuk perbualan tapi juga tak faham isi perbualan mereka tentang hal-hal yang bersangkut-paut dengan perlawanan bola sepak. 

Lebih emosi bila seluruh isi rumah sanggup bangun awal pagi semata-mata nak tengok perlawanan FIFA nie. Geram rasa hati kan!! Teringin nak join sekali. Tapi haram bosan. Bila nak menikmati perlawanan terasa toing toing sebab tak paham apa yang diulas para komentarnya. Binggung!

Jadi apa kata kamoo bersama-sama Syana yang juga tak minat bola ni belajar serba sedikit tentang istilah bola nie. Dengan itu, Insya-Allah selepas ini kita tidak lagi akan terkapai-kapai keseorangan sambil kepala keluar belon-belon dengan tanda tanya bila tengok sebarang perlawanan atau mendengar mereka-mereka yang fanatik ni bersembang. YEAH!!

1. Corner Kick - Tendangan Sudut
Situasi ini berlaku bila mana bola keluar padang melepasi garis pintu gol. Jika pasukan A yang membuat bola keluar padang maka pasukan B akan diberikan corner kick nie. 
2. Diving
Diving ialah situasi di mana seorang pemain berpura-pura jatuh seolah-olah dikasari oleh pemain lawan. Kiranya menipu para penonton dan juri lah nie.. Huhu

3. Foul
Istilah yang diberi apabila seorang pemain melakukan kesalahan dengan menolak atau menarik lawan, menendang lawan, menyentuh bola dengan tangan atau melakukan pergerakan yang membahayakan pihak lawan.

4. Free Kick - Tendangan Percuma
Tendangan ini diberikan kepada pasukan lawan apabila pasukan yang satu lagi melakukan kesalahan.

5. Hand Ball
Hand Ball ialah keyword yang digunakan bila ada pemain menyentuh bola menggunakan tangan. Penjaga gol juga dianggap melakukan hand ball jika menyentuh bola dengan tangan di luar kotak penalti. Undang-undang bola nie!!

6. Hattrick
Beerti seorang pemain berjaya menjaringkan bola ke pintu gol lawan sebanyak tiga kali atau lebih dalam satu pertandingan. Cayalah!
7. Injury Time
Masa tambahan yang diberikan dalam satu perlawanan sebagai ganti waktu yang sudah terpakai untuk saat-saat kecemasan yang terjadi sepanjang pertandingan itu.

8. Kad Kuning
Kad yang diajukan pengadil kepada pemain yang melakukan kesalahan. Seorang pemain hanya diberikan sekali kad kuning pada kesalahan pertama. Untuk kesalahan kedua, kad merah akan diberikan. 

Sekarang ini, ada peraturan baru tentang kad kuning yang dikeluarkan oleh UEFA (the Union of European Football Association). Pemain yang sudah mendapat kad kuning dibabak penyisihan dianggap bersih dari kad kuning apabila memasuki separuh akhir. Selama pemain tidak melakukan kesalahan dalam waktu ini, maka dia juga akan terselamat dari ancaman kad merah.

9. Kad Merah
Kad yang diajukan pengadil kepada pemain yang melakukan kesalahan untuk kali kedua. Jika kad ini diperolehi, maka pemain tersebut harus berhenti bermain dan keluar padang. Yang kesiannya, pemain ini juga tak boleh beraksi untuk satu pertandingan berikutnya.

10. Kasut Emas
Anugerah yang diberikan kepada penjaring gol terbanyak dalam satu putaran perlawanan.
11. Kick Off
Tendangan pertama sebagai pembuka dalam satu pertandingan.

12. Man Of The Match
Gelaran buat pemain terbaik dalam satu perlawanan.

13. Transfer
Istilah yang digunakan ketika pemain dipindahkan dari satu kelab ke satu kelab yang lain.

(Credit to : YEZZ! Jun 2010)

Macam mana kawan2x?? Dah kuasai ker? Waah! Lepas nie tak der lah kita pening-pening lalat lagi bila dengar pihak lain menggunakan istilah-istilah ini. Bravo!

Bagi mereka yang tetiba nak tahu pasal jadual penuh perlawanan boleh la usha kat sini yer.

3 comments:

fatanahzakirah said...

cik syana,3 hari lagi!!jum kita tgk sme2 n semaikn minat tgk bola neh..world cup is ROCK!hihi

SyaNa_SaN said...

hye ct,

I bukan football fans cam u lah.. Tengok ciket2x tu bleh arr.. tyme goal jer.. Wakaka. Raiz n Abah dah demam2x dah nie =)

Unknown said...

baru ku tahu. hik3. yela slama nih x paham spatah haram pon