Tuesday, June 15, 2010

Celoteh Kehidupan *-* Sembang punye sembang rupanya tersalah orang!! OMG

Salam ingatan...

Fuhh! Masa nak mulakan penulisan entry kali ni, Syana terpaksa tarik nafas dalam2x. Malu weihhh mengenangkan kejadian dua hari lepas yang berlaku secara tak sengaja ni. Yoyo oo jer Syana bersembang sakan ngan budak tue, ingat ker rakan lama, tup tup tersalah orang. Alohhhhh. Malunya!!! ^-^ (Tutup Muka)

Pipi Merah Jambu. Blushing.. Blushing!

Al-kisahnya begini.. Kononnya Syana telah dipertanggungjawabkan untuk mengendalikan sebuah reunion. Reunion tersebut akan melibatkan rakan-rakan persekolahan semasa menengah rendah dulu. Nak dijadikan cerita, selama ni kami hanya berhubung antara satu sama lain melalui alam maya. Ianya tak lain dan tak bukan melalui facebook lah kan. Hoho.

Seminggu sebelum reunion nak diadakan, Syana dah dapat feedback through facebook dari dorang semua. Adalah beberapa kerat dari kami yang dapat datang. Hoho. Tak kisahlah pasal tue. Sebab reunion nie kecik2x jer. Yang reunion sebetulnya akhir tahun nanti... Ok. Sambung balik cerita.

1-2 hari before dat reunion nak diadakan, keadaan dah start nak jadi huru-hara. Line tenet kat area kami benar2x problem besar. Tak dapat nak online cam selaloo. Syana dah sure lah cuak. Kalau semua pun tak dapat nak communicate wif each other, cam mana nak kasi update info pasal reunion tue. Hoho. No h/p mereka tak ramai pown yang Syana ada. =(

Jadi sebagai penyelesaiannya, Syana terpaksa call sorang demi sorang untuk dapatkan h/p no. rakan2x yang nak pergi reunion tuh nanti. Penat jugak lah mendail. Rakan pompuan tak jadi masalah sangat. Sebab mereka still akrab antara satu sama lain. Yang jadi masalahnya budak laki. Aduii! Payah sunggoh nak mencari contact no mereka. Rasa nak wat announcement guna buletin TV3 jer. Boleh tak? Itupun kalau TV3 nak layan lah kan. Berangan jer lebih. Dush2x.

Sampai lah satu ketika nie, Syana dapat no sorang kawan lelaki ni. Namanya Apeq. Seb baeq. Menerusinya, Syana mintaklah contact no beberapa orang rakan lelaki yang laen. Yang bestnya dia cakap dia ada contact no diaorang semua. Waahh.. Bagus2x. Senang siket keje Syana. 

Jadi Syana pun meneruskan operasi menelefon ex-classmate lelaki pulak. Jejak mereka satu persatu. Semuanya based on no. phone yang kawan Syana kasi tue. =) Sehinggalah...


[Panggilan telefon ini telah diubah suai bahasanya untuk memudahkan pemahaman anda]

"Heloo. Assalamualaikum.... "

"Salam. Saper nie?"

" Nie Aliff ko? Sya nie." (Sya tue salah satu nama panggilan untuk Syana)

"Sya? Sya mano erk??"

"Sya.. Syazana. Oloh Alif tak ingat doh kito."

"Syazana?! Maaf dehh. Tok ingat sengoti ni."

"Nur Syazana Mohd Nasser. Sekelas dengan awok zaman kechik2x mulo. Takkan tok ingat langsung. Cuba ingat molek!"

"Aduhh. Tak leh nak cam demo ni. Bakponyo telefon sayo?"

"Dok eh. Nak tanyo awok pasal reunion esok jah nie. Gano?? Buleh pergi dok?"

"Eh.. Reunion mano nah? Maaf lar. Tok leh nok gi lar. Kijo esok."

(Tyme ni Syana dah mula rasa pelik. Sebab Alif cam tak tahu apa2x langsung pasal reunion. Walhal dia antara mereka yang bersungguh nak adakan reunion kali ni. Siap dah bagi persetujuan nak pergi lagi. Pelik!)

"Hmm... Tak tahu lagi sama ada Air Terjun Lata Tembakah atau Bukit Bako. Kiro picnic lah. Bakar2x ayam semua. Tapi makanan tak yah risau. Budak pompuan dah bagi tugas masok. Beyeh doh! Tinggal awok bawok duit jah. Haha. Kijo ko loni?? Tak pernah tahu pun! Kijo mano??"

" Kijo kat UiTM Mache nie jah. Sedapnyo sek dio g picnic. Tapi tu lah. Sayo kijo esok.. Kirem salam lah blako deh."

"Kijo hari2x ko?? Huhu... Tapi kan Alif, Sya rasa pelik lah. Cam ada sesuatu yang tak kena. Betul ko nie Alif??

"Betul lah. Alif lar nie."

"Tapi bakpo suara awok beruboh. Seingat saya dulu, suara awok laen!"

"Gini jah suara kawE dari dulu."

"Jap2x. Awok nie Alif Ikram ko?? Ker Alif lain??"

"Alif Ikram?! Bukan lah."
"Ops!! Jadi awok nie Alif Iswan ker??" 

(Sebab seingat Syana ada lagi sorang budak sekolah kami bernama Alif Iswan.)

"Pun bukan!"

"Jadi.. Nie Alif mano nie?! Maaflah awok. Sayo salah orang lah. Nie Apek lah nie kasi no. awok pada sayo. Sayo mintak no. Alif budak kelas kami dulu. Apa pasal pulak ler no. awak yang dia kasi. Memang nak kena lah si Apek nie.. Ishhh! 

"Ohh.. Yer ker."

"Hahahha. Memang patutlah awok tak kenal sayo. Sorry banyak2x yer! 

(Syana sajer jer gelak panjang2x. Nak tutup rasa malu teramat. *-* )

"Haha. Ok. Tak per."

"Ok lah awok. Bye!" 

(Sepantas kilat, Syana terus tekan butang merah kat h/p.)

APEXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX

Aghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh

Nie semua Apex punya pasal lah nie. Sebab dia lah Syana malu besar hari tue. Aduhh. Mana nak menyorok nie. Dah terketar-ketar tangan. Sejuk dowh!!

Kalau Syana jumpa apex memang siaplah dia dikerjakan. Yang dia kasi no. kawan dia yang bernama alif tue nak wat hape?! Tak der connection langsung ngan Syana. Yang Syana mahu, contact no. Alif Ikram ok! Aduhh.. Itu pun leh salah ker. Tengok sekarang!! Saper yang malu besar? Dah le Syana kasi tahu nama penuh kat dia. Mangkuk hayun tiga tingkat sunggoh!

Sabar Syana sabar. Cool. Tak malu pown. Bukan disengajakan. (Pulihkan diri sendiri)

Sekali lagi, Syana harus tarik nafas dalam2x sebelum menamatkan entry kali ni. Wee

2 comments:

The Hetzel said...

adoyy.klaka giler..sronok2 bantai borakk,las2 silap org adoyy

SyaNa_SaN said...

hye the hetzel,

taw tak per!! malu giler beb. Harap2x dia tak tanya siapa saya kat apeq.. kalau tak, conperm lagi malu.