Tuesday, June 1, 2010

Celoteh Kehidupan *-* Suwey Berhenti Tengok Orang Accident

Salam ingatan...

Haa?? Berhenti tengok orang laen accident pun bleh dapat bala?? Biar betul?

Ini kisah benar. Telah menimpa seorang rakan. Gara-gara berhenti sekejap nak tengok orang accident kat atas jalan raya, dia dapat bala yang.. fuhhh.. memang tak patut!! Yalah, siapa sangka niat untuk jadi manusia prihatin telah bertukar tragedi yang tak mungkin dilupakan rakan saya ini. ^-^


Kalau kat Malaysia bumi bertuah nie, perkara normal lah kalau ada accident mesti ramai yang nak membantu. Ataupun setidak2xnya memperlahankan kenderaan bagi mengambil tahu sedikit sebanyak tentang kemalangan yang terjadi. 

"Apa berlanggar dengan apa?? Teruk ker?? Ada orang mati tak?"

Itu antara soalan-soalan yang menerjah fikiran pengguna jalan raya di Malaysia apabila terjadinya sesuatu kemalangan. Al-maklumlah, rakyat Malaysia kan prihatin. Suka ambil tahu tentang sekeliling (Ini tabiat baik ker buruk ntah? Lu pikirlah sendiri!)

Dah dah. Cukup-cukup2xlah melalut Syana. Jom kembali semula kepada tajuk entry.

Pernah tak korang dengar pasal mitos macam nie. Kalau korang berhenti tengok orang accident maka korang akan ditimpa bala. Kononnya roh2x mangsa kemalangan yang tak tenang tue boleh mengikut kita pulang rumah dan menganggu keharmonian hidup kita.. Fulamak.. Sila jangan percaya!! Boleh songsang akidah nie.

Yang kes kawan Syana nie, bala yang menimpa dia bukan pasal kena kacau roh mangsa kemalangan ke haper.. Tapi pasal kena kacau dengan manusia yang masih bernyawa. Haha. Namanya abang polis trafik. Sebab terlebih anxious sangat nak tahu pasal kemalangan yang terjadi malam tue, kawan Syana nie disaman abang polis trafik selepas memberhentikan seketika kenderaan di bahu jalan. Menggeletar jugak ahh bila kena tahan ngan polis. Apa lagi, tanpa kasi muka, abang trafik tu melayangkan sehelai surat saman ke arah kawan Syana ni. Atas surat saman tu tertulis begini..
  
KESALAHAN: MENGHALANG LALU LINTAS
 
Amek pi!! Kan tak pasal2x kena buat amal jariah, menyedekahkan wang kepada Polis Trafik Kelantan. Kalau isi minyak kereta pown dah penooh satu tank!! Nasib badan lah.

Lepas dah kena saman nie apa lagi. 2 hari 2 malam si kawan Syana nie mengomel. Tak henti-henti merungut. Katanya lepas nie sah-sah dia tak nak amek tahu dah kalau ada orang accident ker haper ker! Dia malas nak amek kisah. Nak mati ker haper ker dah tak der kaitan dah ngan dia. Aduyai. Relax lah bro! Baru kena saman sekali takkan dah gelabah tak tentu pasal kowt.. =)

Tapi yerlah. Nasib badan dia lah. Kawan Syana yang lagi sorang berhenti jugak kat situ. Tapi tak der pulak kena saman. Huhu.

Tetibe, sedang kami berkumpul, ada satu suara menjerit dari belakang...

"SUWEY la tuhh!!" 

3 comments:

Faisal Abdullah said...

problem jgk bila ada accident je,semua pakat2 berhenti nak tgk..jam lah jadinye.

SyaNa_SaN said...

hye faisal,

Syana rasa maybe sebab tu lah kowt kawan saya tu kena saman. Hhaha

SyaNa_SaN said...

hye faisal,

Syana rasa maybe sebab tu lah kowt kawan saya tu kena saman. Hhaha