Salam ingatan..
Kalau Mr.Kazirinkato baca title entry nie, sila jangan heart attack yer! Itu memang kata2x kat header blog awak. Saya nak mintak izin guna kejap nie. Sebab ianya memang "cantik,tertarik,menarik kau memang da BoM".. Ahaaa. Halal yer?? Sebagai balasan saya kasi promosi siket..
Readers semua! Jom terjah blog milik Mr.Kazirinkato.
"Cerita Sekupang" Pasti tak rugi =) Wee..
Ok. Berbalik kepada topik asal entry.
Duet sekupang..
Nilainyer sangat kecik. Memiliki sekupang dalam dunia sekarang nieyh samalah macam tak memiliki apa-apa. Yer lah. Apa lah yang boleh dibelanjakan dengan sekupang jika hendak dibandingkan dengan nilai mata wang hari ini.
Kalau zaman Syana kecik2x dulu, sekupang nieyhh boleh lah lagi dibeli gula2x dua biji. Kalau tak pown dapat beli mamee yang paket comey2x tue. Atau kalau nak lagi best dengan berbekalkan sekupang zaman tue, Syana dapat beli aiskrim pong! (waahh..rindu nak makan aiskyem pong color pink dari kedai leong sambil lepak atas bumbung gelongsor yang macam istana tuhh.. senget!!)
Tapi hari ini, berapa kerat sangat lah gula2x yang harga 5sen sebijik. Semua pun dah dikasi packaging lawa2x.. Jual dalam bentuk tube panjang lah, apa lah. Transformasi konon!! Lepas tue jual mahal2x. Hmm. ^-^ Kalau setakat ada sekupang tuhh, kyem salam jer lah yer!!
Apalah sangat nilai sekupang...
Sedangkan budak2x kecik yang baru tiga empat tahun tuhh pown dah tak pandai mengomen bila dapat duet raya kertas biru bernilai seringgit.
"Apalah atuk nie... Seringgit jer?? Apa class seringgit tok!"
Amboi.. Budak sekarang. Demand ke main. Orang bagi tue terima jer lah. Siap komen bagai. Bukannya nak berterima kasih. Kalau anak Syana nanti bagi statement macam tuhh memang syana marah dia cukup2x.. (weickk.. macam la diri tuh reti sangat nak marah orang).
Ok.. Itu kes satu ringgit Malaysia. Kalau budak2x nie diberi sekupang agak2x korang cam ner reaksi mereka yer. Dahi berkerut beribu ker?? Mulut bermuncung itik ker?? Atau adakah diambil duet sekupang tersebut???? Korang yang bijak pandai nieyhh wat lah andaian sendiri yer..
Sebenarnya, empunya diri yang menulis nieyhh pown dulu tak pandai nak menilai erti Ringgit Malaysia sekupang. Sehinggalah mengalami satu pengalaman yang buruk.
Ceritanya bermula begini....Pada suatu hari (awak ingat nie buku cerita kanak2x ker Syana oii) , Syana telah menyertai sebuah kem remaja. Biasalah kan.. kat dalam kem mesti ada banyak game. Cuma satu game jer yang benar2x melekat dalam tempurung kepala syana nieyhh..
Game tuhh main dia senang jer. Mula-mula sekali, kita semua kena buat satu bulatan besar. Sebab kami tersangatlah ramai (dalam 100 orang gitu), jadi bulatan yang terbentuk tuhh memanglah tersangat-sangat gedabak. Lepas tue, setiap peserta diminta menghulurkan sebelah tangan ke hadapan. Maka, berjalan2 lah para fasilitator kepada setiap orang dari kami.
Boleh agak tak apa yang cik kak n cik abang-cik abang fassi tue buat kat kitaorang??
Klu: Diaorang pegang marker berbagai2x warna..
Jom kita tengok siapa yang kena!! (Tone: ala2x suara Ibrahim Pendek dalam Ali Baba Bujang Lapok)
oK.. Jawapannya tangan kami semua diconteng!! (Ciss.. dah ler dengan marker..) Para fasi kem tuhh conteng tangan kitaorang dengan nilai wang. Kiranya macam letak tag harga untuk setiap sorang lah. Nilai2x wang yang diaorang bagi adalah antara 1 sen, 5 sen, 10 sen, 20 sen, 50 sen dan RM1.
Ramai jugak yang diberi harga diri dengan nilai2x ciput bawah seposen. Dalam 1/2 dari jumlah peserta gituu. Tapi Syana diberi harga Rm0.50 taw. Walaupun bukan seringgit tapi punyalah kembang semangkuk bila diri bernilai tinggi. Siap kutuk2 kawan2x kat kiri-kanan yang murahan. Aduhh. Buruk nyer perangai!!
Lepas diri setiap individu dah mendapat contengan-contengan manja masing-masing, permainan diteruskan. Kali nieyhh kami kena cari pasangan (tak kisahlah pasangan dua sejoli ke, tiga sejoli ker malah pasangan 10 berjoli-joli sekalipun) sehingga hasil tambah nilai diri pasangan kami membentuk nilai wang yang akan disebutkan oleh seorang abang fasi yang menjerit dari atas pentas. Dengan penooh confident, Syana semangat mahu memulakan permainan. Al-maklumlah harga diri I tinggi. Pasti ramai yang akan berebut2kan I punyer. Jangan jelez si murahan!
Maka selepas nilai wang dilaungkan dari atas pentas, semua orang pun berpusu-pusulah cari pasangan yang secocok. Nilai wang pertama yang disebut ialah dua ringgit enam puluh lima sen (Sebenarnya, masa tulis entry nie, Syana dah tak ingat nilai sebenar yang disebutkan. Korang anggap jer lah nilai ni yer).
Dengan itu, berpusing2x Syana cari pasangan Syana. Jumpa tiga empat orang. Tapi masih tak cukup. Sekejap tak cukup 20 sen. Sekejap tak cukup 5 sen. Aduhh.. Tengok orang lain ramai dah berlari2x ke pentas. Dah cukup duet lah tue. =(
Toop2x wisel dibunyikan. Masa dah habis lorr..
Saper tak dapat selesaikan game lagihh kena kentut ketampi 5kali.. Memang lah 5 kali jerrrrr. Tapi malu nyer teramatlah, perghhh!!
Game diteruskan lagihh bagi mereka2x yang dah kena kentut ketampi tadi. Kali nie nilai wangnya RM2.29. Syana dengan pasangan2x yang dah sedia ada pown p lah cari duet. Yang penting kat sini ialah seseorang yang bernilai 5sen dan 4 orang yang bernilai 1sen. Giler sakit hati. Susah kowt nak cari nilai2x kecik. Menjerit2x syana cari jodoh. Adess.. Semua orang pun nilai besar2x. Kalau ada yang bernilai kecik pulak tak cukup dengan duet yang abang fasi suruh cari. Memang frust nonggenglah.
Sebab masih tak jumpa pasangan sehidup semati, sekali lagi syana didenda kentut ketampi. Orang yang tak selesaikan game tinggal tak sampai separuh pun lagi. Dalam 40 orang jer lagihh lebih kuang. Means, ada 60 orang tengah gelak2xkan kami buat kentut ketampi. Bayangkan sendiri lah malu nyer cam mane?? Maruahku sungguh tercalar-balar saat itu.
Game diteruskan lagi. Nilai wang seterusnya yang perlu dikumpulkan ialah 4 ringgit 7 puluh satu sen. Kali nieyhh semua orang memang main dengan semangat juang kamikaze askar jepun. Melolong-lolong kami promote harga diri. Tagih simpati dari satu kumpulan manusia berkumpul ke satu kumpulan lagi. Keadaannya tak ubah macam orang cacat yang mintak sedekah nasi sesuap mulut. Waktu tuhh hanya tuhan yang tahu perasaan Syana. Malu dengan kawan2x lain yang dah selesaikan game. Sedih dengan nasib diri yang mahal tapi tak dihargai kehadirannya. Sakit hati dengan manusia2x yang taknak pada team saya.
Peluh tak yah cakaplah kan. Basah lencun satu badan mengiklankan diri. Air mata dah mula nak menitis bila orang lain tak nak amek kita as their team member walhal harga diri kita tinggi. ='( Tahan syana. Tahan.
Begitulah keadaannya sampai beberapa kali. Peluang pencarian pasangan sepadan yang terakhir baru lah Syana dapat selesaikan game. Tuh pun jenuh jugaklah nak mengumpulkan nilai RM9.12 yang dimintak. Pasangan Syana terdiri daripada 5 orang bernilai RM1, 8 orang bernilai RM0.50 (termasuk saya lah nie), 1 orang bernilai RM0.10 dan 2 orang bernilai satu sen. Yang nak cari sekupang tue lah yang paling mencabar sekali. Weee.
Kesimpulannya, walaupun duet tue cuma sekupang, tetapi ianya sungguh berharga.
Sama jugaklah macam hidup kita. Jangan sesekali kita pandang hina dekat orang lain yang lebih rendah martabatnya dari kita. Walaupun mereka nie bukanlah yang paling gah, yang paling orang impikan atau yang paling bagus. Tapi, suatu hari kita akan tetap cari mereka untuk memberikan faedah semula kepada kita. Walaupun kedengaran hipokrit. Tapi tu lah realiti hidup. Suatu hari kita tetap perlukan 'tukang angkat najis' untuk pastikan keselesaan kita.
4 comments:
nana penah main game nih time orientasi. syok. mmmg kecoh la sume duk menjerit pggl org lain :D
hehhe.. best kan? mmg xleh lupe lah. nana maen menang tak??
assalamualaikum...trima kasih sudi promote blog sekupang ek...nice entri....terharu pun ada gak...hehe...thanks again...
http://www.ceritasekupang.blogspot.com/
salam kazirinkato..
u're so welcome. teruskan menulis entry yg best2x ye!!
Post a Comment