Thursday, April 29, 2010

Celoteh Kehidupan *-* Dua kali paip air mata bocor hari ini

Salam ingatan...

Air mata begitu mudah sekali mengalir keluar dari kelopak mata Syana hari ini. Ohhh. Sudah kering kontang jadinya. Masih berbaki lagikah cecair putih itu untuk kegunaan hari mendatang??

Matahari belum lagi berdiri tegak 90 darjah di atas kepala tika itu. Tapi air mata ini sudah deras mengalir saat menghayati sebuah filem barat di HBO. Aduhh.. Sungguh perit perjuangan yang dilalui oleh mereka hanya demi untuk mendapatkan hak sama rata kaum wanita. Jikalau saya berada di kalangan mereka pada tika itu adakah saya jugak mampu sekuat dan setabah mereka?? Mudah-mudahan dengan izin Allah.


"IRON JAWED ANGELS"... Itulah tajuk yang diberi untuk filem yang dibintangi oleh Hillary Swank dan Frances O' Connor. Filem yang diterbitkan pada tahun 2004 ini pernah memenangi beberapa anugerah besar termasuk 1 anugerah di Emmy Awards 2004 bagi katogeri Outstanding Supporting Actress In A Miniseries Or A Movie (Angelica Huston). 

Bagaimanalah saya boleh terlepas tonton filem ini?? Aduhaii.. Tak apalah. Yang pasti filem ini memang 'kuat' biarpun berlatar belakangkan tahun 1920-an. 

Antara babak dalam filem Iron Jawed Angels

Lead, Follow or Get Out of the way

Di awal cerita memang tak da babak touching2x ni. Semakin lama tonton, plot cerita makin tragis. Mula-mula sekadar sebak jer. Tapi..oohhh.. akhirnya titisan jernih bagaikan mahu berlumba-lumba keluar seperti paip bocor. Tak dapat tahan tangisan lebih lama lagi dah bila nengok penderitaan para pejuang hak mengundi wanita di dalam penjara. Kena paksa makan dengan paip dijolok ke dalam anak tekak. Oh.. sengsara sekali.

Bila tiba malam hari pulak, air mata yang tadinya sudah berhenti mengalir bocor kembali. Kali ini bila menonton talkshow Jangan Tidur Lagi yang mengisahkan tentang saat-saat akhir arwah Achik Spin kat tv3 sebentar tadi. Aduhh sekali lagi. Memang tak dapat tahan air mata saat mendengar achik berduet bersama Nana mendendangkan lagu2x kenangan cinta. Habis terimbau segala kenangan manis zaman tak cukup matang kat sekolah dulu. Alahai Syana!! =(

Tuesday, April 27, 2010

Celoteh Kehidupan *-* Tolong ingatkan saya tonton Jangan Tidur Lagi malam esok.

Salam ingatan...



Pasti ramai yang sudah tahu dengan kematian Achik Spin pada 17hb April yang lepas bukan???

Terkejut benar syana masa mendengar khabar kematian arwah di buletin utama malam tersebut. Arwah meninggal akibat nahas jalan raya di antara Lebuhraya Kajang-Seremban (LEKAS) semasa dalam perjalanan pulang ke rumah keluarganya di Negeri Sembilan. Selaku peminat rasa macam tak percaya pun ada. Apa pun takziah buat keluarga Achik terutamanya isteri arwah. Moga tabah menghadapi pemergian suami tersayang.

Waktu muda remaja suatu ketika dulu (rasa macam skarang ni dah tua benar ajer!!) lagu-lagu kumpulan Spin memang menjadi siulan ramai. Populariti achik terus melonjak naik selepas itu apabila muncul berduet bersama Nana (Siti Nordiana) pula. Lagu-lagu romantis nyanyian pasangan  itu mendapat perhatian dari banyak pihak baik media mahupun peminat. Tidak berlebihan jika Syana katakan mereka adalah pasangan duet yang paling ideal ketika itu.

 Antara bait-bait lagu duet mereka yang masih mekar di ingatan Syana adalah...
 "Tiada ku sangka
Bola-bola api
Yang sedulunya kecil dah menjadi besar
Begitulah jua
Harapan padamu 
Yang sedulunya kecil dah menjadi besar"



Jadi sebagai ingatan terakhir, syana teringin sangat mahu tonton talkshow Jangan Tidur Lagi di TV3 malam esok. Untuk siaran minggu ini program bual bicara tersebut  menampilkan arwah achik sebagai tetamu undangan. Rakaman program ini merupakan antara detik-detik terakhir arwah bernafas di Bumi ciptaan Tuhan.

Ohh..ya. Kalau mahu tonton jugak buka saluran TV3 malam esok jam 11.00 malam. Andai saya terlupa ingatkan saya yer!! =) Mekasih

Ukiran Ilham *-* Bila Hidup Ada Kenangan

Salam ingatan...

Bila hidup ada kenangan
Kamus aku tiada istilah sunyi
Dan saat satu persatu lembaran itu terungkap
Yang termampu hanya sekadar mengulum senyum sendiri.

Apabila hidup ada kenangan
Setiap yang indah aku rindu
Setiap yang lucu aku damba
Sungguh damai rasa itu tika bersama
Bergurau bercanda tiada kenal batasan masa
Menangis bercerita demi hapus hiba di dada.

Bila hidup ada kenangan
Aku tidak kisah untuk terus melangkah
Kerna aku tahu kau sentiasa bersama aku
Menyokong kiri dan kananku
Jua hadapan dan belakangku
Sepertimana kau yang dahulu..

12.20 pagi
27 April 2010
Ruang Keluarga

Monday, April 26, 2010

Senduk Vs Sudip *-* Prawn Butter

Salam ingatan..

Sebelum kita tengok lagi satu resepi... Syana nak tanyalah siket (banyak sebenarnya)..
Gi mana?? Dah mencuba ker masak tomyam tanpa guna perencah tue??
Dah pro dah??? Sedap ker jadinya??

This time jom cuba resepi udang masak mentega pulak atau bahasa inggerisnya PRAWN BUTTER. Memang sedap hingga rasa nak masak hari2x. Boleh tak??

RESEPI UDANG MASAK MENTEGA
(6 orang makan)

Nie pic 1st tyme try. Kurang garing cket. Hoho =(

RAMUAN MASAKAN
750g udang 
200g mentega
4 pelepah daun kari (semestinya dibuang tangkai)
5 biji cili api (kasi lagi berasap telinga lagi bagus. haha)
5 ulas bawang putih (dicincang)
4 biji kuning telur
150ml susu cair penuh krim
++ 1 sudu besar garam
++ 1 sudu teh gula

PROSEDUR MASAKAN
1. Pertama sekali, sila perap udang dengan garam untuk seketika.
2. Kemudian, goreng udang yang telah diperap dalam minyak panas sehingga bertukar warna.
3. Toskan udang tersebut.
4. Kuning telur dan susu cair dipukul bersama sehingga kembang.
5. Panaskan kuali, masukkan mentega dan biarkan ia cair secara perlahan-lahan.
6. Selepas anda pasti yang kuali tersebut benar2x panas, tumis bawang putih.
7. Seterusnya, masukkan cili api. Kacau sebentar.
8. Masukkan bancuhan kuning telur dan susu cair ke dalam kuali. Kacau hingga mula pekat.
9. Bila dah pekat, masukkan daun kari, udang goreng, gula dan garam. Kacau lagi hingga bersarang dan garing.
10. Tuang masakan ke penapis dan biarkan mentega sejat sebentar sebelum dihidang.

Ikan kembung Ikan Selar,
Di dalam laut berlumba-lumba,
Tidak tahu sila belajar,
Sudah tahu sila cuba.

Belajar Bahasa Kelantan Secara Percuma *-* Sesi Pembelajaran 1

Salam ingatan..

Sebelum sesi kelas kita bermula apakata kita preview semula apa kata penulis tentang kolum ini
5) Belajar Bahasa Kelantan Secara Percuma *-*
Kolum nie bunyi cam best kan??!! Ramai sangat kawan2x kat sekolah n kolej yg jadikan Syana sebagai kamus bahasa kelantan bergerak. Jadi dari situ syana terfikir yang kolum ini memang patut diwujudkan kat SiFI. Untuk kamoo-kamoo di luar sana yang ada admire gadis2x atau teruna2x dr negeri cik siti wan kembang maka kolum ini memang wajar untuk kamoo ikuti. Buat masa ini, Syana dah tetapkan untuk keluarkan 1 sesi pembelajaran bahasa kelantan dalam seminggu. Satu sesi akan ada 5 perkataan. Jadi sebulan anda akan belajar 20 perkataan. Banyak tue!!
Sekarang amacam?? Dah sedia untuk belajar 5 words kelantan??

Sedia.. 1..2..3.. Mula

Eh.. Japjap. nak gitau nie. Sebutan untuk huruf 'e' begini ialah emak. Tapi 'E' begini pula disebut seperti Esok.

1) Royak = Beritahu / Kata / Omong
Contoh penggunaan ayat: "Mu royak lah sendiri yer", usul Ali kepada Abu.

2) ToksE = Tak nak / Tak mahu / Takmbuh
Contoh penggunaan ayat: "Saya toksE kahwin dengan dia", kata Ali kepada Abu.


3) NgoksE = Merapu / Mengarut
Contoh penggunaan ayat: "Kalau sehari tak ngoksE tak boleh ker haa??" jerkah Ali kepada Abu.

4) Bakpo = Kenapa / Awat
Contoh penggunaan ayat: "Bakpo dengan mu ni?? Macam suami hilang bini jer??" tanya Ali kepada Abu.

5) Gano = Bagaimana / Macam mana
Contoh penggunaan ayat: "Gano lah aku nak pujuk gewe aku nieyhh!" keluh Ali kepada Abu.

5 words di atas ini boleh dikategorikan sebagai perkataan mudah. Syana yakin ramai yang dah tahu. Tapi biasalah sesi pertama, kenalah bermula dengan sesuatu yang senang dulu.

Sampai ketemu lagi di lain sesi minggu hadapan. Praktis jangan tak praktis!!

Sunday, April 25, 2010

Bicara Tentang Cinta *-* WAJIB ADA pada Teruna Idaman Syana

Salam ingatan..

Syana menggelarkan bakal suami itu sebagai teruna idaman. Jadi apa yang wajib ada pada teruna idaman Syana sama ertinya dengan apa yang wajib ada pada bakal suami Syana. Apa yang wajib ada??


Entry ini adalah sekuel kepada salah satu entry SiFi bulan lepas.
Sila tekan link di bawah untuk membaca entry tersebut.

Saya bukan mahukan seseorang yang perfect 100%. Kerana tiada manusia yang diciptakan oleh Nya itu cukup lengkap dari segala penjuru. Setiap seorang dari kita di atas muka Bumi ini pasti ada juga kelemahan yang tersendiri. Bezanya cuma ada di antara mereka yang bijak menyembunyikan kelemahan dan menyerlahkan kekuatan diri. Kerana itu golongan sebegini sering dikagumi oleh manusia lain. 
"Ingat satu perkara sahaja...Yakinlah pada diri"
1. Jadi ciri pertama yang wajib ada pada si teruna idaman adalah yakin dengan apa yang ada pada diri. Syana dah bosan mendengar ayat2x begini dari lelaki "Saya nie miskin.. Saya nie hodoh..Saya ini bodoh.. Saya ini macam2x lagilah." Hellooo.. Kalau kamoo sudah tidak yakin dengan kelebihan yang ada pada kamoo dan sering menjaja kelemahan kamoo maka kamu fikir bagaimana orang lain mahu yakin pada diri kamoo. Bagaimana orang lain mahu menganggap bahawa kamoo ini istimewa?? Dan yang paling penting bagaimana saya sebagai pasangan kamoo mahu merasa yakin untuk berdampingan dengan orang2x seperti kamoo??  


2. Tapi tolong jugalah dijauhkan si teruna saya dari golongan yang bangga diri. Janganlah ada sifat begini pada kamoo kerana ianya sifat mazmumah yang semestinya perlu dijauhi. Syana benar2x tak dapat terima apabila ada jejaka yang sibuk mencanang jumlah aset yang dimilikinya biarpun pada awal perkenalan. Kaya itu tak salah tapi bersederhanalah.


3. Saya juga mengharapkan bahawa si teruna saya nanti adalah seorang yang skema. Skema di sini bukan beerti si teruna perlu berkaca mata tebal. Ya... Benar. Lelaki berkaca mata tebal kelihatan skema tetapi itu belum cukup untuk mengkategorikan mereka sebagai jejaka skema. Skema itu luas tafsirannya buat saya. Pada saya seorang teruna yang skema adalah seorang yang sentiasa mematuhi peraturan baik peraturan dunia atau peraturan Allah kerana saya tahu  jika saya berdamping dengan orang sebegini saya juga bakal selamat baik di dunia ataupun di alam yang satu lagi.

Cukuplah dahulu tiga ciri wajib buat tatapan pembaca. Entry ini bakal bersambung lagi. 
Sampai ketemu semula.

Saturday, April 24, 2010

Senduk Vs Sudip *-* Jangan asyek nak guna Perencah Tomyam ADABI jer!!

Salam ingatan...

Ini entry SiFi under kolum Senduk Vs Sudip *-* yang pertama. Jadi hari ini Syana hanya mahu berkongsi Resepi Tomyam Campur kaw2x.

Helloooo..... Apa gelak2x??!! Ingat semua orang reti ker nak masak tomyam ha?? Alah.. Kalu reti tapi setakat guna perencah tomyam Adabi (atau jenama2x laen) baik tak payah. Ya. Memang Betul! At least korang retilah jugakkan dari mereka yang tak reti langsung.


Tapi.. Cuba korang fikirkan erk?! Skill memasak tomyam guna perencah tuhh tak leh nak dibanggakan pun terutamanya di hadapan bakal mentua korang. Silap2x hari bulan, terus kena reject ngan bakal mentua gara2x dicop 'gadis pemalas'. OPS!! Ada yang terasa ker?? Ataupun ada yang dah pernah terkena??

Pisang mungkin boleh berbuah dua kali. Tapi semuanya bergantung kepada diri kamu semua sendiri. Kalau rasa nak berubah, jom try resepi tomyam campur Syana kali ni..

RESEPI TOMYAM CAMPUR 
(6 orang makan)


RAMUAN MASAKAN
2 biji Cili Merah
5 biji Bawang Putih
5 biji Bawang Merah
1-2cm Halia
3 gelas besar Air
5 batang Serai
Tiga sudu besar Garam
White Pepper
5 keping Daun Limau Purut
2 biji Limau Nipis
 2 biji Tomato
1/2 batang Carrot
Ayam, Sotong dan Udang
Kubis Bunga
Kubis

PROSEDUR MASAKAN
1. Blender cili merah bersama secubit garam.
2. Tumis bawang putih, halia dan bawang merah yang sudah siap dicincang.
3. Kemudian, masukkan cili merah yang sudah siap diblender tadi ke dalam periuk.
4. Masukkan 3 gelas besar air dan serai (yang telah dibelah dua dan diketuk).
5. Sebagai perasa, masukkan sebiji tomato yang telah dipotong dadu.
6. Selepas itu, masukkan isi ayam. Beberapa ketika kemudian, masukkan pula carrot dan kubis bunga.
7. Ini diikuti pula dengan udang, sotong dan kubis.
8. Paling penting, jangan lupa untuk masukkan daun limau purut. Kalau tidak bukan tomyam namanya.
9. Sebagai perasa tambahan, letakkan pula garam (lebih kurang 3 sudu besar) dan white pepper (mengikutcitarasa masing2x)
10. Tutup api. Dan perahkan asam limau nipis.
11. Yummy. Dah siap. Bolehlah juga dihidangkan bersama cili api, bawang goreng dan daun bawang.

Mudahkan. Jadi...apa yang ditunggu lagi??!! Ucapkan selamat tinggal kepada perencah tomyam. Jadi gadis melayu sejati dan SELAMAT MENCUBA!!

Celoteh Kehidupan *-* LaDies Nite yang Bertukar MenJadi LaDies N BacheLoR Nite

Salam ingatan...

Dari pagi semalam ada ajer yang tak kena. Adush.. Ada ke patoot si Rusydan (ADEQ) tuh datang bilik saya dan mengeluarkan soalan yang berbunyi begini.

"Kak Long.. Abah suh tanya nak pergi tak KB?? Abah nk singgah UiTM kampus kota jap nak amek exam paper..."

Dengan suara separuh terjerit saya n nadyah memberikan jawapan...
"NAKKKKKKKKKKK..."

"Kalau nak pergi siaplah cepat. Semua orang dah siap dah. Tinggal korang berdua jer nieyh."

Damn!!! Kenyataan yang membunuh. Gila ke haper?? Kami nak siap paling kurang sejam. Cakap lah awal2x. Dah nak pergi baru nak gitahu. Ingat nak pergi pasar tani sebelah umah ker haper leh pakai baju tidoo jer?? (Pernah ker Syana p pasar tani pakai baju tidooo??? ohh.. sungguh parabola)

Tapi.. sebab nak pergi jugak Syana n Neddy sepantas jalur lebar celcom pergi lah mandi n bersiap.  Mandi ajer dah 10 minit sorang (paling pantas lah tue). Tak masuk bab pilih baju n berdandan lagi. Aduhh. Memang jalur lebar celcom. Slow n steady!!

Toop toop.. mana kami pergi nak tahu?? pasar siti khadijah!! ohh.. dah ter'over' dress. Waklu masuk pasar pakai dress lawa2x.. Aduhh untuk kali kedua!

Akibat tak breakfast lagi akibat terkocoh2x, kami singgah di Ayamas bersebelahan uitm kampus kota kat KB. Memang sangat lapar sampai perut berdendang lagu rap.


Sambil menunggu pesanan makan pagi




Tengahari itu, kami bergerak ke umah Mak Tok di Pasir Mas pulak. Dah 2 minggu dah tak melawat Mak Tok yang semakin uzur sejak kebelakangan nie. Kesian jugak tengok dia duduk umah sorang2x. Tapi apakan daya?? Mungkin nanti syana patut spend beberapa hari masa cuti yang ada ini bersamanya di kampung. Insya-Allah kalau tak ada aral.

Sempat posing bersama Neddy n Adeq Esha di umah Pak Ngah d Pasir Mas

Okeihh.. Petang itu jugak kami balik umah. Tapi tak sampai setengah jam selepas itu, Along datang bersama dua sahabatnya (Kak Illy n Kak Linda). Tujuan kedatangan: mengajak saya dan neddy ke funfair berhampiran rumah. Ladies Nite lah konon. Tup2x, syedan nak ikoot (along yg ajak sebenarnya). Sebab tak muat nak pergi satu kereta, Rais jadi mangsa pandu lagi sebuah kereta (tu pun selepas dirayu oleh along jugak..haha).

Ladies from the left: Kak Illy, SyaNa_SaN, Izzreen Fara (ALONG), K.Linda & Neddy

 Pic dalam sangkar Eye On Machang.. Miahaaha

 Kena letak pic syedan skali nieyhh.. Nanti dia merajuk pulak.. wihaa

Usai berjalan di funfair, kami sepakat menuju ke kuala besut. Destinasi kami kali ini adalah jeti pulau perhentian. Amek ko!! Merentas sempadan negeri nieh. 45 minit JER POWN dari Machang. Idea saper lah ni?? Semuanya gara-gara nak makan sotong celup tepung special.

Mula-mula ingatker nak hantar si Syedan n Neddy balik umah dulu. Yerlah, hari ini mereka ada sekolah ganti. Sebagai kakak saya rasa bersalah nak bawak mereka menikmati keindahan malam dalam situasi yang begini. Tapi punyalah keras kepala bebudak tuhh. Nak jugak ikot. Bawak ajer lah tapi bersyarat. Esok wajib bangun awal without any excuses!!

 
 Badan dah mula rimas gara-gara pakai baju yang sama sejak pagi.

Sesampai jer kat jeti kami sebenarnya menunggu lagi dua teruna. Kawan2x along jugak. Judin n Fesal. Pic dorang. Dari tadi nk try upload tapi siput pun tak lembap cm nie. Jadi, syana give up aje lah. Apapun, memang sonok malam tadi. Makan-makan, borak panjang, berjenaka sambil bergambar. Sweet memories.
 

Before pulang, syana amek lah pic nieyh ngan Along. Tetibe.. ada pakcik yang sindir2x kami. Konon nak mengelak maksiat lah tue. Helloo.. Sepupu saya nie kowt. Pompuan lagi. Suka hati lah nak manja2x ke haper?? Apa hal nak marah2x?? =p

Thursday, April 22, 2010

ShoutOut *-* Layout baru..Gaya penulisan baru.. Segalanya Baru tentang SiFi

Salam ingatan..
Kepada yang selalu menjenguk ke sini mesti perasaan tentang layout baru SiFi kan. Amacam?? Comel tak?? ker menyerlah sangat??? Tapi Syana kan memang begitoo.. Suka benda yang berblink2x nieyh.. Jadi kalau sakit mata tuhh tahan jer lah ok!!

Buat mereka yang baru nak berjinak-jinak ke sini atau mungkin ini lawatan kali pertama anda, Syana ucapkan Selamat Datang n Hye... I'm Syana =) Glad to have u on board! Wihaaa

Ok... Kali ini SiFi bukan sahaja dah ada layout baru tapi jugak ada sedikit perubahan besar. 

Buat pertama kalinya, Syana nak introduce kat semua yang SiFi bakal mempunyai kolum2xnya yang tersendiri. Tak Faham?? Ayoyoo..

Meh sini rapat2x nak terang. Begini, setiap entry di SiFi selepas ini akan dibahagikan kepada beberapa kolum (bukan kolam mandi lah tapi Kolum. Ala.. Lebih kuang cam bahagian2x lah). Cam kat dalam magazine tuhh. 

Ok. Mari kita lihat secara overview kesemua kolum2x tersebut :-

Celoteh Kehidupan *-*
Tips Syana *-*
Self Motivation *-*
Bicara Tentang Cinta *-*
Belajar Bahasa Kelantan Secara Percuma *-*
Senduk Vs Sudip *-*
Music & Entertainment *-*
Ukiran Ilham *-*
ShoutOut *-*


Buat masa ini hanya ada 9 kolum sahaja yang diperkenalkan untuk SiFi. Namun kolum-kolum ini mungkin bakal bertambah dari masa ke semasa. Jom kita go through kolum2x nie satu persatu.

1) Celoteh Kehidupan *-*
Kolum ini akan menempatkan segala apa yang berkisar tentang kehidupan. Tak kiralah sama ada yang berkaitan dengan kehidupan Syana ataupun kehidupan manusia-manusia di sekeliling kita. Pengalaman hidup, diari kehidupan dan segala apa memori2x indah dan suram akan bakal jua diletakkan di bawah kolum ini.

2) Tips Syana *-*
Dekat kolum ini pulak akan ditempatkan segala macam tips2x berguna yang boleh dijadikan rujukan dan ikutan para pengunjung SiFi. Antara tips yang bakal menjadi tatapan semua adalah tips berkaitan dengan alam remaja, alam dewasa dan alam rumah tangga.. Wahh.. budak kechik nak bercakap pasal alam perkahwinan ni. Kita tunggu dan lihat jer lah ok!! Tips study n enjoy pown akan berada di pasaran tak lama lagi!! Haha.

3) Self Motivation *-*
Motivasi Diri. Syana rasa kolum ini perlu untuk para pengunjung SiFi. Sebagai makanan jiwa untuk mantapkan apa yang kurang mantap. Mungkin di sini Syana boleh letakkan mutiara-mutiara kata untuk kita renungkan bersama.  Juga bercerita tentang beberapa tokoh yang boleh dijadikan idola.

4) Bicara Tentang Cinta *-*
Isu yang paling semua orang suka.. Dari dulu sampai sekarang. Apsal senyum2x. Ish..ish..ish

5) Belajar Bahasa Kelantan Secara Percuma *-*
Kolum nie bunyi cam best kan??!! Ramai sangat kawan2x kat sekolah n kolej yg jadikan Syana sebagai kamus bahasa kelantan bergerak. Jadi dari situ syana terfikir yang kolum ini memang patut diwujudkan. Untuk kamoo-kamoo di luar sana yang ada admire gadis2x atau teruna2x dr negeri cik siti wan kembang maka kolum ini memang wajar untuk kamoo ikuti. Buat masa ini, Syana dah tetapkan untuk keluarkan 1 sesi pembelajaran bahasa kelantan dalam seminggu. Satu sesi akan ada 5 perkataan. Jadi sebulan anda akan belajar 20 perkataan. Banyak tue!!

6) Senduk Vs Sudip *-*
Namapun senduk Vs sudip. Jadi Syana agak mesti korang boleh teka kan apa yang bakal dikupas di bawah kolum ini. Resepi gadis2x bujang, resepi save budget and segala macam resepi bakal disiarkan di SiFi. Waahh.. Syana memasak. Conperm sedap =) Lagi kat sini jugak akan dikongsi bersama beberapa petua-petua masakan dengan para pengunjung. Teruja tak??

7) Music & Entertainment *-*
Macam remaja2x yang laen, muzik adalah jiwa Syana. Kalau ada lagu2x baru yang best Syana akan paparkan di dalam kolum ini. Lagu Melayu and Inggeris, dua-dua sekali lah yer. Selain itu, di sini juga akan dimuatkan dengan review drama n filem yang syana tonton. Kat kolej kan Syana digelar Hantu Movie. Malam2x orang tido, saya mengadap laptop sambil emo lap2x air mata. Hahha. Lagi akan menyusul juga komen n pendapat tentang novel2x dan buku2x yang saya baca.

8) Ukiran Ilham *-*
Ini kolum yang kedua terakhir buat masa sekarang. Ukiran Ilham *-* akan menyumbat segala idea-idea kreatif nukilan Syana atau mereka2x yang lain. Sajak, pantun, teka-teki n lain2x ilham kreatif akan turut menyusul. Dulu zaman sekolah, saya memang suka menulis benda2x kreatif nieyh. Sampaikan dalam exam pun tulis sajak. Tapi dah lama tak mencipta puisi lagi. Mungkin kolum ini bakal memberikan ruang kembali kepada Syana untuk berkarya. Wahh..

9) ShoutOut *-*
Ok guyz.. Kolum terakhir ni. Untuk kolum ShoutOut, Syana akan selitkan sebarang pengumuman tentang SiFi. Tentang pembaharuan atau apa sahaja perkara penting yang perlu pengunjung-pengunjung SiFi sekalian tahu. Jadi sila updatekan diri anda ok!!

Gimana?? Kesembilan-kesembilan kolum telah diperkenalkan nie. Teruja tak?? Syana lagi teruja!! Waahh.. Terlebih Sudah!! Ok lah. Teruskan mengunjung ke SiFi yer. Daa

Jejak Kasih: Lebih 5 tahun dah Syana tak jumpa dia!!

Salam ingatan..

Ini kisah tengahari semalam. Kisah yang penuh dengan makna untuk tahun 2010. 
Setelah lebih 5 tahun terpisah akhirnya kasih antara kami bertaut kembali. Tak dapat diungkap dengan kata-kata betapa saya sungguh teruja untuk bertemu semula dengan dia. 

Ya. Dia adalah sahabat saya. Dia adalah antara sahabat terbaik yang pernah saya miliki. Saya sungguh bersyukur kerana pernah mengenali dan bersahabat dengan insan ini. 
Aisah atau Ecah... Itulah nama sahabat saya ini.

Photo cilok dari facebook Ecah

5 tahun tak bersua muka. 5 tahun tak berkongsi cerita. 5 tahun tak bergurau senda. Mungkin faktor jarak dan masa yang memisahkan kami. Itu saya tidak pasti. Yang pasti makin lama kami seperti makin jauh. Menjauh dan menghilang. Membawa haluan sendiri. 

Walhal, suatu ketika dahulu semasa kami masing-masing berada di menengah rendah, kami adalah rakan yang paling rapat. Tiada siapa yang boleh menafikan persahabatan kami. Kami ibarat kembar siam yang tidak mungkin boleh dipisahkan oleh sesiapa. Di mana ada saya, di situlah ada dia. Malah saban hari 2/3 masa saya adalah bersamanya. Kami berkongsi segalanya. Berkongsi cerita, berkongsi rasa dan berkongsi ilmu. Dia adalah insan yang paling saya percaya saat itu. 

Walaupun kami masih mempunyai geng sendiri yang dianggotai oleh 7 gadis cun melecun (Saya, Ecah, Wawa, Ifa, Dlah, Finie n Huda) tapi dia tetap yang paling rapat dengan saya masa itu. Ya.. Dia.. Tapi selepas saya bertukar sekolah dan dia bertukar jurusan, saya hanya masih terus berhubungan dengan  geng-geng yang lelain. Tapi dia terus menghilang. Punca sebenar agak diragui =(

Sesungguhnya, saya mahu dia tahu bahawa jiwa saya tak pernah sepi dengan kasih sayang terhadap dia. Ingatan saya tidak pernah alpa untuk terus mengingati dia. Saya sentiasa mendoakan kebahgiaan dan kesejahteraan dia dalam doa-doa saya. Saya tidak pernah lupa menitipkan kata 'Selamat Hari Jadi' kepada angin setiap kali hari jadi dia. (9 Jun saban tahun). Dengan harapan angin yang bertiup bakal menitipkan ucapan ikhlas saya untuk dia!!!

Tapi.. jodoh persahabatan kami masih panjang!! Facebook menyatukan kami semula. Melalui muka buku itu jugak kami menjalin kembali kasih yang telah terputus. Terima kasih kepada kemodenan dunia.

Dan tengahari semalam akhirnya kami bertemu. Keluar lunch dan meronda2x mencari card reader.  Macam2x kisah yang saya baru dengar dari dia. Dan kebanyakannya mengejutkan saya. Betapa saya merasakan bahawa saya merupakan sahabat yang sungguh teruk kerana langsung tidak tahu menahu tentang perjalanan hidup Ecah yang penuh berliku. "Syah, maafkan aku..."

Apa pun yang berlaku, dengan sepenuh harapan saya berharap agar persahabatan yang baru terjalin kembali ini akan terus disulami dengan detik-detik indah. Impiannya moga-moga segala susah dan senang hidup kami selepas ini akan dikongsi bersama seperti mana Sya dan Syah yang dulu. AMiNN

"Syah, perwatakan aku mungkin berbeza dari perwatakan aku yang dulu. Tapi aku mahu kau tahu yang kasih aku pada kau tetap sama, tidak berkurang walau sekecil hama. Aku akan tetap sokong kau walau apa yang berlaku. Bertenanglah dan banyak2xkan bersabar. Aku yakin suatu detik nanti kebahgiaan akan tetap jadi milik kau. Ingat satu perkara yang AKU SAYANG KAU."

Wednesday, April 21, 2010

Kerana Diriku Bukan Aku

Salam ingatan..

Jom nyanyi lagu band baru niey!!

Nama band: TILU
Tajuk Lagu: Kerana Diriku Bukan Aku


Lama sungguh hari berlalu
Hening malam menyiksaku
Bila bersendirian sepi jadi pilu...

Kau pergi aku yang hilang
Sedikit pun hidup tak senang
Langit malam ku renung mendung kelabu..

Kerana diriku bukan aku
Tiap kali kau menjauh
Fikiran tak keruan
Jiwa rasa kekosongan

Diriku bukan aku
Tiap kali kau menjauh
Pulangkan dia ke pangkuanku

Yang digemar menjadi bosan
Sukarnya cari ketenteraman
Bila hati bersedih semuanya tak betul

Ku cuba
Setabah hati melupakan
Dirimu dari ingatan
Tapi semakin dicuba semakin rindu


Kerana diriku bukan aku
Tiap kali kau menjauh
Fikiran tak keruan
Jiwa rasa kekosongan

Diriku bukan aku
Tiap kali kau menjauh
Pulangkan dia ke pangkuanku

Lagu yang sungguh best ini, Syana tujukan khas buat semua BFF Syana. 
Macam yang lagu nieyhh kasi tahu, 
Setiap kali setiap seorang dari kamoo pergi menjauh, Syana jadi seperti bukan Syana lagi. Hilang Arah. Terkapai-kapai keseorangan. Sunyi, Sepi dan Bosan. Kamoo semua adalah hidup ku!!

Buat my BFFs, amacam terharu tak korang??
Korang dikira bertuah nieyhh dapat kawan cam saya..  =) wihaa

Monday, April 19, 2010

HoMe SwEEt HoMe

Salam ingatan..

Tengahari tadi sampai kb dalam pukul 12.. yeahh.. Setelah 10 hari berjalan akhirnya saya pulang dengan seribu satu kenangan baru..cerita baru dan semestinya kenalan baru (bukan pakwe baru yer..sila jangan serkap jarang)

Disebabkan tiada siapa yang boleh amek kami berdua (Syana n Ct), Abah akhirnya dengan berat hati telah membenarkan Raiesz n his fwenz (Choy) pandu kereta untuk jarak jauh. Tak der lah jauh sangat pown sebenarnya. Juz 45minutes jer lebih kuang ke airport PC tue dari umah kami.

Yang sengetnya, hampir sejam jugak ler kami tunggu rambut jambul dia tuhh.. Dah la tuhh, siap demand lagi. Mintak belanja makan Pizza Hut ++ isi minyak kereta++belikan rock mellon. Layan jer lah. Seb baeq adeq!!

Kerana sangat penat, setibanya di rumah, kami teroos lena kat atas katil. Penat POYO!! hahahaha
Yang penting.. I really miss my pinky private area!! At last, terubat jua rindu yang mencengkam.. Chewaahh.. Baru tinggal 10 hari nie.

Malam tadi, baru parent si Ct nieyhh amek dia kat umah Syana. =p Kesian dia. Sabar yer yang!!

Nanti kita bercerita lebih lanjut pasal benda2 menarik sepanjang tour kali nieyhh yer.. =) nite

Thursday, April 15, 2010

Rakyat Dynasty Chi pertama yg dah kawen!!

Salam ingatan..

Post kali ini, Syana nak bercerita pasal perkahwinan seorang daripada rakyat Dynasty Chi yang baru saja melangsungkan perkahwinannya pada 10 April 2010 baru2x nieyh..

Bagi yang masih belum tahu, Dynasty Chi adalah nama gelaran bagi batch kami iaitu batch ke-7 MRSM Langkawi (2005-2006). yeahh.. Masih tergiang2x lagi ungkapan kata2x pembakar semangat kami semua waktu itu.. Yang sering dilaungkan oleh saudari Liza selaku presiden BWP....
 
"Excel Beyond Expectation".

Ok lah.. Berbalik kepada tajuk entry.
Rakan pertama kami yang bergelar pengantin itu adalah Muhammad Ammar Hamzah. Seawal usia 21 tahun, beliau dengan sebulat hati telah mengambil keputusan untuk menjadi suami yang sah kepada pasangannya Farah Ayuni. Gadis bertuah yang telah bertakhta di hati saudara Ammar ini dikenalinya sewaktu bersama-sama mengikuti pengajian di UIA beberapa tahun yang lepas.

Gambar di atas diambil dari Facebook Ammar.. Haahaha.. 
"sory yer publish pic tanpa permission"

Comey kan tengok gambar pengantin2x muda nie.. Tetibe terasa nk kawen cepat!! Adushh.. 
Apa pown Syana doakan pasangan A&A (Ammar & Ayuni)  berbahagia sehingga ke pernafasan mereka yang terakhir. Aminnn..

p/s: Maaf yer tak dapat pergi wedding. Tapi Sya dah kirimkan orang lain pergi.. Hhahahahah.

Jadi, lepas nie siapa pulak yang nak kawen?? Kawan MRSM jugak ker??
@ Kawan SMKHamzah?? @ Kawan SeUiTM?? Atau Saper??? 
Wihaaa.. Sangat tak sabar nk tengok semua kawan2x Syana kawen n beranak pinak. =)

Monday, April 12, 2010

Saya dah abish diploma dah!!

Salam ingatan..

YEAHHHH!!! present dah settle.. Yabedabedooo.. Diploma dah abish.. Alhamdulillah.. Semuanya berjalan lancar.. Sangat2x happy.. Hilang segala stress!!


Nie gambar presentation kawan syana.. Ilah BMS..
Tak der owg amek pic syana tyme presentation td.. Jdi.. sorry guys. Takda bukti.. hahha

Sebaik jer merdeka, kami jumpa cda.. lepak sambil makan2x ngn dia.. Wahhh.. Terubat rindu!! Esok nk p karaoke sesama. Sangat excited!!


Tadi baru jer abiskan 5episod korean drama series.. tajuk cite 'I'm sory, I luv u'
Skang ngah layan slot akasia "adaMaya" kat tv3.. ok lah readers smua.. bubye.. sambung nanti..

p/s: mlm nie nk p photoshoot kat i-city.. yeahh.. nanti syana upload pic ok!!

Sunday, April 11, 2010

Hari ini dalam SEJARAH (11 April 2001)


 




Hari ini adalah hari yg amat boring ++ penat ++ lapar.. Selalunye, every year sy akan sambut ari ini sorang2x.. sebab ia adalah tarikh peribadi saya. 

11April2001.. ada sesuatu yang manis yg perlu dikenang disituu.. Maaf.. tak dapat berkongsi disini. Ianya bersifat terlalu peribadi..

Mcm last year, syana pergi ronda s.alam sorang2x selama 3-4jam.. Then lepak kat pizza jugak sorunk2x.. tapi hari ini..............

Keluar rumah pown tak.. Ohh.. Ada! tapi kejap jer. Kuar pergi beli nasi lemak kat bawah umah sewa nieyhh pagi tadi. Hehe.. 

Nak kuar pown cam serba salah. Tak da kenderaan sendiri kowt. Susah. Kalau nak meronggeng dengan public transport pown macam leceh sangat. Sebab amek masa yang lama sangat. Sedangkan presentation pagi esok belum well prepared lagi.. Aishhh..

Takper lah.. Tak yah lah keluar hari ni. Berkorban lah siket untuk presentation esok. Perjuangan antara hidup atau mati tue. Lagipun nie adalah perkara terakhir sebelum bebas dari menjadi pelajar diploma kan?? Jadi saya rela berkorban asalkan hasilnya esok amatlah berbaloi-baloi!! 'cam iklan celcom lah pulak'. Wateva!

Tapi..esok tunggulah.. Syana akan balas dendam puas2x selepas semua ini berakhir. Siap dah plan lagi nak pergi bergembira kat i-city mlm esok.. yeah.. lusa pown meronggeng jugak. Hoho.

Dah lah.. Nak pi practice pulak utk presentation esok. Last preparation nieyhh. Doakan semuanya baik2x aja utk esok yer. Doa anda adalah semangat dalaman buat syana. Yeahh.. Sayang smua. <3

Saturday, April 10, 2010

1st day duduk UMAH sewa.. Dah ler tak bawak barang banyak!!

Salam Ingatan...

Malam semalam barulah merasa tido awal ciket.. Dalam pukul 12 selepas dah siapkan secara total final report, Syana menidurkan diri. Tergoda tengok Ilah BMS tido sejak pukul 9 malam lagi. Sengal jer kawan Syana yang sorang nie. Keje tak siap lagi tapi seronok2x jer tido.. Haha. Walhal dia yang beria-ria nak wat slide show utk presentation semalam.. (Ish2x..Jangan kutuk orang lebih2x Syana. Awak pown 3x10 jer)



Pagi tadi pulak Syana berjalan kaki ke kawasan nadi seksyen 7 (bukan senang nak merasa hidup tanpa kenderaan sendiri nieyh). Print report ajer dah makan Ringgit Malaysia 54. Print guna printer laser, tuhh yang mahal cket. Dah ler banyak page color. Tapi xper lah. Tak berapa kisah sangat. Sebab sunguh2x berpuas hati dengan hasil cetakan report dia. Gambar2x pown sangat cantek.Isi memang gempaq lah kan. Tengok lah hasil kerja sape. 'Syok sendiri kejap'. ^-^  Pendek kata, Sir Edy memang kena bagi kurang 1 markah jer drp full mark!! Boleh yer sir?? (Tolong jangan over action)

Selesai jer print report, kami terjah kedai makanan favo Syana kat area situ. Dulu, masa masih blajar kat uitm, boleh dirumuskan hampir setiap hari Syana beli makan tengahari kat situ. Murah, sedap n banyak pilihan. Yeah.. Terubat rindu dengan masakan makcik tue!! Kenyang abis sihh!!

Next station kami menyinggah d kedai cenderamata bernama fully shop. Belilah selipar murahan sepasang buat 'sehe'. hahah.. melayang duet lagihh..

Petang sampai ke malam, syana n my partner (Ct) bertungkus-lumus siapkan slide show. Memang puas hati sebab hampir siap.. Yg penting kemas, padat n cantik. Gembira bangat! =)

Tgh malam, Syana mengedit slide show2x tersebut. Kasi berwarna n berseri2x cket.. Satgi baru nak buat motion. Esok practice.. yeah.. We can do this Fatanah Zakirah!! Chayok2x..

Sir.. Get ready untuk mendengar presentation kami.. Hahahah 'Bukan sepatutnya kami ker yg kena get ready utk kena hentam'.. hahahahhaha.. WATEVA!! Positive2x.. 'Jika kau Fikirkan kau Boleh'..

Pengajaran:
*Makan n Minum masih penting walaupun kerja melambak macam infiniti!!
*Wajib kasi bina chemistry antara kita dengan group partner..

Friday, April 9, 2010

DuGaaN TahAp GaBaN

Salam Ingatan..


Baru jer sampai Shah Alam dalam pukul 2.30 tadi.. 1st tyme naik flight dengan kawan2x tanpa ditemani family.. Last naik flight ngan family pown waktu sebelum kami pindah ke kelantan.. iaitu tahun 90-an. Jadi agak seciput excited. Seciput jer lah kan gara2x sangat berdebar untuk presentation Isnin nanti. Wihuu =8

Progress Final Report
Alhamdulillah akhirnya report Syana telah mencapai tahap 95% siap. Fuhhh.. Lega separuh  ^-^
Lagi separuh lega kita simpan lepas presentation ok!!

Macam2 dugaan, ujian serta cabaran sepanjang menyiapkan practical report kali nieyhh..

1) Selasa (06 April)
Charger laptop rosak. Syana tak dapat nak on laptop sedangkan segala report yang telah 90% siap ada kat dalam tuhh.. File back up yang syana ada pun cuma yang 3 ke 4 ari yang lepas. Jadi memang cabaran besar kalau tak dapat nak on laptop tuhh dalam masa terdekat nieyhh. Takkan nak buat semula kan??
Kalau nak beli charger baru pown, Syana kena pergi Kota Bharu memandangkan memang tak da kedai computer yg agak besar kat area umah Syana niey. Tue pun kalu kedai kat KB tue ada lah yer charger utk model laptop cam Syana nieyh.. NEC VERSA S3200... 

Pengajaran

 * Back-up kerja setiap kali selepas selesai.. Don't take it for granted. Malang itu tidak berbau.
 * Jangan fikir pasal nak jadi unik jer.. Fikirkan pro & contra nyer sekali. (sebab nk jd  uniquelah syana pakai laptop yang jenamanya jarang2x orang pakai kat Msia nieyh.. Kan dah susah nak cari spare part)

Tapi nasib baeqlah POK NIK DA ada kat pasir mas sana.. Pok Nik nie merupakan pakcik Syana yang memang handal dalam hal-hal memperbaiki komputer dan alatan elektrik. Dalam masa tak sampai sejam pown dia kohkehkohkeh, tup tup dah elok. Memang berterima kasih lah kat pok nik. Tak sia-sia Syana datang dari jauh.

Tapi, malam tuhh badan Syana mula panas macam nak demam. Sakit perut. Sakit kepala. Mungkin sebab over stress n tak cukup tido selama beberapa hari. Sesampai jer dari umah pok nik, Syana terus tidur lepas telan Uphamol. 

2) Rabu (07 April)
Dah la semalam satu ari burned tanpa sentuh walau seinchi pun report. Tetibe pada sebelah petang, bekalan elektrik terputus untuk satu daerah Machang. Tyme2x genting jugak lah elektrik tak maw ada. Seb baeq sejam je. 

Ingat ker ianya berakhir di situ jer. Rupa-rupanya itu hanya satu amaran awal. Dalam pukul 1.30 pagi, seluruh bandar Machang bergelap untuk sekali lagi. Kali ini lebih lama. Aduhh!! Bertangguh lagilah report gamaknya.

Pengajaran * Kita hanya boleh merancang tetapi tuhan yang berkuasa untuk menentukan segalanya.

Apa dah jadi??
Hari ini Jumaat (09 April). Hanya ada 3 hari jer lagi untuk submit final report and present di hadapan lecturer. 
Report masih ada baki 5% lagi xsiap. Print pown mestilah belum lagi.Tapi yang paling jiwa tertekan, slide show utk presentation langsung tak sentuh lagi.. Hampeh betul. 

Tapi tak per lah. Syana akan cuba jugak siapkan kesemuanya sebelum ahad.. Ya!! Kesemuanya. Doakan kelancaran perancangan Syana yer. Report and presentation ini adalah projek yang terakhir sebelum menghabiskan diploma. Jadi amat terdesak untuk skor subject practical training dengan  3 jam credit hour ini. Penentu hidup dan mati untuk CGPA Syana nieyhh.. Sekali lagi, doakan yang terbaik buat saya yer!!

Sunday, April 4, 2010

SetiAp InSan PerLukan PRiVAcY

CSalam ingatan..

Manusia itu perlukan privacy?? Siapa tak setuju??


Sedarlah wahai insan2x bernyawa di luar sana bahawa anda perlukan sedikit privacy untuk diri anda sendiri. Anda memerlukan sedikit free time untuk meneruskan kehidupan. Free time itu sungguh mahal harganya. Bukan mahal dari sudut nilai wang ringgit atau US Dollar tapi mahal kerana tak dapat dibeli di mana-mana premis perniagaan. So, gunakan free time anda sebaik mungkin.

Bagi manusia2 yg suka mengacau free time orang lain, korang cuba letakkan diri kamoo ditempat mereka2x yang didisturb free tyme nya. Kamoo suka ker bila pukul 3 or 4 pagi, saat sedang lena2x diulit mimpi tetibe ada yang menelefon?? Kalau ada hal emergency yang betol2x penting tue xper lah jugak kan.. Tapi kadang2 tujuan mereka menelefon tuhh agak tak buleh diterima akal. Jadi prihatin lah terhadap privacy org laen.


Cakap pasal privacy, sejauh mana privacy kehidupan seseorang pada hari ini??
Dengan kehadiran pelbagai laman sosial dan kemudahan komunikasi, adakah privacy anda semua tidak terganggu?? Tuhh tak kira manusia2 yg nak intai apa yang anda buat saat beronline kan?? Takkan sampai perlu buat begini??


Tak patoot.. Tak patoot..

Nasihat syana berpada-padalah berkongsi cerita dan maklumat peribadi didalam mana2x laman sesawang milik anda.. Terutamanya gambar-gambar yang bersifat kontroversi.

Tapi kalau korang sendiri tak kisah jika gambar-gambar tuhh jadi tatapan umum, so lantak la.
Asalkan jangan nanti bila orang sibuk berbicara pasal gambar2 tuhh korang sibuk nak naik angin. Ingat semuanya terpulang semula kepada kita.
Kita yang menentukan kebahagiaan kita. =)

Saturday, April 3, 2010

Mudah sangat cinta mereka beralih arah!!!!

Salam ingatan...

Tajuk entry hari ni agak kontroversi kan! Syana tak nak komen banyak sangat. Cuma nak sentuh siket jer untuk pedoman bersama.


Bukankah cinta itu sesuatu yang amat mahal. Tapi mahal lagilkah harga sebuah cinta itu jika ianya amat mudah untuk dikongsi????

Amat pelik bila ada insan yang telah bercinta bersama pasangannya bertahun-tahun lamanya.. Waktu berkasih kononnya cinta mereka itu hanya untuk si dia seorang sahaja. Tapi tup2x bila dah berpisah, tak sampai satu dua hari pun cinta mereka sudah beralih arah. Boleh pulak tuhh berpasangan dengan yang lain. Kononnya hati mereka sudah berubah. Cinta mereka kini hanya milik pasangan baru mereka itu. Benar ker apa yg mereka rasa itu cinta??? Ke hanya nafsu semata?? 

Baik lelaki mahupun perempuan. Dua2x pun sama jer. Ayat manis teramat. 

 Bercinta dengan robot lagi mudah. Tak complicated macam manusia.

Syana bukan aper?? Syana cuma pelik campur tak puas hati bila cinta amat mudah dijual beli oleh generasi moden hari ini. Fikiran dah terlalu moden sampai dah rosakkan istilah cinta itu sendiri.

Cintakah itu jika berdua berpegang tangan tanpa sebarang ikatan??
Cintakah itu jika berdua berpelukan sambil mengabdikan cinta dalam sebuah gambar??
Cintakah itu jika berjam2x di talian tanpa sebarang isu penting???

Syana bukan mahu prejudis terhadap cinta. Cinta itu tidah salah. Tapi terpulanglah kepada insan itu untuk menentukan hala tuju cinta mereka sendiri. Cuma peringatan di sini, cintailah suami dan isteri anda. Kerana cinta si suami untuk isterinya dan cinta si isteri untuk suaminya itu diredhai Allah. 

Tapi andai cinta anda itu terlebih dahulu telah terbit kepada bukan suami (yakni pakwe atau special boyfriend) jangan lah putus secara mendadak pulak. Syana tak suruh pun kamu putus. Tapi jaga batas dan usaha untuk membawa perhubungan tidak rasmi kamu itu kepada sesuatu yang rasmi. Perasaan cinta kamu itu bukanlah sesuatu yang kamu boleh elak. Jadi jangan salahkan diri pulak.

Fuhh.. Dah terlari tajuk nieyhh.. HOHO

ok.. Berbalik kepada cinta yang mudah beralih arah!! 

Andai kata ada seseorang itu dah bertahun2 'mengayam kasih' dengan pasangannya. Ke mana2x bersama. Saling menyinta dan kononnya cinta mereka itu sama hebatnya dengan lagenda cinta Melayu 'Laila dan Majnun'. Malah lebih hebat dari epik cinta Shah Jahan kepada Mumtaz Mahal. Tetibe  berlaku perselisihan faham, bergaduh panjang dan akhirnya cinta mereka itu terputus di tengah jalan. 

Belum sampai sebulan malah mungkin lebih cepat, salah seorang dari pasangan itu menyatakan cinta dia kepada kamoo.. Apa perasaaan?? Apa buleh pakai ker cinta manusia sebegitu??

Cuba korang pikir erk?? Kalau dekat bekas pasangan dia tuhh dia buleh buat macam tuhh, hanya cinta sementara jer.. Maka tak mustahil cinta untuk kita tue pun hanya bersifat sementara..Yang mustahil tuhh kalau dia mati-matian cakap yang cinta dia untuk kita tuhh sejati.. Sejati ker??  Mulut manis mengalahkan tebu..Fuhh..

Jadi, kepada mereka2x di luar sana, berfikir dahulu lah sebelum menerima cinta2x mereka yang sebegini ok!! Terlajak drive kereta buleh undur, terlajak terima cinta buruk padahnya!! =)

Maaf jika entry ini agak emo!! Hanya berkongsi pandangan. Tak mintak persetujuan semua pun.

p/s: masalah tarikh presentation dh settle.. Sir EDDY dah bg perlepasan kt syana,ct n ilah utk present awal.. pd tarikh 12/4/09.. Thanks Sir Eddy!!

Thursday, April 1, 2010

Kenapa Saya Tak NAK Tunda Tarikh PRESENTATION tue??

Salam ingatan...
Practical Training Baru jer Habish!! Ya.. Syana Gembira Sangat!! Sebab Terasa Kehadiran di PPKBA amat bermakna.. Dengan Banyak Perubahan Yang Kami (Syana n CT) Bawa. 
Memanglah ada sedikit sedih sebab terpaksa tinggalkan PPKBA jua akhirnya.. Tapi, itu lumrah!! Setiap pertemuan pasti berakhir dengan perpisahan. Setiap kedatangan pasti ada pemergian.

Tapi hari ini, Syana bukan nak cerita pasal detik2 akhir di PPKBA.. Itu laen kali syana bukak mulut. 

Apa yang pasti Syana nak berkongsi tentang pertukaran tarikh presentation Syana!!

Cuba baca facebook post nieyh!!! Dari class representative kitaorang.

Hide
Norfadzilah Ismail att to asd6f: Dear All, I am sorry for the inconvenience! Due to unavoidable circumstances, the date of Practical Presentation Evaluation has to postpone to 26th April 2010 (MONDAY) at 8:00am.The detail tentative, rooms of presentation and sequence of presenters will be available on the notice board outside my room by 23 April 2010 (Friday) . All the best and see you all soon. EDDIE TAN TI TJIH
Senget jer kan?? Terkejut beruk bila dapat tahu yg presentation date (12 april 2010) nieyh kena postpone.
Walaupun report syana masih ke laut lagi!! (xsampai 50% pun lagi) Ditambah pula secukup rasa dengan presentation slide show yang  lagilah tak sentuh hape pun!! TAPI saya tetap xmahu postpone tarikh presentation.. tolong lah..

Sebab munasabab saya tak nak tunda???

1. Dah beli tiket pergi balik ke Shah Alam

    Syana dah selamat tempah tiket flight ke Shah ALam 2 bulan lepas. Ini 1st tyme dgn geng2 uitm balik Shah Alam melalui udara. Apa kes?? Nie kes takut nak naik Bas Ekspress lepas xcident besar aritu. Tempah tiket bersama-sama dengan CT n ILah. Dari sini amek tiket 9th April. Balik kelantan semula 18hb. Kalau presentation tuhh jadi ditunda, maksudnya dua2 tiket tuhh burn.. N perlu amek tiket laen. Yerla, takkan nak duduk s.alam dr 9hb hingga 26 plop.. Lama tue. 

2. Dapat kerja part time

    Kebetulan, syana dah apply kerja part tyme kat UiTM Kelantan sepanjg exam week nanti.. Start kerja 21st April. Gaji boleh lah tahan. Kalau pergi 26hb, means Syana kena tolak kerja tuhh.. Oh NO!!

3. Akan buang lebih banyak masa untuk siapkan report

    Sebabnya, bila lagi lama masa yg dberi utk submit report n presentation, lagilah perangai malas syana nie menjadi2x. 'Selagi boleh dtangguhkan kan??' Kalu presentation 12hb, report tuhh akan siap jugak by da day 12hb. Jadi lepas 12hb, Syana dah merdeka sepenuhnya.. Boleh lah enjoy puas2x +++ buat segala project2x MEGA yg tergendala tuhh..Ayoyo.

TAPI..

Kalau 26hb baru present, maksudnya lambat lagilah syana akan merdeka. Lama lagilah kena menanggung 
stress yg dasyat teramat nieyh.. 

4. Tak mau ganggu kawan2x sedang final exam

    Syana dah plan nak jumpa kawan2x lepas selesai presentation. Tuhh yang beli tiket balik Kelantan lewat cket. Tapi, kalau dah ini takdirnya, takkan Syana nak ajak budak2x tuhh hang out disaat mereka sedang exam week pulak. Tak maw lah.. Satgi ganggu mereka2x belajar pulak. Tak pasal2x result diorang down.

Kesimpulannya, Syana memang tak mau postpone tarikh presentation tuhh.. Walaupun dari satu lagi sisi pandangan, penundaan tarikh itu bagus kerana beri kami semua lebih masa untuk buat preparation presentation dan bagi kami semua lebih masa untuk kasi gempaq report. Tapi betulker akan lebih gempaq?? ke same jer kualitinya?? 

Pada Syana, kalau student tuhh memang nak buat report yang gempaq, sama ada 12hb atau 26hb tarikh submitnya, dia still akan hantar report yg gempaq. Tapi kalu memang dia jenis yang cincai atau cukup2x makan jer, samaada submit 12hb atau 26hb, dia tetap akan hantar kerja yang begitoo. Jadi, tiada bezanya kan!! 

Sir Eddy, tolong lah saya. Tolong jangan postpone tarikh tue.. PLZZZZZZZ!!! I'm begging you Sir..