Monday, April 26, 2010

Senduk Vs Sudip *-* Prawn Butter

Salam ingatan..

Sebelum kita tengok lagi satu resepi... Syana nak tanyalah siket (banyak sebenarnya)..
Gi mana?? Dah mencuba ker masak tomyam tanpa guna perencah tue??
Dah pro dah??? Sedap ker jadinya??

This time jom cuba resepi udang masak mentega pulak atau bahasa inggerisnya PRAWN BUTTER. Memang sedap hingga rasa nak masak hari2x. Boleh tak??

RESEPI UDANG MASAK MENTEGA
(6 orang makan)

Nie pic 1st tyme try. Kurang garing cket. Hoho =(

RAMUAN MASAKAN
750g udang 
200g mentega
4 pelepah daun kari (semestinya dibuang tangkai)
5 biji cili api (kasi lagi berasap telinga lagi bagus. haha)
5 ulas bawang putih (dicincang)
4 biji kuning telur
150ml susu cair penuh krim
++ 1 sudu besar garam
++ 1 sudu teh gula

PROSEDUR MASAKAN
1. Pertama sekali, sila perap udang dengan garam untuk seketika.
2. Kemudian, goreng udang yang telah diperap dalam minyak panas sehingga bertukar warna.
3. Toskan udang tersebut.
4. Kuning telur dan susu cair dipukul bersama sehingga kembang.
5. Panaskan kuali, masukkan mentega dan biarkan ia cair secara perlahan-lahan.
6. Selepas anda pasti yang kuali tersebut benar2x panas, tumis bawang putih.
7. Seterusnya, masukkan cili api. Kacau sebentar.
8. Masukkan bancuhan kuning telur dan susu cair ke dalam kuali. Kacau hingga mula pekat.
9. Bila dah pekat, masukkan daun kari, udang goreng, gula dan garam. Kacau lagi hingga bersarang dan garing.
10. Tuang masakan ke penapis dan biarkan mentega sejat sebentar sebelum dihidang.

Ikan kembung Ikan Selar,
Di dalam laut berlumba-lumba,
Tidak tahu sila belajar,
Sudah tahu sila cuba.

No comments: