Salam ingatan...
Dari pagi semalam ada ajer yang tak kena. Adush.. Ada ke patoot si Rusydan (ADEQ) tuh datang bilik saya dan mengeluarkan soalan yang berbunyi begini.
"Kak Long.. Abah suh tanya nak pergi tak KB?? Abah nk singgah UiTM kampus kota jap nak amek exam paper..."
Dengan suara separuh terjerit saya n nadyah memberikan jawapan...
"NAKKKKKKKKKKK..."
"Kalau nak pergi siaplah cepat. Semua orang dah siap dah. Tinggal korang berdua jer nieyh."
Damn!!! Kenyataan yang membunuh. Gila ke haper?? Kami nak siap paling kurang sejam. Cakap lah awal2x. Dah nak pergi baru nak gitahu. Ingat nak pergi pasar tani sebelah umah ker haper leh pakai baju tidoo jer?? (Pernah ker Syana p pasar tani pakai baju tidooo??? ohh.. sungguh parabola)
Tapi.. sebab nak pergi jugak Syana n Neddy sepantas jalur lebar celcom pergi lah mandi n bersiap. Mandi ajer dah 10 minit sorang (paling pantas lah tue). Tak masuk bab pilih baju n berdandan lagi. Aduhh. Memang jalur lebar celcom. Slow n steady!!
Toop toop.. mana kami pergi nak tahu?? pasar siti khadijah!! ohh.. dah ter'over' dress. Waklu masuk pasar pakai dress lawa2x.. Aduhh untuk kali kedua!
Akibat tak breakfast lagi akibat terkocoh2x, kami singgah di Ayamas bersebelahan uitm kampus kota kat KB. Memang sangat lapar sampai perut berdendang lagu rap.
Sambil menunggu pesanan makan pagi
Tengahari itu, kami bergerak ke umah Mak Tok di Pasir Mas pulak. Dah 2 minggu dah tak melawat Mak Tok yang semakin uzur sejak kebelakangan nie. Kesian jugak tengok dia duduk umah sorang2x. Tapi apakan daya?? Mungkin nanti syana patut spend beberapa hari masa cuti yang ada ini bersamanya di kampung. Insya-Allah kalau tak ada aral.
Sempat posing bersama Neddy n Adeq Esha di umah Pak Ngah d Pasir Mas
Okeihh.. Petang itu jugak kami balik umah. Tapi tak sampai setengah jam selepas itu, Along datang bersama dua sahabatnya (Kak Illy n Kak Linda). Tujuan kedatangan: mengajak saya dan neddy ke funfair berhampiran rumah. Ladies Nite lah konon. Tup2x, syedan nak ikoot (along yg ajak sebenarnya). Sebab tak muat nak pergi satu kereta, Rais jadi mangsa pandu lagi sebuah kereta (tu pun selepas dirayu oleh along jugak..haha).
Ladies from the left: Kak Illy, SyaNa_SaN, Izzreen Fara (ALONG), K.Linda & Neddy
Pic dalam sangkar Eye On Machang.. Miahaaha
Kena letak pic syedan skali nieyhh.. Nanti dia merajuk pulak.. wihaa
Usai berjalan di funfair, kami sepakat menuju ke kuala besut. Destinasi kami kali ini adalah jeti pulau perhentian. Amek ko!! Merentas sempadan negeri nieh. 45 minit JER POWN dari Machang. Idea saper lah ni?? Semuanya gara-gara nak makan sotong celup tepung special.
Mula-mula ingatker nak hantar si Syedan n Neddy balik umah dulu. Yerlah, hari ini mereka ada sekolah ganti. Sebagai kakak saya rasa bersalah nak bawak mereka menikmati keindahan malam dalam situasi yang begini. Tapi punyalah keras kepala bebudak tuhh. Nak jugak ikot. Bawak ajer lah tapi bersyarat. Esok wajib bangun awal without any excuses!!
Badan dah mula rimas gara-gara pakai baju yang sama sejak pagi.
Sesampai jer kat jeti kami sebenarnya menunggu lagi dua teruna. Kawan2x along jugak. Judin n Fesal. Pic dorang. Dari tadi nk try upload tapi siput pun tak lembap cm nie. Jadi, syana give up aje lah. Apapun, memang sonok malam tadi. Makan-makan, borak panjang, berjenaka sambil bergambar. Sweet memories.
Before pulang, syana amek lah pic nieyh ngan Along. Tetibe.. ada pakcik yang sindir2x kami. Konon nak mengelak maksiat lah tue. Helloo.. Sepupu saya nie kowt. Pompuan lagi. Suka hati lah nak manja2x ke haper?? Apa hal nak marah2x?? =p
No comments:
Post a Comment