Monday, April 26, 2010

Belajar Bahasa Kelantan Secara Percuma *-* Sesi Pembelajaran 1

Salam ingatan..

Sebelum sesi kelas kita bermula apakata kita preview semula apa kata penulis tentang kolum ini
5) Belajar Bahasa Kelantan Secara Percuma *-*
Kolum nie bunyi cam best kan??!! Ramai sangat kawan2x kat sekolah n kolej yg jadikan Syana sebagai kamus bahasa kelantan bergerak. Jadi dari situ syana terfikir yang kolum ini memang patut diwujudkan kat SiFI. Untuk kamoo-kamoo di luar sana yang ada admire gadis2x atau teruna2x dr negeri cik siti wan kembang maka kolum ini memang wajar untuk kamoo ikuti. Buat masa ini, Syana dah tetapkan untuk keluarkan 1 sesi pembelajaran bahasa kelantan dalam seminggu. Satu sesi akan ada 5 perkataan. Jadi sebulan anda akan belajar 20 perkataan. Banyak tue!!
Sekarang amacam?? Dah sedia untuk belajar 5 words kelantan??

Sedia.. 1..2..3.. Mula

Eh.. Japjap. nak gitau nie. Sebutan untuk huruf 'e' begini ialah emak. Tapi 'E' begini pula disebut seperti Esok.

1) Royak = Beritahu / Kata / Omong
Contoh penggunaan ayat: "Mu royak lah sendiri yer", usul Ali kepada Abu.

2) ToksE = Tak nak / Tak mahu / Takmbuh
Contoh penggunaan ayat: "Saya toksE kahwin dengan dia", kata Ali kepada Abu.


3) NgoksE = Merapu / Mengarut
Contoh penggunaan ayat: "Kalau sehari tak ngoksE tak boleh ker haa??" jerkah Ali kepada Abu.

4) Bakpo = Kenapa / Awat
Contoh penggunaan ayat: "Bakpo dengan mu ni?? Macam suami hilang bini jer??" tanya Ali kepada Abu.

5) Gano = Bagaimana / Macam mana
Contoh penggunaan ayat: "Gano lah aku nak pujuk gewe aku nieyhh!" keluh Ali kepada Abu.

5 words di atas ini boleh dikategorikan sebagai perkataan mudah. Syana yakin ramai yang dah tahu. Tapi biasalah sesi pertama, kenalah bermula dengan sesuatu yang senang dulu.

Sampai ketemu lagi di lain sesi minggu hadapan. Praktis jangan tak praktis!!

No comments: