Salam ingatan..
Syana menggelarkan bakal suami itu sebagai teruna idaman. Jadi apa yang wajib ada pada teruna idaman Syana sama ertinya dengan apa yang wajib ada pada bakal suami Syana. Apa yang wajib ada??
Entry ini adalah sekuel kepada salah satu entry SiFi bulan lepas.
Sila tekan link di bawah untuk membaca entry tersebut.
Saya bukan mahukan seseorang yang perfect 100%. Kerana tiada manusia yang diciptakan oleh Nya itu cukup lengkap dari segala penjuru. Setiap seorang dari kita di atas muka Bumi ini pasti ada juga kelemahan yang tersendiri. Bezanya cuma ada di antara mereka yang bijak menyembunyikan kelemahan dan menyerlahkan kekuatan diri. Kerana itu golongan sebegini sering dikagumi oleh manusia lain.
"Ingat satu perkara sahaja...Yakinlah pada diri"
1. Jadi ciri pertama yang wajib ada pada si teruna idaman adalah yakin dengan apa yang ada pada diri. Syana dah bosan mendengar ayat2x begini dari lelaki "Saya nie miskin.. Saya nie hodoh..Saya ini bodoh.. Saya ini macam2x lagilah." Hellooo.. Kalau kamoo sudah tidak yakin dengan kelebihan yang ada pada kamoo dan sering menjaja kelemahan kamoo maka kamu fikir bagaimana orang lain mahu yakin pada diri kamoo. Bagaimana orang lain mahu menganggap bahawa kamoo ini istimewa?? Dan yang paling penting bagaimana saya sebagai pasangan kamoo mahu merasa yakin untuk berdampingan dengan orang2x seperti kamoo??
2. Tapi tolong jugalah dijauhkan si teruna saya dari golongan yang bangga diri. Janganlah ada sifat begini pada kamoo kerana ianya sifat mazmumah yang semestinya perlu dijauhi. Syana benar2x tak dapat terima apabila ada jejaka yang sibuk mencanang jumlah aset yang dimilikinya biarpun pada awal perkenalan. Kaya itu tak salah tapi bersederhanalah.
3. Saya juga mengharapkan bahawa si teruna saya nanti adalah seorang yang skema. Skema di sini bukan beerti si teruna perlu berkaca mata tebal. Ya... Benar. Lelaki berkaca mata tebal kelihatan skema tetapi itu belum cukup untuk mengkategorikan mereka sebagai jejaka skema. Skema itu luas tafsirannya buat saya. Pada saya seorang teruna yang skema adalah seorang yang sentiasa mematuhi peraturan baik peraturan dunia atau peraturan Allah kerana saya tahu jika saya berdamping dengan orang sebegini saya juga bakal selamat baik di dunia ataupun di alam yang satu lagi.
Cukuplah dahulu tiga ciri wajib buat tatapan pembaca. Entry ini bakal bersambung lagi.
Sampai ketemu semula.
No comments:
Post a Comment