Salam ingatan..
Ini kisah tengahari semalam. Kisah yang penuh dengan makna untuk tahun 2010.
Setelah lebih 5 tahun terpisah akhirnya kasih antara kami bertaut kembali. Tak dapat diungkap dengan kata-kata betapa saya sungguh teruja untuk bertemu semula dengan dia.
Ya. Dia adalah sahabat saya. Dia adalah antara sahabat terbaik yang pernah saya miliki. Saya sungguh bersyukur kerana pernah mengenali dan bersahabat dengan insan ini.
Aisah atau Ecah... Itulah nama sahabat saya ini.
Photo cilok dari facebook Ecah
5 tahun tak bersua muka. 5 tahun tak berkongsi cerita. 5 tahun tak bergurau senda. Mungkin faktor jarak dan masa yang memisahkan kami. Itu saya tidak pasti. Yang pasti makin lama kami seperti makin jauh. Menjauh dan menghilang. Membawa haluan sendiri.
Walhal, suatu ketika dahulu semasa kami masing-masing berada di menengah rendah, kami adalah rakan yang paling rapat. Tiada siapa yang boleh menafikan persahabatan kami. Kami ibarat kembar siam yang tidak mungkin boleh dipisahkan oleh sesiapa. Di mana ada saya, di situlah ada dia. Malah saban hari 2/3 masa saya adalah bersamanya. Kami berkongsi segalanya. Berkongsi cerita, berkongsi rasa dan berkongsi ilmu. Dia adalah insan yang paling saya percaya saat itu.
Walaupun kami masih mempunyai geng sendiri yang dianggotai oleh 7 gadis cun melecun (Saya, Ecah, Wawa, Ifa, Dlah, Finie n Huda) tapi dia tetap yang paling rapat dengan saya masa itu. Ya.. Dia.. Tapi selepas saya bertukar sekolah dan dia bertukar jurusan, saya hanya masih terus berhubungan dengan geng-geng yang lelain. Tapi dia terus menghilang. Punca sebenar agak diragui =(
Sesungguhnya, saya mahu dia tahu bahawa jiwa saya tak pernah sepi dengan kasih sayang terhadap dia. Ingatan saya tidak pernah alpa untuk terus mengingati dia. Saya sentiasa mendoakan kebahgiaan dan kesejahteraan dia dalam doa-doa saya. Saya tidak pernah lupa menitipkan kata 'Selamat Hari Jadi' kepada angin setiap kali hari jadi dia. (9 Jun saban tahun). Dengan harapan angin yang bertiup bakal menitipkan ucapan ikhlas saya untuk dia!!!
Tapi.. jodoh persahabatan kami masih panjang!! Facebook menyatukan kami semula. Melalui muka buku itu jugak kami menjalin kembali kasih yang telah terputus. Terima kasih kepada kemodenan dunia.
Dan tengahari semalam akhirnya kami bertemu. Keluar lunch dan meronda2x mencari card reader. Macam2x kisah yang saya baru dengar dari dia. Dan kebanyakannya mengejutkan saya. Betapa saya merasakan bahawa saya merupakan sahabat yang sungguh teruk kerana langsung tidak tahu menahu tentang perjalanan hidup Ecah yang penuh berliku. "Syah, maafkan aku..."
Apa pun yang berlaku, dengan sepenuh harapan saya berharap agar persahabatan yang baru terjalin kembali ini akan terus disulami dengan detik-detik indah. Impiannya moga-moga segala susah dan senang hidup kami selepas ini akan dikongsi bersama seperti mana Sya dan Syah yang dulu. AMiNN

"Syah, perwatakan aku mungkin berbeza dari perwatakan aku yang dulu. Tapi aku mahu kau tahu yang kasih aku pada kau tetap sama, tidak berkurang walau sekecil hama. Aku akan tetap sokong kau walau apa yang berlaku. Bertenanglah dan banyak2xkan bersabar. Aku yakin suatu detik nanti kebahgiaan akan tetap jadi milik kau. Ingat satu perkara yang AKU SAYANG KAU."
No comments:
Post a Comment