Salam ingatan...
Air mata begitu mudah sekali mengalir keluar dari kelopak mata Syana hari ini. Ohhh. Sudah kering kontang jadinya. Masih berbaki lagikah cecair putih itu untuk kegunaan hari mendatang??
Matahari belum lagi berdiri tegak 90 darjah di atas kepala tika itu. Tapi air mata ini sudah deras mengalir saat menghayati sebuah filem barat di HBO. Aduhh.. Sungguh perit perjuangan yang dilalui oleh mereka hanya demi untuk mendapatkan hak sama rata kaum wanita. Jikalau saya berada di kalangan mereka pada tika itu adakah saya jugak mampu sekuat dan setabah mereka?? Mudah-mudahan dengan izin Allah.
"IRON JAWED ANGELS"... Itulah tajuk yang diberi untuk filem yang dibintangi oleh Hillary Swank dan Frances O' Connor. Filem yang diterbitkan pada tahun 2004 ini pernah memenangi beberapa anugerah besar termasuk 1 anugerah di Emmy Awards 2004 bagi katogeri Outstanding Supporting Actress In A Miniseries Or A Movie (Angelica Huston).
Bagaimanalah saya boleh terlepas tonton filem ini?? Aduhaii.. Tak apalah. Yang pasti filem ini memang 'kuat' biarpun berlatar belakangkan tahun 1920-an.
Antara babak dalam filem Iron Jawed Angels
Lead, Follow or Get Out of the way
Di awal cerita memang tak da babak touching2x ni. Semakin lama tonton, plot cerita makin tragis. Mula-mula sekadar sebak jer. Tapi..oohhh.. akhirnya titisan jernih bagaikan mahu berlumba-lumba keluar seperti paip bocor. Tak dapat tahan tangisan lebih lama lagi dah bila nengok penderitaan para pejuang hak mengundi wanita di dalam penjara. Kena paksa makan dengan paip dijolok ke dalam anak tekak. Oh.. sengsara sekali.
Bila tiba malam hari pulak, air mata yang tadinya sudah berhenti mengalir bocor kembali. Kali ini bila menonton talkshow Jangan Tidur Lagi yang mengisahkan tentang saat-saat akhir arwah Achik Spin kat tv3 sebentar tadi. Aduhh sekali lagi. Memang tak dapat tahan air mata saat mendengar achik berduet bersama Nana mendendangkan lagu2x kenangan cinta. Habis terimbau segala kenangan manis zaman tak cukup matang kat sekolah dulu. Alahai Syana!! =(
No comments:
Post a Comment