Salam ingatan...
Baca tajuk entry kali nie masti ada yang garu2x kepala. Fenomena Kepala Air?? Apa tu?? Seyes Syana pun tak tahu pasal fenomena pelik nie sebelum hari ini. Haaha. (Ke saya sorang je yang tak tahu?) @-@
Fenomena nie bahaya kowt. Boleh meragut nyawa kalau amek mudah jer. Kalau nak tahu kena baca entry nie sampai noktah yang terakhir..
Sekarang, jom kita ikuti interview bersama En.Wiki tentang fenomena alam ini.
Wartawan SyaNa_SaN: Salam sejahtera En.Wiki. Maaf jika mengganggu. Boleh saya tanyakan beberapa soalan tentang Fenomena Kepala Air kepada En.Wiki yang bijaksana?
En.Wiki: Boleh. Tak der hal lah. Saper tak nak masuk tv oii!! (Adess. Gila glamor pulak En.Wiki ni)
Wartawan SyaNa_SaN: Menurut En.Wiki, apakah yang dimaksudkan dengan kepala air?
En.Wiki: Kepala air pun tak tahu?? Begini, kepala air tue bermaksud punca aliran air dalam kuantiti yang besar mengalir dari hulu sungai atau air terjun ke sungai utama.
Wartawan SyaNa_SaN: Ohh. Jadi apakah punca yang menyebabkan fenomena kepala air ini berlaku En.Wiki?
En. Wiki: Puncanya cukup mudah iaitu hujan lebat yang berlaku di hulu sungai. (Poyo jer En.Wiki nie jawab)
Wartawan SyaNa_SaN: Hmm. Saya rasa penonton masih kurang jelas tentang fenomena ini. Boleh En.Wiki terangkan sedikit tentang bahayanya fenomena ini kepada kita?
En.Wiki: Apabila hujan sangat lebat di hulu sungai, kepala air yang tercipta boleh membawa segala macam benda seperti kelodak, batu dan kayu balak. Selain itu, kepala air juga akan merempuh apa sahaja di hadapannya.
Wartawan SyaNa_SaN: Seterusnya En.Wiki, boleh saya minta sedikit tips keselamatan untuk para penonton kita terutamanya bagi mereka yang sering berkelah di air terjun bersama keluarga tersayang??
En.Wiki: Ohh.. Tips! En.Wiki fikir baik kamoo semua rujuk SiFi. Sebab kat sana ada banyak tips pasal Fenomena Kepala Air ni.
Wartawan SyaNa_SaN: Eh,eh. Mana En.Wiki tahu nie??
En.Wiki: Mestilah tahu. En.Wiki kan pembaca setia SiFi!! (Oh..sungguh tak caya)
Wartawan SyaNa_SaN: Baiklah En.Wiki kalau begitoo. Nanti saya rujuk kat SiFi yer pasal tips keselamatan tue. Terima kasih yer atas kerjasama En.Wiki sepanjang sesi interview kita hari nie. Kesian En.Wiki, malam-malam buta pun kena soal macam-macam.
En.Wiki: Tak der hal lah. Saper tak nak masuk tv oii!! (Adess. Penyakit gila glamor dia datang balik. Lari....)
-------------------------------------------
LANGKAH AWAL MENGESAN FENOMENA KEPALA AIR
*-* Keadaan langit gelap di hulu sungai (kawasan puncak bukit) serta disertai dengan bunyi guruh yang kuat
*-* Bunyi dentuman gerakan batu-batan atau air di hulu sungai
*-* Air sungai berbuih dan meningkat secara tiba-tiba
*-* Kelodak, daun reput atau ranting kayu muncul dengan banyak di permukaan air
*-* Bunyi siren alarm di sesetengah tempat berkelah seperti Air Terjun Lata Tembakah.
Jadi, sebelum nak mandi kat mana-mana air terjun tue, pandai2xlah check dulu petanda-petanda awal fenomena kepala air nie yer. Kalau agak-agak dah terjun dalam air tue, jangan seronok tak hingat dunia jer. Enjoy tue enjoy jugak tapi pastikan kita sentiasa alert dengan persekitaran. Sayangi nyawa kita dan mereka-mereka di sekeliling kita. Saling mengingati dan berwaspada.
p/s: Syana dah balik umah.. Wee. Dapat online pakai laptop sendiri dah. =) Sonok2x.