Friday, May 7, 2010

Tips Syana *-* Cegah Mandul

Salam ingatan..

"Bagi banyak orang, kemandulan sama dengan bencana. Salah satu aspek utama yang membuat seorang lelaki merasa muda adalah kemampuannya membuahi. Bagi seorang lelaki, tidak ada yang lebih meremukkan perasaan selain menghadapi kenyataan bahawa dia tidak mampu membuahi seorang wanita. Secara psikologi, hal ini dapat menjatuhkan harga dirinya dan membuatnya merasa seperti orang yang sudah tua," kata Reed C. Moskowitz, pakar kesihatan di Stress Disorder Medical Services di New York University Medical Center.  

Dasyat sih statement kat atas niey. Tapi memang betul pun apa dia cakap. Kalau kita nengok kat Malaysia sendiri pun penceraian antara kelamin tue selalunya disebabkan oleh dua benda je. Kalau tak poligami, kemandulanlah jawabnya. Seram kan..


Hidup ini terasa tidak lengkap tanpa kehadiran cahaya mata

Masalahnyer masyarakat kita nie, bila Si Isteri tak hamil semua pihak baik suami, mentua mahupun orang sekeliling akan terus tunding jari kat pihak perempuan. Cuba bukak minda siket. Perempuan mungkin.. tetapi tak semestinya punca sesebuah rumahtangga tue tak dapat anak sepenuhnya tergalas di bahu wanita.

Statistik dari pakar juga terbukti yang 60% daripada punca kemandulan dikenal pasti datangnya daripada wanita. Tetapi perlu diingat, lelaki juga menyumbang kemungkinan kepada kemandulan sebanyak 40%. Oleh itu baik lelaki mahupun wanita kedua-duanya berpotensi untuk mandul. Jadi langkah2x awal harus diambil untuk mengurangkan sebarang kemungkinan kemandulan diri. Beringat sebelum terkena!!

Sebelum itu.. Syana nak kongsi dengan korang sedikit info yang berkait rapat dengan punca kemandulan..
1) Kahwin lewat (Hoho.. tinggi risikonya nie)
 2) Usia suami atau isteri melebihi 35 tahun (No comment! Nie bergantung jugak pada rezeki)
 3) Faktor persekitaran kotor. (Makanan, minuman dan udara tercemar)
 4) Berat badan berlebihan (Obesiti)
 5) Masalah penyakit kronik  (seperti lemah jantung, kencing manis, lelah, sawan, hepatitis, kanser dan darah tinggi)
 6) Kerungsingan atau ketegangan (depression) 
 7) Jangkitan kuman dan virus pada sistem peranakan perempuan mahupun lelaki
 8) Kitaran haid yang tidak teratur (Dah berbulan tak datang haid atau haid terlalu panjang atau terlalu singkat)


Tips Cegah Kemandulan Diri
1) Kahwinlah awal. Awal di sini bukan bermaksud baligh jer terus kahwin. Agak2x lah. Jgn muda sangat n jangan sampai dah jadi Tertua (Teruna Tua) atau Andalebusia (Anak Dara Lebih Usia) baru nak mendirikan masjid. 
2) Jauhi rokok dan perokok. Trend korang tuhh langsung tak cool ok!
3) Jagalah pemakanan. Kurangkan makanan berkolestrol tinggi. Bahaya untuk jantung dan juga organ2x dalam badan yang lain. 
4) Makan sayur-sayuran organik yang tak dicemari dengan racun2x perosak dan baja2x berbahaya. Kalau boleh tanam sendiri lagi bagus. Dapat jimat ongkos sama.
5) Lelaki2x budiman sekalian, elakkan pakai seluar yg ketat2x tuhh. Tak sesuai pun!
6) Nie tips utk lelaki jugak, jangan mandi air panas!! Testis perlukan persekitaran 2 degree celcius lebih rendah dari suhu badan untuk berfungsi secara normal.
 7) Berkongsi masalah korang dengan orang lain yang boleh dipercayai. Tak mau murung2x, sedih2x n pendam2x perasaan nie dah ok?!
8) Jaga kebersihan alat sulit anda. Jangan buat sambil lewa jer.
9) Kalau kitaran haid anda tak berapa baik, cepat2x dapatkan rawatan pakar. Tak yah malu tak yah segan. Mereka nak membantu anda. Terpulang kepada anda untuk dibantu atau tidak. 
10) Berdoa kepada Allah dan amalkan juga bacaan ayat2x Al-Quran. Antara yang disyorkan ialah surah Al-Anbiyaa' ayat 74-81 (baca 3x lepas Maghrib atau Isyak) dan surah Al-Waaqi'ah ayat 36-74 baca 3x lepas Subuh). Nak lebih lanjut tanya pakar2x agama.

Beringat itu baik sebelum terkena. Kalau dah terkena terimalah dengan hati yang terbuka Ingat satu perkara jer. Allah itu menguji hamba-hamba yang dia sayang. Dan tidak pernah sesekali Allah menguji seseorang itu melainkan dengan sesuatu yang mampu digalas oleh anda. Sabar..sabar..dan sabar. Teruskan berikhtiar. Insya-Allah rezeki milik anda pasti ada.

No comments: