Tuesday, May 11, 2010

Tips Syana *-* 5 Cara Redakan Kepanasan

Salam ingatan..

Penat, tak teruja, bosan dan muram. Banyak benda yang Syana nak cerita. Tapi cuaca yang teramat panas membantutkan segala. Titisan peluh yang membasahi dahi makin melambatkan pergerakan minda untuk terus menulis di sini. Biarlah saya menenangkan diri seketika. Apabila semuanya reda saya akan menjejak ke sini semula.

Bagaimana mahu kurangkan kepanasan yang melanda diri nie??

Mungkin langkah2x meredakan kepanasan ini perlu dilakukan oleh Syana dengan kadar segera.

CARA2x MEREDAKAN KEPANASAN DIRI

1) Banyakkan minum air sejuk
Lagi banyak lagi bagus! (Saya mahu makan ABC. Ada yang mahu makan bersama saya??)

2) Mandi melebihi kebiasaan.
Jika selalu mandi 2 kali, tambahkan menjadi 3. Kalau dah selalu mandi 3 kali, genapkan ke angka 4. Turunkan suhu badan agar terasa segar bugar selalu.

3) Elakkan berada di tempat awam.
Tempat awam yang sedia sesak bakal menambahkan rasa panas yang sememangnya ada. Buat seketika lupakan pasar malam, karnival jualan ataupun shopping complex. Boleh save budget sama nie!

4) Pakai baju dari material yang selesa dan sesuai dengan cuaca semasa.
Jangan tetibe masa-masa genting camnie jugaklah korang nak bergaya sakan dengan jaket kulit tebal2x tuh. memang cari nahaslah jawabnye. Tapi kalau nak bergaya dengan kaca mata hitam tak per!! Memang sesuai.

5) Hindarkan terus makanan pedas dan berminyak.
Rasionalnya, makanan bergoreng dan yang berasaskan kari boleh membuatkan kamoo semua berasa lebih terbakar. Cuba amalkan lauk-pauk yang dibakar ataupun yang bersup. Selain boleh menambahkan keselesaan di musim panas nie, kamoo semua jugak boleh memulakan program diet kamoo semua yang dah berbulan2x tertangguh tue.. Sambil menyelam minum airlah bro!

Jadi.. tunggu apa lagi?? Jom kita sama2x redakan kepanasan minda, badan dan hati nie. 

 
Cuma ingat satu jer, panas kat dunia nie tak tertanding walau sedikit pun dengan kepanasan di neraka sana =) Ini dah dikira sejuk lah nie!

P/S: Tukar layout SiFi lagi. Kali nieyh mood dia color purple! Komen kalau rasa tak suka!

No comments: