Sunday, May 16, 2010

Music & Entertainment *-* Daus AF8 Diganggu Makhluk Halus

Salam ingatan..

Baca jer tajuk entry dah tahu yang nie kisah seram. Ini kisah benar yer. Diceritakan semula oleh Shahir AF8 kepada Trek Selebriti semasa dia terkeluar sekejap dari akademi minggu lepas. Jom ikuti kisah ini!!

Daus ketika membuat persembahan di konsert AF

Setiap malam sudah menjadi kebiasaan untuk Daus tidur awal di akademi sejurus sahaja selesai segala program yang diatur. Ini berbeza sekali dengan pelajar2x lelaki yang lain yang sudah terbiasa tidur lewat. 

Tetapi malam itu, sesuatu telah terjadi. 

Sedang Daus lena diulit mimpi, tiba-tiba dia dikejutkan dengan suara jeritan pelajar-pelajar lelaki yang lain. 

"Bangun Daus.. bangun!!!!!!! Dah lewat nie. Pergi kelas cepat!"

Sebaik sahaja mendengar suara rakan2xnya yang menjerit seperti guruh, Daus terus membuka mata. Terlihat rakan-rakan lain masing-masing sedang berbalut tubuh dengan tuala. Rambut mereka semua basah seperti baru sahaja selesai membersihkan diri. 

"Oii.. Mandilah cepat!! Dah pukul 11 wei!!"

Jerkah salah seorang dari mereka sambil menunjukkan jam yang elok terpampang di dinding kamar tidur mereka. 

Daus terkesima. Dalam keadaan yang masih mamai, dia terus mencapai tuala. Sepantas kilat juga Daus bergerak ke bilik mandi. Dia perlu cepat kerana sudah terlambat.

Selesai gosok gigi serta menyabun badan dengan wangi-wangian segala, Daus meluru keluar dari bilik air. 

Tiba-tiba..

Dia merasa aneh. Keadaan kamar tidur pelajar lelaki bertukar menjadi gelap gelita dan sunyi sepi. Kelihatan Maulana, Shahir dan Iwan sedang nyenyak tidur di katil masing-masing. 

Daus menoleh ke dinding kamar. Jarum pendek jam kelihatan betul2x terarah ke angka dua.

Daus terduduk di penjuru katilnya. Terasa bulu roma di tangan mula tegak berdiri. Udara malam terasa sejuk melebihi biasa. Daus teramat keliru.

Apa yang telah berlaku?? 
Siapa yang kejutkan Daus sebentar tadi?? 
Adakah dia bermimpi??

Tak!! Daus percaya dia bukan bermimpi. Dia benar2x melalui kejadian aneh tadi. Tapi, siapa yang kejutkan dia?? Siapa yang dia nampak sedang bersiap2x ke kelas sebentar tadi?? Persoalan itu mengganggu Daus sepanjang malam.

Keesokan pagi, Daus menceritakan apa yang dialaminya malam tadi kepada pelajar lain. Semua pelajar lelaki berkerut dahi. Tidak tahu sama sekali dengan apa yang terjadi. Mereka mengaku telah lama tidur pada ketika Daus mengalami kejadian pelik bin ajaib itu.

Jadi mereka semua menyimpulkan yang Daus dikejutkan oleh makhluk lain. Maka, tersebarlah cerita di akademi yang Daus AF8 diganggu makhluk halus.

Tapi ada sesuatu yang berlaku malam itu. Yang mana ianya menjadi rahsia besar antara Maulana, Shahir & Iwan sehingga ke hari ini. Nak tahu apa yang sebenarnya terjadi??

Malam kejadian sebetulnya ia telah pun dirancang secara rapi oleh tiga pelajar lelaki ini. Daus tidak pernah pun dikejutkan oleh mana-mana makhluk halus. Tetapi dia dikejut oleh tiga makhluk nakal ini. Hahaha.

Segalanya memang telah dirancang. Sebelum mengejutkan Daus dari lena, Maulana, Shahir & Iwan telah mengubah semua jam termasuk jam dinding, jam loceng dan jam tangan kepada pukul 11 pagi. Mereka juga telah lengkap membalut tubuh masing2x dengan tuala mandi. 

Bila mana Daus masuk ke kamar mandi, mereka bertiga menukar semula jarum jam tadi. Lampu bilik ditutup semuanya. Mereka berpura2x berbaring lena di katil masing2x. Sewaktu Daus terduduk berfikir di penjuru katilnya, mereka cuba menahan ketawa. Hahahahah. Sememangnya plan rapi budak bertiga nie benar2x menjadi untuk mengenakan Daus yang suka tidur awal tuhh. Hehe. 


Kesian Daus. Sampai sekarang tak tahu kebenaran di sebalik kejadian malam misteri itu. Dia tetap masih percaya yang dia telah pun diganggu makhlus halus!!  =)

No comments: