Salam ingatan..
Nak makan mee udang simple tapi sodap sesangat tak??
Jom cuba resepi SiFi!
Mee udang nie boleh dimasak untuk lunch atau dinner. Bahkan kalau korang nak masak tyme ada makan2x dengan femily pun ok @-@
RESEPI MEE UDANG
(Cukup untuk 6 orang makan)
RAMUAN MASAKAN
2 pek mee kuning
1/4 kg udang (lagi manyak lagi syok)
3 ulas bawang putih
4 biji bawang merah
2 biji bawang besar
1 sudu besar udang kering
2 sudu besar lada giling
1 sudu besar sos tomato
3 sudu besar sos cili
1/2 inci halia
Sawi dan tauge
Gula, garam dan lada sulah secukup rasa
Daun bawang dan bawang goreng
PROSEDUR MASAKAN
1) Mula-mula, rebus udang dahulu. Pastikan air dalam periuk sedang2x ajer ya. Rebus sampai udang masak. 2) Kemudian tapis keluar udang dan asingkan air rebusan tersebut.
3) Kisar bawang merah, udang kering dan halia.
4) Tumis bawang putih diikuti dengan lada giling hingga garing.
5) Seterusnya, tumis pula bahan2x yang telah pun dikisar hingga betul2x garing dan naik bau.
6) Masukkan pula air rebusan udang tadi. Biarkan hingga kuah mendidih.
7) Bila dah mendidih, masukkan ayam dan bawang besar.
8) Masukkan juga sos tamato, sos cili, gula, garam dan lada sulah.
9) Renehkan kuah. Kuah lagi lama direneh lagi sedap.
10) Kemudian, masukkan udang yang telah direbus tadi.
11) Celur mee, tauge dan sawi.
12) Tuang kuah ke dalam pinggan berisi mee yang telah siap dicelur. Taburkan dengan daun bawang dan bawang goreng. Siap!!
Ikan Kembung Ikan Selar,
Di dalam laut berlumba-lumba,
Tidak tahu sila belajar,
Sudah tahu sila cuba.
1 comment:
sedap nye...tp tiram malas msk..hikhik..
Post a Comment