Saturday, April 3, 2010

Mudah sangat cinta mereka beralih arah!!!!

Salam ingatan...

Tajuk entry hari ni agak kontroversi kan! Syana tak nak komen banyak sangat. Cuma nak sentuh siket jer untuk pedoman bersama.


Bukankah cinta itu sesuatu yang amat mahal. Tapi mahal lagilkah harga sebuah cinta itu jika ianya amat mudah untuk dikongsi????

Amat pelik bila ada insan yang telah bercinta bersama pasangannya bertahun-tahun lamanya.. Waktu berkasih kononnya cinta mereka itu hanya untuk si dia seorang sahaja. Tapi tup2x bila dah berpisah, tak sampai satu dua hari pun cinta mereka sudah beralih arah. Boleh pulak tuhh berpasangan dengan yang lain. Kononnya hati mereka sudah berubah. Cinta mereka kini hanya milik pasangan baru mereka itu. Benar ker apa yg mereka rasa itu cinta??? Ke hanya nafsu semata?? 

Baik lelaki mahupun perempuan. Dua2x pun sama jer. Ayat manis teramat. 

 Bercinta dengan robot lagi mudah. Tak complicated macam manusia.

Syana bukan aper?? Syana cuma pelik campur tak puas hati bila cinta amat mudah dijual beli oleh generasi moden hari ini. Fikiran dah terlalu moden sampai dah rosakkan istilah cinta itu sendiri.

Cintakah itu jika berdua berpegang tangan tanpa sebarang ikatan??
Cintakah itu jika berdua berpelukan sambil mengabdikan cinta dalam sebuah gambar??
Cintakah itu jika berjam2x di talian tanpa sebarang isu penting???

Syana bukan mahu prejudis terhadap cinta. Cinta itu tidah salah. Tapi terpulanglah kepada insan itu untuk menentukan hala tuju cinta mereka sendiri. Cuma peringatan di sini, cintailah suami dan isteri anda. Kerana cinta si suami untuk isterinya dan cinta si isteri untuk suaminya itu diredhai Allah. 

Tapi andai cinta anda itu terlebih dahulu telah terbit kepada bukan suami (yakni pakwe atau special boyfriend) jangan lah putus secara mendadak pulak. Syana tak suruh pun kamu putus. Tapi jaga batas dan usaha untuk membawa perhubungan tidak rasmi kamu itu kepada sesuatu yang rasmi. Perasaan cinta kamu itu bukanlah sesuatu yang kamu boleh elak. Jadi jangan salahkan diri pulak.

Fuhh.. Dah terlari tajuk nieyhh.. HOHO

ok.. Berbalik kepada cinta yang mudah beralih arah!! 

Andai kata ada seseorang itu dah bertahun2 'mengayam kasih' dengan pasangannya. Ke mana2x bersama. Saling menyinta dan kononnya cinta mereka itu sama hebatnya dengan lagenda cinta Melayu 'Laila dan Majnun'. Malah lebih hebat dari epik cinta Shah Jahan kepada Mumtaz Mahal. Tetibe  berlaku perselisihan faham, bergaduh panjang dan akhirnya cinta mereka itu terputus di tengah jalan. 

Belum sampai sebulan malah mungkin lebih cepat, salah seorang dari pasangan itu menyatakan cinta dia kepada kamoo.. Apa perasaaan?? Apa buleh pakai ker cinta manusia sebegitu??

Cuba korang pikir erk?? Kalau dekat bekas pasangan dia tuhh dia buleh buat macam tuhh, hanya cinta sementara jer.. Maka tak mustahil cinta untuk kita tue pun hanya bersifat sementara..Yang mustahil tuhh kalau dia mati-matian cakap yang cinta dia untuk kita tuhh sejati.. Sejati ker??  Mulut manis mengalahkan tebu..Fuhh..

Jadi, kepada mereka2x di luar sana, berfikir dahulu lah sebelum menerima cinta2x mereka yang sebegini ok!! Terlajak drive kereta buleh undur, terlajak terima cinta buruk padahnya!! =)

Maaf jika entry ini agak emo!! Hanya berkongsi pandangan. Tak mintak persetujuan semua pun.

p/s: masalah tarikh presentation dh settle.. Sir EDDY dah bg perlepasan kt syana,ct n ilah utk present awal.. pd tarikh 12/4/09.. Thanks Sir Eddy!!

8 comments:

raindrops_on_my_head said...

ade bekas pakwe org ngorat ko ke sya???

SyaNa_SaN said...

xder lar.. cuma situasi persekitaran jer..byk btul berlaku!!

nja jannah said...

sya...korg je ke present awl?
ktorg xkn?

SyaNa_SaN said...

a'a kitaorg jer.. +++ asz
yg laen2x tak.. postpone ke 26th April..
bukan May taw.. hehehehhe

raindrops_on_my_head said...

oooo... hehe :P

saindora alhusna said...

syana!!(sjk bila dh tukar nma ni,hehe)

love it! sy pn stuju, why r this love contemprary?

but i've found one love which is long lasting..do u wanna know it?
best sgt!!

neway, all the best syana!!

saindora alhusna said...

luv u syana!!

SyaNa_SaN said...

syatul... luv u too

long lasting love: yup
luv between Allah n HIS slave.. =)