Salam ingatan...
Sebelum Syana jawab soalan korang tue lah kan, Syana nak tanya siket. Pernahker korang tue tolong orang lain? Pernah ker korang tue ada hati perut?? Pernah ker korang tue bersimpati dengan kesusahan manusia lain?? Dan pernah ker korang tue ada sifat perikemanusiaan? Paling penting pernahker korang tue bantu orang??
Kalau pernah Alhamdulillah lah kan. Tapi kalau seumur hidup kita memang jarang nak tolong orang janganlah nak merungut bila orang lain pun susah nak tolong kita. Formula kehidupan nie senang jer. 'Kita buat kita dapat balik'. Jadi kalau kebaikan yang kita buat maka kebaikan jugaklah yang bakal kita dapat. Tapi kalau sebaliknya faham2x sendiri lah yer.
Jangan nak meminta-minta dari manusia lain sesuatu yang korang sendiri tak pernah bagi. Tak adil namanya. Tapi kalau korang dah memang dasar muka tembok yang tak tahu malu, teruskanlah gaya hidup hebat korang tue. Sememangnya akan ramai lah orang lain yang akan 'sayang' kat kita bila kita buat sedimikian. Tak percaya teruskanlah.
Tolong orang nie bukan bermaksud kita tolong orang yang nak mati lemas kat tengah laut tue jer. Bukan sampai kena derma organ penting dalam badan baru dipanggil menolong orang lain. Setakat bagi makcik tua duduk kat dalam monorel tu pun dah dikira bantu orang. Nak yang lagi senang, korang jimatkan penggunaan elektrik. Itu pun dah termasuk dalam menolong parent korang jimatkan belanja utility. Tak susahkan! Cuma nak praktis jer yang payah.
Harap2x lepas nie korang semua termasuklah diri Syana jugak amalkan semangat tolong-menolong nie. Bila orang mintak tolong dengan kita, kita bantulah selagi terdaya. Kalau tak dapat tolong dari segi material dan fizikal sekalipun, tolong bagi semangat dan sokongan pun dah memadai. Ingat yer, sekali kita tolong orang susah seribu kali orang tue akan kenang jasa kita. Moga2x bila tiba masanya kita pula yang dilanda payah, ada insan yang sudi menghulur tangan membantu kita. Insya-Allah pasti ada!!
3 comments:
betol2!
aku geram dengan orang yang suka2 nak mintak tolong kitaa.
kalau sowh dia, mcm nak mmpuihh tarik muncung! geramm.
salam,
hehe..yela..kena saling tolong menolong. klau asyik satu pihak jek yg menolong, letih la..
aisha: huhu.. rencah kehidupan aisha. Memang begini.
karl: salam. xper karl. letih2x pown dapat pahala byk!
Post a Comment