Tuesday, May 4, 2010

5 Tips Syana *-* Tak Emo

Salam ingatan...

Emo tue sebenarnya singkatan untuk emotional. Emotional tue maksudnya terlebih emosi. Emosi tue maksudnya perasaan. Jadi samalah jugak kalau Syana katakan yang emotional tue bermaksud terlebih perasaan. Aduhh.. banyaknyer word seerti.. Pening..pening. Toing2x.


Selalunya orang cakap spesies manusia yang suka emo niey adalah orang perempuan. Ya lah, pantang ada terselisih sikit teroos jer nak terasa ati..  Kes tak der orang nak teman pergi toilet pun boleh bagi dia merajuk sakan sampai berminggu-minggu tau.. Hhahahha.. Perempuan.perempuan!! Opss.. Xleh melebih2x sangat, saya pun perempuan jugak. Tapi betul ker perempuan jer yang emo?? Apa lelaki tak emo ker?? Elleh.. Emo jugak. Baru jer kena tegur siket dah nak melenting.

Sudah..sudah.. Jangan nak bergadoh ker haper pulak. Hari ini kita bukan nak berbahas hal jantina. Lelaki atau perempuan. Dua-dua pun sama jugak. Dua-dua pun emo. Cuba tengok tyme kena tinggal dengan pasangan masing2x, dua tiga hari nie tak makan. Duk berkurung jer dalam bilik. Habis bengkak mata2x. Dah macam ikan flowerhorn jer Syana tengok..Tak cukup dengan itu, semua orang nak dimarahkannya. 

Hello.. yang buat korang merana tue pasangan korang. Yang kamoo pergi menyeksa diri ++ orang lain tue apa kes?? Cuba korang rileks siket.. Meh kita semua amalkan tips Syana sentiasa cool tanpa emo2x nieyhh..

 Alahai.. Buruknya muka manusia2x yang suker emo nieyhh!!

5 TIPS TAK TERLEBIH EMOSI
  
1) THINK POSITIVE
Ya. Apa sekalipun yang terjadi sentiasalah berfikiran positif. Jangan kepala hotak korang tuhh asyek nak disumbatkan dengan benda2x berunsur negatif jer. Cuba kalau ditinggalkan pasangan tue korang fikir camnie "Syukur Ya Allah. Aku tahu dia bukan yang terbaik untuk aku & engkau mahu menemukan aku dengan yang lebih baik dari dia selepas ini. Mekasih Ya Tuhan.."

2) TARIK NAFAS 
Nampak macam simple tapi seyes memang berkesan. Bila korang rasa nak menangis ker nak menjerit ker nak marah orang ker cuba tarik nafas dalam2x dulu. Kemudian hembuskan perlahan2x. Buatlah 2 ke 3 kali. Selepas itu nescaya emosi kamu sedikit stabil dan dapat dikawal dengan betul. Ingat.. Nak nangis tue tak salah. Tapi jangan over ok!! Biarlah kukuh alasannya kalau kamoo semua nak nanges beriya-iya sekalipun. 

3) JANGAN TERLEBIH MENGHARAP
Ini penting kowt. Sebab bila korang mengharap sepenuh jiwa dan raga, hati korang akan rasa kecewa yang amat bila harapan korang itu tak terlaksana. Lagipun agama kita sendiri dah pesan bersederhanalah dalam segala hal. Jadi.. apalagi??!! Sila berpada2x.

4) BERGAUL DENGAN MEREKA YANG TAK EMO
Ini susah siket lah kita nak buat kan?? Sebab orang kata berkawan biar seribu. Baik buruk kawan kita tuhh kita kena terima. Takkan kita tak nak berkawan dengan seseorang tue sebab dia terlebih emosi kan?? Tapi sebuleh mungkin elakkanlah untuk mempunyai BFF cam nie.. Sekadar kawan2x biasa jer cukuplah. Bukannyer haper.. mood pagi korang yang baik pun buleh jadi buruk bila terpaksa hadapi tsunami emosi kawan kamoo nie. Kamoo yang tak emo pown bleh jadi emo sekali. Kalau emo bertempat tak haper lah jugak kan. Tapi nie emo yang langsung tak sesuai kowt. Coklat cadbury yang dah tinggal separuh dalam peti sejuk hilang pun nak meraung, meracau n mencarut sesuka suki jer. Aduhhh.

5) DENGAR LAGU MOTIVASI
Treatment ini mungkin juga berkesan untuk elakkan korang emo sana emo sini. Bukan susah juz dengar lagu penaik semangat tu beberapa kali. Fahami seni katanya dan nyanyikan bersama. Kalau syana, syana pilih untuk nyanyikan lagu Hadapi Dengan Senyuman oleh Dewa19. Kalau korang?? Tapi janganlah pulak pilih lagu2x desperate cam lagu "Ohh..mama.. Saya mahu kawen..Kawen dengan siapa. Dengan siapa saja" Lagi stress lah jawabnya kalau korang nyanyi lagu2x begini. Ish3x. Tapi antara lagu lain yang dicadangkan untuk memotivasikan diri adalah seperti lagu "I Believe I Can Fly", "Hanya di Mercu by Ayu OiAM", "Hampir ke Situ by Mendua" ataupun lagu "Bagaikan Puteri".

5tips rasanya sudah terlebih cukup untuk korang nak kurangkan penyakit emo-emo nieyh..
Jadi macam mana?? Nak emo2x lagi ker?? Kang hilang kawan kang?? Semoga berjaya!!

2 comments:

nabilah_2908 said...

Hrumm...nice n3...

tp sy mmg tk suka nk melayan perasaan emo ni...boleh sakit jiwa..hehe...

apa pun terjadi...senyumlh selagi mampu.. :)

jom ke APA KATA HATI pulak,
IKHLAS KE

SyaNa_saN said...

ya nabilah.. senyum itu pengubat duka. hati yang membara pown buleh sejuk seketika..