Friday, May 28, 2010

Celoteh Kehidupan *-* Di Tempat Yang Salah Pada Masa Yang Salah Dan Barangkali Bersama Orang Yang Salah

Salam ingatan...

Bangun pagi tadi terasa lebih segar dari biasa. Wee =) Mungkin kerana sepanjang malam semalam Syana keresahan tidak berapa selesa dengan sekeliling. Syana fikir Syana berada di tempat yang salah pada masa yang salah dan barangkali juga mungkin bersama orang yang salah. Mungkin orang yang membawa Syana ke sana kurang sensitif dengan diri Syana yang sekarang sehingga membawa Syana ke sana..

Chesss.. Nada penulisan cam teruk sangat jer tempat tue!! OK.. jgn risau.. Bukan pergi clubbing atau tempat2 yang seerti dengannya yer. Tapi tempat tue tetap tidak sesuai untuk Syana yg dah mula nak bertudung skang nie. Kalau Syana masih free hair cam dulu pun tetap tak sesuai. Sebab Syana bukan kutu rayau ++ Syana adalah budak skema yang membawa nama baik keluarga dan universiti. Ok.. Dah terlebih emo nie.

Nak tahu ker Syana ke mana?? Syana di bawa ke tempat lumba kereta. Dan semestinya bukan lumba kereta secara halal. Dah pagi kowt masa tue. Dalam kul 1 lebih-lebih. Dah ler ramai lelaki yang ".... susah nak describe mereka dalam satu perkataan". 


Yang pasti agak tertipu malam tadi. Kerana mengikut plan asalnya sepatutnya orang yg bertanggungjawab hantar saya balik umah Mak Tok di kampung. Tapi diminta Syana menemankannya bertemu rakan kepada rakannya yang sorang lagi. Adess. Sebab tak der pilihan saya mengikoot. Lagipun baru pukul 9 masa tue. Dan katanya sebentar sahaja. Aleh2 lepas jumpa kawannya itu, ke sana pulak desinasi mereka. Saya sangat temper. Saya kuar kerea kejap jer. Dalam seminit dua. Lepas tue terus berkurung dalam kereta. Pura-pura tidur sehingga ke jam 4 pagi. Saya rasa itu jalan terbaik. Seb baik Syana pelakon untuk kelab kebudayaan kolej @-@.

Hmm.. Cukup situ luahan rasa pasal malam semalam. Mungkin lepas nie, Syana kena lebih beware untuk keluar dengan dia lagi. Keluar tak salah. Tapi mungkin kena lebih berkeras. Malam mungkin tidak lagi kowt. Melainkan bersama ahli2 keluarga yang lain. =) Pengajaran buat Syana. Wee.

p/s: Tak per syana dah maafkan dia. Jangan tacing2 ok!!

2 comments:

cik idaY said...

nasIb bek tak berlaku pper..len kalI jaga dr bek2 k..he3..

b4 kluar,knal pasti dulu..tempat yg dituju k..

SyaNa_SaN said...

okayy.. thanks atas nasihat cik iday