Sunday, May 9, 2010

Music & Entertainment *-* AFMASUK SHAHIR

Salam ingatan..  
Syana memang mengharapkan akan ada pengumuman tentang AFMASUK kat AF semalam.. Tup2x memang betul kowt! Excited giler.. Wihaaa


Bukan aper, Syana adalah minat kat pelajar AF8 yang sorang nie. Suara dia, gaya dia dan attitude dia memang mantop! Agak terkejutlah jugak waktu konsert minggu lepas apabila nama Shahir diumumkan sebagai pelajar yang akan meninggalkan akademi olah Sarimah. Aduhh! Rasa tak cayer je..

Antara persembahan Shahir ketika di konsert AF

Mengikut telahan Syana, Shahir menjadi mangsa undi. Dia bukan takda peminat cumanya peminat Shahir merasakan yang Shahir telah berada di zon selamat sekaligus berhenti mengundinya malam itu. Sayang sekali kerana tindakan sedemikian telah menyebabkan Shahir tersingkir. Sedangkan ramai lagi pelajar lain yang lebih layak untuk meninggalkan akademi berdasarkan mutu vokal, persembahan dan attitude mereka. Syana tak nak cakap sapa.. Bak kata Nabil, "Lu pikirlah sendiri".

Walau bagaimana sekalipun, keputusan akademi untuk membuka undian masuk kepada para pelajar yang telah tersingkir bagaikan memberi peluang kembali kepada Shahir serta pelajar2x lain untuk diserap semula ke Akademi Fantasia 8. Selain Shahir, 6 pelajar lain yang akan berentap untuk merebut tiket masuk semula ke akademi ialah Shah, Ema, Anum, Alif, Nad dan Farina. Harap2x keputusan undian malam ini adalah adil dan saksama berdasarkan bakat yang ada pada para bekas pelajar. 

Buat mereka yang menyokong karier seni Shahir, jangan lupa untuk mengundi! Anda hanya ada beberapa jam sahaja lagi sebelum talian AF masuk ditutup. 

Untuk mengundi caranya mudah sahaja.

Taip AFMASUK3/5/10<jarak>SHAHIR dan hantarkan ke 32999.

Jadi malam nie sama-samalah kita tercongok depan tv menantikan keputusannya dalam DEBARAN AF di ASTRO RIA yer!!

2 comments:

Nadhirah Shamsuddin said...

hidup shahir!
cayelah..
i pon suke kt shahir gak.
mmg patut pon wat af masuk, sbb shahir ade bakat..

miss hav0c said...

i likey!!!!