Tuesday, May 4, 2010

Senduk Vs Sudip *-* Puding Penambat Hati Ibu Mentua

Salam ingatan..

Kalau sebelum nie kita blajar masak tomyam campur n prawn butter yang sedap tuhh, kali nie apa kata kita belajar buat pencuci mulut pulak.. Sepertimana tajuk entry, puding yang dah selamat pun Syana buat nieyhh bisa menambat hati sesiapa sahaja yang merasanya. Tak kiralah mak mentua ker, suami tercinta ker ataupun keluarga tersayang. Yang penting, sila masak dengan penuh kasih sayang!!

Hoho.. Tak lama lagi hari ibu kan.. Jadi boleh lah kamoo2x semua masakkan puding istimewa nie khas buat ibu yang telah banyak berjasa. Syana gerenti mereka terharu.. Tak percaya try lar!! Tapi beware.. jangan sampai meletop dapur ibu kamoo kerjakan. Nanti tak pasal2x bukan dia terharu tapi kejar kamoo pakai batang penyapu.. Wakakaka.. (Ada lagi ker ibu yang kejar anak pakai batang penyapu zaman sekarang nie??)

RESIPI PUDING PENAMBAT HATI
(untuk 1 loyang)

Gambar puding yang syana dah try minggu lepas.
RAMUAN MASAKAN
1 tahil agar-agar
3 cawan air biasa
1 cawan air dari tin buah peach
1/2 cawan air dari tin nata de coco
6 biji kuning telur (pukul asing terlebih dahulu)
1/2 cawan gula
1/2 cawan susu pekat
1sudu teh vanila essence
1/2 tin buah peach
1//2 cawan nata de coco perisa laici

PROSEDUR MASAKAN
1. Mula-mula, basuh agar2x. Kemudian masukkan terus kedalam loyang yang dikehendaki. Untuk mendapatkan puding yang cantik, agar2x tidak dikerat2x kepada beberapa bahagian.
2. Campurkan bahan2x lain seperti kunin telur, gula, susu pekat, vanila essence, air, air nata de coco dan air buah peach ke dalam satu bekas lain. Kacau sedikit sebanyak.
3. Selepas itu, buah peach dan nata de coco dimasukkan ke dalam loyang berselang seli dengan campuran larutan tadi. 
4. Loyang yang terisi dengan segala bahan itu tadi kemudiannya dikukus selama 2 jam.
5. Selepas 2 jam, biarkan puding sejuk seketika. Kemudian masukkan ke dalam peti sejuk. 
6. Selepas 1-2 jam, puding sedia untuk dinikmati.

Pesanan Chef Syana: Jika anda cucuk puding dengan garfu selepas 2 jam dikukus, agar2x masih cair. Ini kerana agar2x tidak akan mengeras sehingga habanya hilang.

Ikan kembung Ikan Selar,
Di dalam laut berlumba-lumba,
Tidak tahu sila belajar,
Sudah tahu sila cuba.

No comments: