Sunday, May 16, 2010

ShoutOut *-* Penyertaan Contest Pertama Syana = Cari Beza Gambar & Hasilkan Sebuah Karya Agung

Salam ingatan..

Berjalan2x tadi jumpa satu pertandingan. Xpernah2x Syana sertai apa2x contest sejak bergelar blogger nie. Percaya tak?? Haha. Tapi hari ni rasa cam hati dah terbuka besar2x nak join contest. So, Cik Syaza Shafeeqah , ini penyertaan Syana yer!!

Contest ini terbahagi kepada 2 bahagian.

Untuk bahagian 1, Cik Syaza mintak cari 7 perbezaan pada gambar2x dibawah. Jom cari sesama yok!



OK.. 7 perbezaan dah dibulatkan dengan pen dakwat purple. Penat mencari tadi. Jom kita berhenti minum air pearl cafe kejap!! Hehe.

Untuk bahagian 2, Cik Syaza mintak buat satu karya berdasarkan salah satu gambar yang diberi. Tak kiralah sajak, syair, pantun, gurindam atau cerita pendek. Jom layan karya saya.


Saya pilih gambar 2

Lily merenung lukisan cat minyak yang telah disiapkannya beberapa tahun yang lalu. Lukisan yang menggambarkan betapa indahnya lokasi rahsia mereka itu sungguh bermakna buat Lily. Ada kisah di sebaliknya.

XXXXXXXXXX
  
Rika dan Lily memang bersahabat baik sejak di bangku sekolah rendah lagi. Mereka berdua cukup dikenali sebagai pasangan kembar SMK Impian di kalangan rakan-rakan. Semua perkara mereka lakukannya bersama. Mereka tidak pernah bertikam lidah. Jauh sekali untuk bersengketa. Jika Rika bersedih, Lily juga akan turut berduka. Dan jikalau Lily sakit, Rika pasti dapat merasakannya sama. Begitulah akrabnya persahabatan mereka.

Tapi lama kelamaan, Rika mula berubah laku. Anginnya tak menentu. Lily tidak lagi dihiraukannya seperti dulu. Malah, apa sahaja yang dilakukan oleh Lily pasti salah di mata Rika. Rika sering memperlekehkan kebolehan dan kesungguhan Lily untuk mencapai cita-citanya bergelar pelukis tersohor. Pada mulanya, Lily bersabar dengan perubahan sikap rakan baiknya itu. Tetapi apabila cara pemakaian dan imejnya dipersendakan oleh Rika, Lily mula berkecil hati dengan sikap Rika yang dianggapnya sungguh keterlaluan. 

Dia tidak mengerti kenapa Rika mula berubah perangai. Rika yang dikenalinya dulu adalah seorang yang penyabar, tenang dan sering menyokong apa sahaja yang dilakukannya. Rika yang dahulu tidak pernah sekali-kali memperkecilkan dirinya. Tambahan, Rikalah yang selalu menasihatinya untuk yakin pada diri. 

'Rika.. Aku rindukan kau yang dulu!!' detik hati Lily.
 
XXXXXXXXXX

Minggu berganti minggu, Rika dan Lily semakin renggang. Mereka bukan lagi saudara kembar SMK Impian. Tanpa sebab, tanpa isyarat, mereka bagaikan dua orang asing yang tidak pernah mengenali. Sedaya upaya Lily tetap cuba untuk merapatkan persahabatan mereka kembali. Namun, semakin erat Lily cuba menyimpulkan ikatan persahabatan mereka semakin jauh Rika pergi. 

Suatu hari, Rika menghantar SMS kepada Lily. Dia mahu bertemu Lily di tempat mereka sering bersantai suatu ketika dulu. Tempat itu dikenali sebagai tempat rahsia pasangan kembar SMK Impian. Setelah menerima SMS itu, Lily sedikit teragak-agak untuk pergi berjumpa Rika. Entah kenapa hatinya berasa kurang enak. Tapi.. sebagai seorang teman yang masih menganggap Rika sebagai sahabat sehidup sematinya, Lily menggagahkan diri.

"Ada apa awak nak jumpa saya Rika?" tanya Lily sebaik sahaja tiba di lokasi perjumpaan keramat mereka itu. 

"Nah.. Ini untuk awak!!" jawab Rika keras.

"Apa ni?" tanya Lily lagi sebaik terpandangkan sebuah kotak terbalut cantik dengan warna biru laut. Ianya memang warna kegemaran mereka berdua.

Suasana sunyi seketika. Rika menarik nafas dalam sebelum bersuara.

"Saya akan pindah dari sini Lily. Esok saya akan berangkat." kata Rika sambil mendongak ke langit cerah.

"Apa?? Awak nak pindah! Tapi kenapa?" tanya Lily separuh menjerit.

"Saya harus. Dan saya terpaksa," Rika menjawab perlahan. Antara dengar dan tidak.

"Jadi, saya bagaimana? Saya sayangkan awak Rika. Saya perlukan awak dan saya tak boleh hidup tanpa awak. Awak tak boleh pergi!!" teresak-esak Lily menangis. Dia benar-benar tidak dapat menerima perkhabaran itu.

"Awak boleh hidup tanpa saya Lily. Awak boleh!! Sudah dua bulan kita jauh. Dan saya sama sekali tidak nampak yang awak tidak boleh hidup tanpa saya!" kali ini suara Rika keras. Dia merenung tajam ke dalam mata Lily. 

"Tapi Rika.."

"Shhhhh..." Rika pantas menerkup mulut Lily.

"Lily!! Dengar sini. Ambil pemberian saya ini. Simpan dengan baik. Selepas tiga bulan baru awak buka. Ingat. Kalau awak sayangkan saya, buka kotak ini selepas 3 bulan."

Dan sejurus selepas memberi amaran itu, Rika memeluk Lily erat. Kemudian, dia terus berlari meninggalkan Lily yang masih terpinga-pinga tidak mengerti dengan apa yang sedang terjadi.

XXXXXXXXXX

Berbulan-bulan Lily menanti, dia sememangnya runsing dan keliru. Berkali-kali dia cuba menghubungi Rika dan ahli keluarga Rika yang lain. Tetapi tidak pernah berjaya. SMS yang dihantarnya juga tidak berbalas. Lily tahu sesuatu telah terjadi. Tetapi apa?? Persoalan itu hanya tergantung tanpa jawapan. Kalau hendak diikutkan fikirannya, mahu saja Lily membuka kotak bungkusan biru muda itu. Tetapi hatinya meronta-ronta untuk dia terus menghormati permintaan Rika.

Genap tiga bulan, kotak bungkusan yang diberi Rika dibuka dengan penuh debar olah Lily. Sebuah album yang memuatkan puluhan gambar kenangan persahabatan mereka mengisi kotak tersebut. Lily mengamati satu persatu gambar mereka berdua. Di muka surat terakhir album, Lily terlihat sekeping kertas yang berlipat terselit rapi di situ.

XXXXXXXXXX

Bismillahirrahmanirrahim

Lily yang disayangi,

Terima kasih kerana menepati janji kita. Saya tahu awak seorang yang amanah. Terima kasih kerana menurut permintaan saya.

Lily,

Saya tidaklah begitu pandai mengarang surat. Awak pun tahukan yang saya tidak suka subjek penulisan semasa di sekolah rendah dahulu =p . Tapi, saya tetap juga mahu coretkan sesuatu untuk awak di sini.

Lily, 

Pertama sekali saya mahu memohon ribuan ampun daripada awak. Saya tahu saya telah banyak melukakan hati awak sama ada secara sengaja ataupun tidak. Tujuan saya cuma satu Lily, saya tidak mahu awak terus bergantung kepada saya. Saya mahu awak berdikari di atas kaki awak sendiri. Saya mahu awak biasakan diri menjalani kehidupan tanpa saya. Maafkan saya Lily. Tapi hanya membuatkan awak terluka sahaja membolehkan awak menjauhi saya.

Lily,

Saya nak awak tahu seperkara. Saya tersangat sayangkan awak. Saya sungguh bersyukur kerana saya telah dianugerahkan oleh Allah untuk memiliki seorang sahabat sebaik awak.  Dan saya juga nak awak tahu yang selamanya kita adalah pasangan kembar SMK Impian. Terlalu banyak kemanisan saat kita bersama. Itu semua sungguh membahagiakan saya. Awaklah satu-satunya sahabat baik yang saya ada.

Lily,

Untuk pengetahuan awak, ketika surat ini dibaca, saya pasti sudah tiada lagi di sisi untuk menemani awak. Malah, saya jugak tidak dapat lagi menangis serta ketawa bersama-sama awak seperti dulu. Sebagaimana yang awak telah tahu, saya sudah berpindah dari sini. Tapi ada sesuatu yang awak tak tahu, perpindahan saya ini adalah bersifat kekal. Saya pergi menuju ke satu dunia lain yang hanya dipisahkan dengan nyawa. 

Lily,

Badan Rika sudah tidak mampu lagi untuk menanggung kesakitan ini. Seperti kata doktor, paling lama saya boleh hidup pun hanya sebulan sahaja lagi. Tumor di otak saya semakin membesar. Tiada jalan untuk membuangnya. Rawatan pembedahan juga tipis peluangnya untuk menyelamatkan saya. Dan saat awak membaca bingkisan ini, sememangnya saya sudah tiada. Maafkan Rika kerana rahsiakan ini dari Lily. Rika tak mahu Lily turut merasai kesakitan Rika.

Lily,

Pemergian saya ini janganlah awak tangisi. Memang telah tiba masanya untuk saya pergi. Pergi ke alam yang hakiki. Kembali kepada Allah yang merupakan pemilik seluruh alam. Jangan bersedih Lily. Kerana saya akan amat terseksa jika awak bersedih. Jangan risau juga. Awak tak mungkin akan merindui saya. Kerana saya sentiasa akan terus ada di hati awak.

Lily,

Akhir kata, maafkan saya sekali lagi. Halalkan segala makan dan minum serta ilmu yang pernah Rika dapat dari Lily. Teruskan usaha awak untuk mengapai kejayaan. Saya akan terus menyokong awak dari jauh. Saya percaya suatu hari nanti awak akan mampu menjadi seorang pelukis yang berjaya. Sebagaimana idola awak Leonardo Da Vincci. Jangan pernah putus asa dan yakin pada diri.

Salam Sayang,
Rika
  
XXXXXXXXXX


Lily menyeka titisan jernih yang mulai jatuh dari kelopak matanya. Lukisan itu terus direnungnya. Ya, awak telah pergi Rika. Di situlah kali terakhir kita bertemu dulu. Dan kini seperti mana gambaran lukisan cat minyak ini, bangku itu akan terus kosong tanpa kehadiran pasangan kembar SMK Impian.

SEKIAN

Ok. Karya agung sudah siap. Gi mana Cik Syaza?? Ada potensi nak dapat hadiah tak?? Hehe =0

9 comments:

SyaZa SyaFeeQaH said...

Wah, sungguh berpotensi Syana membuat cerpen ek.
besh cerita tu!
sedih. sob...sob...
Rika sakit rupanya.
Ada bakat ni!
Teruskan bakat anda ek!

Terima kasih sebab menyertai pertandingan syaza yang tak seberapa ni.

Nah, hati untuk Syana. ♥

SyaNa_SaN said...

Hye Cik Syaza Sayang,
Saya dah terima hati dari kamoo.

Mekasih juga di atas pujian ke atas cerpen saya. =) Ngee

n.a.n.a said...

mantap. thumbs up! =)

SyaNa_SaN said...

Thankz Nana!! Wee

adeQ said...

mesti menang.. alllaa... tak jadi la nk join gak... da rse kalah daaa~

edoraemon said...

cuma blog walking. memang carpen best.
haha
aku ternangis masa baca. dah lah aku bukan jenis yang menangis.
:)

Nana Bee ♥ said...

great story, sampai tersak-esak. thumb up! and congrates :)

Gerrard said...

Mari minum kopi. Kopi bertaraf dunia anti oksidan.

fndrocka said...

Kontest Hanis & Mira terlambat pergi Exam

syana...meh join kontest ni pulak..tengok kreatif takat mana.nampak cam boleh pergi jauh tu.hoho