Tuesday, May 25, 2010

Belajar Bahasa Kelantan Secara Percuma *-* Sesi Pembelajaran 5

Salam ingatan..

Ohh, Kenyangnya breaklunch!! Wee @-@ Bila perut kenyang, hati jadi senang. Jadi, mudahlah nak absorb pelajaran baru. Wekekek. Macam nak belajar benda serius jer kan.

Macam biasa nak belajar kenalah dimulakan dengan bismillah dulu. Lagi cantik kalau baca jer doa penerang hati. Barulah ilmu diberkati.

Pesanan ringkas: Sebutan untuk huruf 'e' begini ialah emak. Tapi 'E' begini pula disebut seperti Esok

1) Derak =  berjalan-jalan / bersiar-siar
Mula-mula nak sebut memang susah, lama-lama pasti mudah.

Contoh penggunaan ayat: "Awak ada nak pergi derak mana2x tak weekend nie?" tanya Minah kepada Ali.

2) Tubik = keluar
Nie word femes yang selalu orang luar dengar orang kelate cakap.. Hah

Contoh penggunaan ayat: "Kita nak tubik derak pukul berapa nie?" tanya Ali kepada Minah.

3) Koya = perasan / SS
Perumpamaan lebih mudah, masuk bakul angkat sendiri. Wee
 
Contoh penggunaan ayat: "Koya bagus lah awok nie!" laung Rogayah kepada Abu.

4) Do oh = melampau / over
Ada jugak orang yang guna word nie sebagai berdo oh. Apa2xlah. Janji maksudnyer sama.

Contoh penggunaan ayat: "Saya tengok dia tadi macam marah berdo oh jah kat Abu," terang Ali.

5) Lagho = sia-sia / tak berfaedah / tak tentu hala
Nie hobi budak2x remaja macam Syana lah nie. Adess



Contoh penggunaan ayat: "Jauhi aktiviti-aktiviti lagho kerana ianya tak sedikitpun menguntungkan kita," nasihat pakar motivasi itu.

Sampai ketemu lagi di lain sesi minggu hadapan. Praktis jangan tak praktis!!

8 comments:

hanaKir@ said...

hohoho..my fwens a lot frm kltn but non of them speak slang wif us..they us kedah slang instead..muhahah

Aus MeLankoLik said...

hahhak , pasni buat kamus terus , hehhe .

SyaNa_SaN said...

hye hanaKir@,

hehe.. mybe diorang guna slang kelate dgn people from kelate jer kowt.. wee =)

SyaNa_SaN said...

hye Aus,

Syana tak cukup pro nak buat kamus..wee

ullyana zaidy said...

ni bg ni..
haha..
leyh blaja bhse kelate..

helena's said...

saya tau perkataan colek!

colek buah!

kan kan?heheehe

SyaNa_SaN said...

ullyana: =) hehe

SyaNa_SaN said...

hye helena,

betullah tue.. hhehe. tapi ada colek lelain lagi.. colek perut, colek ikan, colek ayam n macam2x lagi lah.. wakaka