Saturday, May 15, 2010

Celoteh Kehidupan: 3 Perkara Menarik Yang Terjadi Sepanjang Siri Jelajah KB Hari Ini

Salam ingatan..

Penat nie. Baru jer balik dari siri jelajah KB yang entah kali ke berapa ntah!! Hahah. Dari lepas Subuh pagi tadi Syana kuar umah. Malam trangtangtang nie baru boleh balik. Mana tak capek! Adess. Nak buat macam mana kan.. Dah abah ada meeting kat KB kul 9. Kenalah kuar umah awal.

Actually, siri jelajah KB kali nie hanya bermula selepas solat jumaat (kenalah tunggu banker keluarga abis meeting dulu..wakaka). Sementara tunggu abah, Syana, Umiey & adeq2x lepak umah PakNgah kat Pasir Mas. Jumpa maktok yang memang dah 3minggu bermukim kat situ akibat takda air kat kampung gara-gara kemarau. Jumpa sepupu2xku yang laen juga.. wee.

Tapi xsempat nak berbual panjang pun. Syana terpaksa rela nemankan Umiey, Makngah n Maktok melawat kaum kerabat yang tengah sakit. Mereka ini baru jer kuar wad beberapa hari yang lepas. Mereka di sini merujuk kepada 3 orang. Mak aii.. 3 orang sekali nieyhh. Pelbagai sebab. Ada yang accident motor (isteri PokJu), darah rendah (suami MokNa) dan sakit warga emas (Tok Jaroh). Bak kata Maktok Syana "Kenapalah Dia duk kutip ahli keluarga kami untuk menerima dugaan2x kesakitan ini?" Biarlah Maktok. Itu tanda Allah masih sayang kita. Alhamdulillah.

OK. Macam yang diplan lepas solat Jumaat + lunch, siri jelajah KB bermula. Misi abah adalah nak cari pakaian dan beberapa keperluan lain sebagai persediaan untuk Rais masuk U. Poyo jer kan. Walhal lambat lagi kowt daftar masuk UiTM Kedah tue.. hehhe. Tapi dah memang itu perangai abah. Suka buat persediaan awal. Baju raya kami sekeluarga untuk tahun ini pun dah siap ditempah sebulan yang lalu. Memang dasyat!!

Tadi tue misi abah. Misi anak sulung dia nie pulak lagilah banyak. Wakaka. Dan semestinya membeli..membeli dan membeli. Kijo menghabiskan pitis ajo! Hehhe. Saya pun nak wat persediaan masuk degree jugak. =p

Banyak perkara yang menarik terjadi sepanjang siri jelajah hari nie. Antaranya:-

1) Syana telah membeli sehelai seluar jean hitam (boleh dikatakan sebagai seluar slack juga sbnrnya). Jadi apa yang menarik?? Yang menjadikan ianya istimewa, Syana dan my only younger sister (Neddy) telah pun membeli seluar jean tersebut dengan pattern, brand, colour n size yang sama. Waahh.. terasa seperti ada twin pulak. Tak pernah2x seumur hidup I beli barang yang sama sebijik dan sejibik dengan orang lain nie...serentak pulak tue. Hehe. Saiz haper?? Tak perlulah tanya. Saiz org2x besar jer @-@

 Nie lah seluar berkembar tue!!

2) Bulan 7 nanti Syana kan nak masuk degree. Itu juga sekaligus bermaksud Syana kena daftar masuk umah sewa. Wee. Mana ada orang nak benarkan budak tua bangka macam saya nie duduk asrama free macam dulu lagi. Tapi Syana suke!! Sebab dah lama nak merasa duduk umah sewa sendiri nie. haha.. Walaupun ramai yang bagi feedback tak best tapi Syana tetap excited jugak. Belum cuba belum tahu kan?? Pada Syana, kehidupan umah sewa diaorang tak best mungkin kerana mereka menyewa bersama2x mereka-mereka yang salah. Haha. Moga2x Syana bakal bersama mereka2x yang benar. Amin.
Jadi dengan itu setelah berbincang bersama dengan my future housemate, Syana telah diberi mandat untuk menyediakan blender. Maka tadi blender ini telah menjadi pun menjadi pilihan kalbu.

Blender nie ok lah kan?? Ada dry blender sekali.

3) Alang2x dah kuar KB, kami singgah Tesco sekali. Syana carilah barang2x nak buat kek oreo cheese macam yang cik nabilah 'apa kata hati' kasi tahu tue. Terkial2x jugaklah Syana nak cam yang mana satu cream cheese dan yang mana satu sour cream. Adess. Syana tak familiar pown ngan bendalah2x begini. Cam ikuti game pencarian harta karun pulak. Wee.. Apa pun cik nabilah, saya akan masak kek ini dengan kadar segera. Nanti dah siap saya kasi feedback yer. Jamin sedap kan??

Dah..dah! Saya sudapenat dan mahu tidur. Eh, bukan! Nak p layan cinta sufi plak. Tata!

No comments: