Saturday, May 22, 2010

Celoteh Kehidupan *-* Bukan Senang Nak Jadi Blogger

Salam ingatan...

Kalau dah nama pun blogger pasti sinonim dengan nuffnang dan gengblogger. Betul tak?? Walaupun ianya bukanlah satu kewajipan dalam berblogging tapi dua item ini tetap penting. 

 Tengoklah betapa seorang blogger sungguh berusaha!!

Gengblogger misalnya, boleh rapatkan kita dengan blogger2x lain, berblogwalking sesama sendiri dan juga tambah ilmu yang sedia ada. Lagipun dari situ juga kita boleh tambahkan bilangan readers yang membaca entry2x kat blog kita. Kalau kita tulis entry yang best tapi xder pembaca pown tak guna jugak kan. Buang karan jer!


Nuffnang tue pulak sampingan jer. Orang kata sambil menyelam minum air. Alang2x minum air biarlah ice blended pearl cafe. Weee. Ok. Cerita sal nuffnang, ada blogger yang berblogging hanya untuk kejar duit dari nuff.  Betul ker tidak attitude cam tue?? Ya, duit memang berhantu. Kerananya manusia buta mata, hati dan akal. Pada Syana, ganjaran nuff yang kita dapat biarlah setimpal dengan hasil kerja kita. Anggap jer nuff tu cam gaji berblogging. *-*

Ada blogger fames meletup2x mengalahkan snack plate kat KFC walaupun baru setahun jagung melibatkan diri dengan dunia blog. Follower beribu2x. Sekali tulis entry, berduyun2x komen masuk. Waahh. Bagus2x. Memang rezeki merekalah. Syana tumpang bangga.

Macam Syana, SiFi nie masih lagi merangkak2x untuk naik sama tinggi dengan mereka-mereka yang telah berjaya. Huhu. Mana tak nyer, selepas 10 bulan berblogging baru Syana daftar untuk Nufnang. Seminggu lepas tue baru Syana kenal apa itu geng blogger. Kesian kan??

Kalau dulu, berbulan2x tulis entry pown, follower tak sampai 5 orang. Entry jarang2x dapat respon. Menulis cam syok sendiri pown ada jugak. Haha. Tapi tyme tu Syana tak der lah serius sangat menulis entry. Kalau cecah 10 entry sebulan tue pun dah dikira banyak =) 

Bila dah ada blog sendiri baru Syana sedar, bukan senang nak jadi blogger. Seorang blogger perlu sentiasa menampilkan sesuatu yang menarik hingga ramai yang tertarik. Seorang blogger harus pandai membahagikan masa antara berblogging dengan tanggungjawab-tanggungjawab hariannya yang lain. Seorang blogger harus peka terhadap apa yang terjadi disekelilingnya, mampu memperingati sesuatu perkara itu dengan baik dan cuba melihatnya dari sudut pandangan yang lain.

Alhamdulillah skang nie selepas 11 bulan berblogging, walaupun tak seberapa tapi Syana mampulah jugak untuk memberikan segaris senyuman. Follower bertambah. Bilangan komen meningkat. Yang paling penting Syana tahu ada orang datang ke sini dan baca entry2x yang Syana hasilkan. Terima kasih atas sokongan semua. Jasa korang memang tak terbalas. Teruskan menyokong dan Syana berjanji akan sering menghasilkan yang terbaik selagi termampu. Sayang korang!!

No comments: