Saturday, May 8, 2010

Music & Entertainment *-* Bibik melampau

Salam ingatan...

"Saya mahu bibik yang terbaik. Ada lesen memandu kereta. Celik IT dan fasih berbahasa inggeris. Pandai memasak. Rajin mengemas rumah dan patuh pada arahan. Ya.. Saya mahu seorang Superbibik!! "

Ada gaya superbibik tak??

Hahaha.. Sempurna benar ciri2x bibik yang dicari. Nie bukan ciri2x bibik yang Syana cari yer! Tapi kriteria2x sempurna ini dicari oleh watak utama dalam novel karya bersama Ain Maisarah & Izanor Sharif. Tajuk Novel tue... "Aku Mahu Superbibik". 

Tapi yang sebetulnya, Syana baru baca separuh jer pun. Belum khatam lagi. Kihkih.

Dari kiri:- Aku Mahu Superbibik, Projek Diet Ain Maisarah dan Cinta Sufi

Kat atas ini adalah barisan2x novel yang telah berada dalam tangan tapi masih belum dibaca. Aduhh!! Yang paling tak sabar nak start baca novel Cinta Sufi karya Ramlee Awang Murshid tue. Dah lama tertunggu2x nak tahu apa kesudahan hidup Laksamana Sunan nie. Nanti dah khatam Syana buat review novel nie yer.

p/s: Saya memang suka baca novel PTS. Sebab gaya penulisan dia tersendiri dan lain dari yang lain. Tak adalah tertumpu pada masalah cinta dan keluarga ajer. Lantaklah orang nak kata kebudakan ker haper. Dorang tak pernah baca lagi. Mana dorang nak tahu =)

No comments: