Sunday, May 16, 2010

Senduk Vs Sudip *-* Oreo Cheese Cake Versi Chef Syana

Salam ingatan..

Cik Nabilah, saya dah buat oreo cheese cake ikut resepi kamu nie. Memang ringkas dan sedap.
Selalunya kalau bercerita pasal masak memasak, Syana pasti akan kasi resepi dia sekali kan?? Tapi hari ini lain sikit. Syana malas nak bercerita pasal resepi secara panjang lebar. Kalau korang nak resepi oreo cheese cake tuhh p lah cari sendiri kat blog Apa Kata Hati. Jadi apa lagi ditunggu. Jom wat sesi terjah menerjah ke sana yer!! Wee

Jadi nak tunjuk lah siket antara pic yang diambil masa wat oreo cheese cake tadi.

Gambar pertama nie masa nak keluarkan cream oreo. 
Sayang pulak bila tyme nak buang cream oreo tue tadi. Cam membazir pulak.

Biskut oreo tadi tue pulak akan dipatah2xkan sesedap hati. Nak kena blend dulu nie!

Bila dah blend inilah hasilnya. Macam serbuk koko pun yer jugak.

 
Cream cheese nie lah yg buat Syana main treasure hunt sorang2x dalam tesco semalam. 
Wihaa Q-Q

Gambar seterusnya nie pulak filling cheese cake tue.
Just pukul gula kastor, cream cheese, sour cream, telur n esen vanilla.
Ohh.. ada lagi. Pastu kena add on oreo lagi.
Kali nie oreo yang tumbuk2x pakai alu lesung pulak.
Ingatkan buat sambal belacan jer pakai alu lesung. Wakaka.

Filling tue tadi pulak akan dituangkan ke dalam loyang.

Siap kena guna teknik double boiler lagih sebelum masuk oven.

 
Masuk oven 40 minit jer.

Waahh.. Dah masak. Terujanya!
Tapi kena masuk peti ais dulu lah. Alahai..

Nie pulak bila dah sejuk. Cam rupa kek kukus pun ada jugak.
Cepat!!! Kasi potong sama dia.

TADAAAA

Inilah rupa kek cheese pertama buatanku. 
Menggiurkan tak??
Tak!! Adesh..Memang nak kena lah korang nie..

So, itulah cerita sesi masak kek cheese hari ni. Walaupun rupa dia kurang menawan berbanding cheese cake secret recipe tue tapi I tetap berpuas hati sebab kek ini Syana yang masak sendiri ok!! Jadi, apa lagi. Korang pun cubalah yer. 
  
Pekena nasi lemak dengan kopi,
Kat warung tepi jalan Pak Hadi,
Jika buat kek ikut resipi,
Pasti kek anda sedap menjadi.

4 comments:

n.a.n.a said...

berapa harga cheese cream tuh?

nabilah_2908 said...

hehe...rasa puas kan? bila kek ni dh siap.. :)

SyaNa_SaN said...

cream cheese tuhh harga dia dalam +- RM11. Kalau tak salah ler Nana. =)

SyaNa_SaN said...

nabilah..
yer lah awak.. puas hati sesangat. thanks 4 da recipe yer.