Monday, May 3, 2010

Celoteh Kehidupan *-* Kem Remaja Ideal 2010

Salam ingatan...

4 hari sudah syana tidak mengeluarkan sebarang entry baru di SiFi. Maaf jika ada yang tertunggu-tunggu. Empunya tanah ke negeri sebelah. Bukan pergi honeymoon yer.. Tapi ke sana bagi menjalani satu kem remaja anjuran bersama Kemas dan Persatuan Belia Pasir Puteh. Kem yang dimaksudkan dikenali sebagai KEM REMAJA IDEAL 2010.
 Banner yang dipasang di luar kompleks rakan muda.

Bermula sejak hari Khamis dan berakhir pada hari Sabtu yakni kelmarin, kem selama 3 hari 2 malam ini telah diadakan di Kompleks Rakan Muda Besut Terengganu. Fuhh.. memang jauh perjalanan. Merentas negeri tue. 15 minit kowt dari Pasir Puteh.... Wakakakka

Korang imagine erk??!! Sampai ajer di kem tuhh kami semua terpaksa menyerahkan handphone kepada pihak penganjur. Aduhh. Dah macam tawanan perang lah pulak kan??!! Duk asrama dulu pun tak der kena serah2x segala macam nie.. Aduhh sekali lagi. Guna h/p tulah syana nak buat panggilan, guna h/p tuhh jugaklah syana nak bermsg & h/p tue jugak lah yg nak digunakan bagi merakamkan gambar kenangan dan lagi h/p tue jugaklah yang akan memberikan syana inspirasi dengan mendengar lagu2 best di kala kebosanan segala. Ada lagi h/p jugaklah yang akan kejutkan syana dr tidur malam yang lena dan jugak yang akan buatkan syana online di alam maya. Tapi.. alahai. Kena serahkan lah pulak. Apa boleh buat??!! Bagi ajer lah.

Siap kena ikrar berjanji ikut semua peraturan lagi. Jangan memain.


Ini pulak photo muka-muka frust lepas kena serah h/p.

Seyes, kem nie memang sesangat best walaupun pada mulanya agak berat hati syana nak join. Selain program LDK, persembahan, kembara n riadah, kem ini juga menyediakan 3 slot ceramah. "CERAMAH".. Dengar jer pun dah bosan kan?? Kena tadah telinga dengar orang tua bebel2x kan?? Ngantuk tak yah cerita lah. Memang tersangat merah mata menahan mengantuk dan kebosanan.

Gambar penceramah slot 1 ke 2 haa?? Lupa dah!!Ayoyo. Manyak makan kepala ikan nieyhh!!

Tapi FYI , ketiga2x slot ceramah yang diselitkan di dalam kem ini memang sesuatu yang SUPERB. Tak ngantuk langsung. Gelak jer memanjang tapi input yang berguna tetap menyerap masuk ke dalam jiwa2 muda remaja seperti kami semua. Tak pernah2x lah syana join program ceramah berturut2x tapi tak tido. Cam ajaib jer kan?! Tahniah kepada para penceramah jemputan. Apa pun ada satu persamaan dalam nasihat mereka semua yang ditujukan khas buat peserta wanita. Nak tahu apa??

"Jangan percayakan lelaki"... Hmmm..@-@ 

SLOT CERAMAH 1 : Ustaz Abu Kasim @ As-Syaari Bin Zakaria

"Manusia yang baik itu adalah manusia yang boleh memberi manfaat kepada orang lain."

"Bersyukurlah di mana kita dilahirkan. Ramai orang di luar sana bertarung nyawa mahu memasuki Malaysia yang dikenali sebagai 'lombong emas' di kalangan mereka sedangkan kita free-free sahaja mendapat title sebagai warganegara tanpa perlu berkorban nyawa."

"Sepertimana kata-kata semangat dari bekas presiden Indonesia, "Kalau aku diberikan 100 orang tua, akan kutakluki seluruh daerah XXX. Namun kalau sekiranya aku diberikan 10 orang muda akan ku takluki seluruh dunia."

SLOT CERAMAH 2 : Lupa pulak saper nama dia.. =(

"Jati Diri Melayu = Melayu Sejati yang masih mengekalkan ciri2x kemelayuan"

"Siapa yang tidak pernah menangis di penghujung setiap ketawa??"

"Dalam dunia ini, jika kita tidak boleh menyenangkan orang sekurang-kurangnya janganlah kita menyusahkan orang."

SLOT CERAMAH 3 : Cikgu ADAM

Penceramah nie paling kelakar. Kalau korang tengok dia sekali pandang memang tak de ciri2x pakar motivasi. Dengan muka dia yang sememeh. Alahai. 1st time jumpa kat luar dewan kuliah dia ngaku dia tue jaga (pakguard) kompleks tempat kami menginap nieyh.. Sah2x kami percaya dengan gaya dia yang begitoo.. Hhhaha.. Dia siap mintak nak duduk kat atas kerusi di lobi sekali ngan kami lagihh. Katanya dia tak boleh berdiri lama2x sangat coz ada penyakit uluran.. Aduhh.. Berlarilah budak2x perempuan nieyhh melarikan diri. Budget lah pakcik nie kurang siuman ker perogol bersiri ker haper kan?? Astaghfirullahalazimm. Itulah. Dont judge a book by its cover. Malu kejap.. Adooiii

"Jika ada lampu suluh, jangan banyak gunakan untuk menyuluh orang tapi suluhlah diri sendiri."

"Formula kecemerlangan (I3 + U = C3) (I Ingin Ilmu + Usaha = Cita2x Capai Cemerlang)

"Jangan kau kecewa jika hari ini kau tidak berkasut kerana masih ramai lagi di dunia ini orang yang tidak berkaki."

Barisan pemimpin kem kali niyhh.. Saya selaku ketua dewan makan yang tak der kerja.. hahaha

Selain dari slot ceramah, kem ini juga ada  menyelitkan program2x berbentuk LDK. Latihan dalam kumpulan. Selain bentangkan logo pada bendera tiap2x kumpulan, kami jugak diminta untuk membuat persembahan. Untuk Syana n da group ( Dinamik), kami diminta untuk mempersembahkan sebuat sketsa yang bertemakan Sejarah Tanah Melayu. Mak aii tajuk.. Kena refresh balik silibus sejarah form 5 nieyh.. Seb baeq segalanya berjalan dengar lancar. Saya selaku penulis skrip dan penglipurlara persembahan bolehlah dikatakan berpuas hati dengan kerjasama yang diberikan oleh ahlik sekumpulan. Yang penting kita semua dah berusaha untuk menjadi yang terbaeq. Hidup Dinamik!!

 Gambar kenangan bersama 8 drpd 12 ahli kumpulan Dinamik

Disebabkan h/p kena tahan maka hanya sekeping photo yang di atas ini sahaja yang diambil melalui h/p sendiri. Yang lelain tuhh adalah gambar yang diambil oleh Encik Roy fasilitator kem. Mekasih En. Roy utk pic2x tersebut. Nanti pic2x laen syana amek kat ibu pejabat kemas next week yer..

Apapun segala ilmu, kesedaran dan persahabatan baru yang terjalin dengan izin Allah di kem ini amatlah Syana hargai. Paling akan ingat part flying kat atas basketball court tyme riadah n bumping akibat bendera kena rampas. Wahaaha.. N part setiap peserta wanita kena kiss n say i luv u pada panji2x kumpulan kami. Juga part kena tidur kat dalam surau mana ntah tyme kembara sambil bergelimpangan sesuka hati n part tengok ramai peserta tersengguk2x tyme qiamulail.. (Huhuhu.. lama sungguh dah tak qiam)!! 

Akhir kata, terima kasih buat penganjur, para fasilitator dan urusetia kem remaja ideal kali ini. Moga kem ini meninggalkan sesuatu yang baik di jiwa kami semua. AMINNN

No comments: