Thursday, May 6, 2010

Senduk Vs Sudip *-* Daging Dendeng

Salam ingatan...

Nama resipi kita hari nie pelik siket yer. Masakan Jawa Johor niey.. Adik2x Syana semuanya panggil masakan nie Daging Dendang.. Haddoii.. Panggillah aper pown janji SODAP..

Resepi bertuah kat SiFi kali nieyhh adalah sumbangan my BFF kat UiTM. Anak jati Batu Pahat nieyhh namanya Syahidah Bahrom.. Thanks yer She for da recipe!!

RESEPI DAGING DENDENG
(6 orang makan)


RAMUAN MASAKAN

Bahan A
1) 2 sudu besar jintan manis
2) 1 sudu besar jintan putih
3) 10 ulas bawang merah
4) 3 sudu besar cili giling
5) sedikit halia

Bahan-bahan lain
1) 500g daging
2) 4 biji tomato
3) 2 sudu besar kicap
4) 1 sudu besar gula
5) Garam Secukupnya

PROSEDUR MASAKAN
1) Mula-mula, kisar bahan A. 
2) Hiris daging nipis-nipis kemudian gaulkan daging dengan separuh daripada bahan A. Biarkan seketika.
3) Lebih kurang selepas 15-30 minit ( lagi lama lagi bagus),  goreng daging hingga garing. Ketepikan.
4) Kemudian, tumiskan lebihan bahan A.
5) Masukkan bahan2x lain satu persatu. 
6) Ini diikuti dengan daging yang telah digoreng garing sebentar tadi.
7) Masak sehingga kering.
8) Untuk hiasan tambahan, taburkan daun bawang.

SELAMAT MENJAMU SELERA.

Lepas nie bolehlah tambat hati mentua dari Johor pulak.. Hahahhahaha

Ikan kembung Ikan Selar,
Di dalam laut berlumba-lumba,
Tidak tahu sila belajar,
Sudah tahu sila cuba.

3 comments:

safiyyahosman said...

waaa...
sedap!!!

shafiq said...

sedap pulak tengok..huhu..


My latest entry : Drogba Dan Ronaldo Jadi Model Seluar Dalam

SyaNa_saN said...

memang sedap kot..
apa lagi.. cubalah..