Thursday, May 20, 2010

Celoteh Kehidupan *-* Kasut tumit tinggi sebabkan perut jadi buncit??

Salam ingatan...

Eh,eh... Betul ker pakai kasut tumit tinggi boleh sebabkan perut jadi buncit??


Macam mana boleh jadi cam tue yer? Kita pakai kasut kat kaki, buncit pulak terjadi kat perut!! Taksama taksama. Boleh percaya ker?

Percaya atau tidak, perkara ini adalah benar. Nak tahu kenapa.. Ini kerana kebanyakan kasut tumit tinggi rekaan masa kini menyebabkan si pemakai cuba menolak kedudukan pinggul ke hadapan. Ini sekaligus membolehkan isi perut turut akan bergerak ke depan. Maka, terjadilah fenomena perut buncit di kalangan rata-rata wanita hari ini yang sering menjadikan pemakaian kasut tumit tinggi atau high heel sebagai gaya hidup.

Dalam dunia perubatan, keadaan perut ke depan ini dikenali sebagai visceroptosis. Kalau dulu-dulu punya kes, visceroptosis biasanya hanya akan menyerang wanita yang memakai korset atau barut sahaja. Tapi sekarang nie, semakin ramai yang akan kena keadaan tersebut jika amalan bergaya dengan kasut tumit tinggi tidak dicegah sewajarnya. ^-^

Ingat yer kawan2x (diri sendiri jugak), selain memampatkan organ dalaman kita, keadaan ini turut memberi kesan pada leher, bahu serta bahagian belakang badan. Jadi no wonderlah kalau orang zaman sekarang nie, muda2x lagihh dah sakit2x badan. Aduyai! Pastu mulalah nak p wat rawatan spa kat sanalah kat situlah.

Ada lagi tau kesan2x buruk pakai heels nieyh.. Meh kita zoom in dekat siket!

1) Ganggu kitaran haid 
2) Sebabkan mandul (seramnya!!)
3) Sebabkan rambut gugur

 Rambut wanita adalah mahkotanya. Gi mana tuhh??

4) Kasi sakit kepala (ramai orang anggap dia ada migrain. tp sebenarnya inilah puncanya)

Dulu syana banyakk sangat wedges. Kalau ada heels pun yang tapak dia besar2x sampai boleh baling anjing tue. Tapi baru-baru nieyhh, Syana dah mula obsess dengan heels yang tapak dia runcing2x. Budget bergaya lah konon.  Adesss.. Dah seram sejook nak pakai heels lagi lepas nieyh..

Ok.. Potensi untuk terkena visceroptosis adalah pemakai kasoot tumit setinggi 5inch ataupun 12.7cm. Fuhh, selamat. Heels Syana yang paling tinggi pown dalam 4 inch jer gitoo. Standard pakai pun 2 inci jer. So, masih leh dikira selamat lagihh kan??? (Kalau dah tak maw berubah tu, beribu alasan pown bisa diberi!)
P/s: artikel ini tercetus setelah terbaca satu artikel kat newspaper 17hb aritu. Blog sharHanah pown ada kupas pasal isu nie. Jom terjah sana jugak. Wee

9 comments:

Miss Izah Mohamed said...

xpakai heels tp perut buncit gk cmne.. hohoohh

SyaNa_SaN said...

hye miss izag,

itu penyebab nafsu mkn tue!! hehe

SyaNa_SaN said...

silap eja pulak.. jgn marah yer miss izah =)

Ery Farieha said...

siyes??
ehh knp rmbt gugur pkai heels?

n.a.n.a said...

lepas baca nih, ramai la tukar. paki selipar jamban je pegi keluar. hahahah

ardinihumaira said...

tak smestinya... sebab ada kakak tu dari belum kawen sampai beranak dua pakai 4-5 inci even preggy pon pakai 4 inci okay je.. tak mandul, tak buncit, dan sihat sejahtera :)... 7 bulan mengandung still pakai 4 inci.. semua orang risau. dia je tidak.. dah biasanya sangat agaknya.. hehe

SyaNa_SaN said...

hye ery,

siyes! info2x itu melalui apa yang saya bacalah. tentang rambut gugur tu, ianya benar. Tapi bagaimana ianya berlaku mungkin soalan itu perlu ditanyakan kepada pakar.

SyaNa_SaN said...

hye nana,

selipar jamban pun trend apa?? tp xlawa lah.. wee

SyaNa_SaN said...

hye ardini,

syukurlah kalau tak ada apa2x lagi setakat nie. tapi risikonya tetap ada kan?? baik mencegah sebelum terkena.